Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, January 29, 2009

RM 17.90


Salam.. Cakap pasal makanan ni aku memang hantu kepada makanan masakan badan aku mengalahkan roti pau hehe.. Nak dijadikan cerita semalam ketika aku kuar makan malam tu kat bandar kemaman aku orderla makanan kegemaran aku iaitu tomyam campur, nasi goreng ikan masin dan air buah epal. Last-last yang datang adalah tomyam ada ayam 3 ketul n bawang, air buah pula rasa gula je.. Bayangkanla aku tak habis makan bukan sebab masakan tu banyak tapi sebab tak sedap,, Dah puas aku paksa untuk tima tapi last-last tak abis gak aku makan ( kalo wawa tau konpem dia marah ) hehe, ala dia akan tau gak maklumla blog ni kongsi aku ngan dia haha.. Time nak bayar pula dengan rasa bangganya aku kuarkan RM 10 tapi dengan nada macho mamat yang kira makanan tu cakap " Bang, semua ni RM 17.90" terkejut aku dibuatnya. Bukan apa tapi tak padan dengan kualiti yang disediakan. Aku tak kisah berapa harga makanan tapi asalkan sedap dimakan dan servis memuaskan hati. Tula manusia buat satu benda tak penah nak buat ngan baik,
Pape pn aku masih bersyukur kerana ada makanan untuk dimakan,

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, January 28, 2009

jAnGaN b!lAnG T!dAk...

Ku penah punya cinta,
Namun kini ku sedang suka kamu,
Cinta ku dulu tlah ku buang jauh,
Kini ku ingin kan mu
Ku pernah menyendiri
Disini ku kan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa
Namun hati ku sepi
(chorus*)
Jangan bilang tidak
Bila kita belum mencoba
Sapa yang tahu akan sama
Hati mu dan juga hati ku
Banyak yang bercinta
Bertahun-tahun putus juga
Ku harapkan dengan dirimu
Walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi
Ku pernah punya cinta
Namun kini sedang suka kamu
Cinta ku dulu tlah ku buang jauh
Kini ku ingin kan kamu
(chorus*)
(chorus **)
Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar makanya sungguh
Aku mohon jangan bilang tidak
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~


Nila benda yang telah memeningkan kepala aku selama ini iaitu LINES PLAN ataupun lukisan untuk mendesign sesebuah kapal.Dalam menyiapkan lines plan kita kena banyak bersabar kerana ketelitian amat penting sekali untuk membuat lines plan menjadi sempurna. Gambar ini adalah menunjukkan bahagian "Poop Deck" ataupun bahagian belakang kapal. Semua bentuk ini adalah bergantung kepada "Body Plan" kapal.

Ini pula merupakan 'Forecastle Deck" dan "Bulkward" ataupun juga boleh disebut sebagai bahagian hadapan kapal.. Dalam mendesign bahagian ini kita kena membuat ukuran dari "Sheer Standart" ataupun "Flat Sheer".. tapi semua itu bergantung kepada "Body Plan"( body plan lagi)

Haa ni pula konpem korang tak tahu apa.. Ni adalah bahagian belakang kapal yang di transferkan di "Half Breadth Plan".. Semua ukuran akan ditransferkan disini jadi ketelitian ketika mengambil bacaan di "Body Plan" amatlah penting sekali, Disini terdapat "waterline"(garis air) kapal dilukis mengikut satu garis lurus.. Semua bacaan untuk mengukur "waterline"di ambil dari "Body Plan"( lagi2 body plan)


kalo tadi bahagian belakang kapal sekarang pula bahagian hadapan kapal yang ditransferkan ke "Half Breadh Plan". Di bahagian ini sama cam dibhgian belakang kapal... Tapi cam tadila ukuran di bahagian ini diambil di "Body Plan" ( dia lagi )


Haa ni la otak segala lines plan.. Diperkenalkan ini adalah "Body Plan" walaupun nampak cam plek je tapi hakikatnya semua kapal-kapal yang dibina didunia dibina berdasarkan Body Plan ni ha.. Dan kewujudan Body Plan ni adalah melalui pembacaan CSA Diagram, Pengiraan Cant Part dan Main Part dan juga B/2 serta A/2T....


