Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, January 13, 2012

Lelaki Mengandung


Assalamualaikum..

Semalam aku tak sempat langsung nak update blog aku sebab sibuk sangat-sangat temankan Mrs Kepoh pergi Hospital wat checkup walaupun dalam hati ni membuak-buak nak update blog hehe. Apakan daya redha je la. Dalam minggu ni badan aku semacam je, penat, lesu, sakit pinggang dan macam-macamla. Sejak Mrs Kepoh pregnant aku tengok dia selamba je, cuma ada mual-mual je tapi yang muntahnya aku, yang sakit pinggangnya aku, yang nak makan asam aku. Pelikkk

Aku: Assalamualaikum abah, watpe?
Abah: Baru lepas baca yassin, nape?
Aku: takdela abah, wawa mengandung saya pulak yang sakit pinggang, muntah dan macam-macam.
Abah: Haha biasala maknanya tu kau la yang mengandung.
Aku: Erkkkk
(Sedikit perbualan aku dengan abah aku..)

Aku mengandung? aik aku kan lelaki takkan aku pulak mengandung?
Rupanya itu sume alahan ketika isteri mengandung. Aku tengok Mrs Kepoh rilek je, aku je lebih-lebih mengalahkan bini yang pregnant. Sekarang teman rapat aku adalah asam kecut dengan limau hehe.. Lucu la weiiii aku ni. Lepas aku cakap dengan umi aku baru aku tahu rupanya dulu arwah abah aku pun sama time umi aku pregnant. Siap cuti kerja lagi sebab penat muntah hehe. Gelak sakan aku semalam, yang tak tahan tu umi aku buleh pesan kat aku " Nanti jangan kau dengan wawa berebut asam kecut dahla" Haha..


~Makanan kegemaran aku~

Semalam juga 12.01.2012 merupakan hari lahir aku yang ke-30. Dah tua aku rupanya. Mrs Kepoh siap masak nasi ayam untuk aku. Aku pulak asyik ulang alik ke tandas sebab muntah. Siap bungkus badan dalam selimut sebab tak tahan bau ayam goreng hehe. Thanks pada Oja yang sponsor kek birthday untuk aku semalam. Pada kengkawan yang sudi datang thanks banyak-banyak. maaf sebab tak dapat layan semua sebab badan aku tak larat sangat semalam.



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

1 comment:

Anonymous said...

AHAHAHAA!!lepas ni mesti kau kering sbb muntah2 jek..ahahahaa...

pasal kek tu,,takde ape la..sme2 k..its ukeh,,rezeki kongsi sme2...

semoga bahagia!