Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, January 2, 2012

MICHAEL JACKSON BEKERJA DI ASIA

Susah nakcari orang kat tempat kita sanggupnak kerja dengan gaji RM9 sehari tapi semua tu berlaku di Manila, Filipina. Kerana sesuap nasi sanggup buat apa saja.Erm dunia..dunia.. yang miskin terus miskin dan yang kaya pulak makin kaya.


SETIAP hari, ribuan anggota polis trafik di Manila, Filipina berusaha keras bagi memastikan jalan raya yang selalu sesak dengan kenderaan, berjalan lancar. Namun bagi seorang pegawai trafik, Ramiro Hinojas, 55, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengawal lalu lintas iaitu dengan melemparkan senyuman dan mendapat ‘bantuan’ daripada Michael Jackson.




Menariknya tentang pegawai trafik warga Filipina tersebut, dia sanggup tampil dalam persalinan kostum Santa Claus ketika mengawal lalu lintas di sepanjang jalan utama di Manila. Lelaki yang popular dengan gelaran ‘polis trafik menari’ itu tegar mengawal trafik sambil berdansa meskipun menerima cercaan segelintir pemandu dan terdedah pada pencemaran udara.



~Best gile kalo dapat cilok sini dgn moto~

Selama tujuh hari seminggu, hujan atau panas, Hinojas tetap teguh berdiri di tengah-tengah persimpangan utama di Manila. Enggan membiarkan kesesakan jalan raya berterusan, Hinojas segera menjalankan tugas mengawal aliran trafik dengan baik sambil menari.
Gerakan kaki yang dipraktikkannya dicedok daripada gaya tarian Raja Pop, mendiang Michael Jackson. Lebih daripada itu, keletah tariannya yang bersahaja tersiar pula dalam laman sosial Youtube lalu menjadikannya selebriti kecil biarpun memperoleh gaji bulanan rendah di negara berkenaan.



Creadit To KISAHSENSASI.COM  :)



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

2 comments:

diana said...

minat mikel jeksen la ni..heheh

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

Minat tarian je broo