Jeng...Jeng...Jeng
Ini adalah lukisan lengkap Lines Plan yang telah siap disediakan.. Diharap korang sume dapat paham apa yang telah aku g tau td heheheh.. Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, January 27, 2009

r!ndUnYa...

assalamualaikum papaku sayang....huwaa...cian papa kan...busy tp it's okay mama fhm keadaan papa skunk...standard la tu kan...hehe...tau x td blik lam keta mama asyik peluk dak kecik huhu...pengganti papa die...ngeh2...cyg papa cyg dak kecik... Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tanda Kiamat Kecil

RENUNGAN KITA BERSAMA

Tanda Kiamat


Tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu:
Tanda-tanda kecil ( shugra )
Tanda-tanda besar ( kubra )

Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.


1.0 TANDA-TANDA KECIL (SHUGHRA)
Tanda-tanda kecil yang menunjukkan dekatnya hari kiamat dapat disimpulkan sebagai berikut:

1.0.1 Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” - Sahih Bukhari
Perlulah kita ketahui bahawa Baitul Maqdis pernah dikuasai secara bergati-ganti antara kaum muslimin dengan kaum Salib sejak zaman kegemilangan Islam lagi.Kaum salib pernah menduduki kembali Baitul Maqdis pada 492 H/ 1098 M, kemudian kembali ditakluk kembali oleh panglima Islam Salahuddin Al-Ayubi pada bulan Rejab pada tahun 583 H / 1187 M. Kemudian ia dikuasai lagi oleh kaum Salib dari Raja Al-Kamil pada tahun 627 H / 1228 M. Selepas itu Baitul Maqdis kembali dikuasai olah kaum muslimin pada tahun 637 H / 1239 M oleh An-Nasir Al-Ayubi. Baitul Maqdis sekali lagi dijajah oleh kaum salib pada tahun 641 H / 1243 M dan kemudian ia dikuasai lagi oleh Al-Malikussaleh Ayub setelah berlalu selama setahun . dan yang terakhir sekali adalah ia dikuasai oleh kaum Zionis Salibisme setelah penyerbuan pada tahun 1967 M. Oleh itu penaklukan Baitul Maqdis bukanlah hanya masalah bangsa Palestin dan bukan pula masalah nasionalisme Arab semata-mata, tetapi ia adalah masalah. Diniah ( keagamaan ) bagi kaum muslimin, yahudi dan Nasrani. Sekarang MASIH BERLAKU PENCEROBOHAN KEATAS BAITULMAQDIS


1.0.2 Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - Sahih Muslim
Apabila hal ini telah terjadi pada zaman Ibnu Al-Arabi ( abad keenam hijrah ) maka keadaan semakin buruk dan bermaharajalela di zaman kita sekarang ini. Sebagai contoh adalah undang-undang Negara Perancis yang dianuti oleh negeri-negeri Islam adalah tidak mengenakan hukuman apapun kepada orang yang melakukan zina apabila hal itu dilakukan secara suka sama suka. Ini adalah hujah yang nyata tentang penghalalan zina yang terancang dizaman kita ini.

1.0.3 Menghias masjid dan membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” - Riwayat Nasai.
Hal ini telah terjadi sejak dari zaman dahulu sampai sekarang iaitu bahawa manusia selalu bermegahan dalam mendirikan masjid. Masjid yang dipenuhi denganberbagai dekorasi dan mereka meluaskan dan meninggikan bangunannya, sedangkan mereka berbangga dengan kemegahan tersebut . perbuatan yang seperti ini tidak terkecuali Masjid Nabi s.a.w di Madinah sedangkan Rasullullah telah bersabda yang bermaksud “Saya tidak diperintahkan untuk menjulangkan masjid-masjid” Sahih Abu Daud. Pada zaman ini manusia hanya memerhatikan pembangunan bangunan-bangunan masjid dan perhiasanya tetapi mereka tidak meramaikannya kecuali sedikit. Ibnu Abbas telah berkata “Sungguh kamu akan menghiasinya sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani menghiasinya. TELAH BERLAKU


1.0.4 Bulan sabit kelihatan besar


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani
Hilal bulan Syawal 1417 H terlihat disebahagian besar Negara Islam tetapi ia tidak muncul di Mesir sedangkan Mesir berada dalam posisi yang hampir sama dengan Negara-negara tersebut ketika hilal itu muncul ( sama-sama berada dalam satu malam ) adakah kita salah menghitung dalam penghisaban di Mesir ataukah negeri yang melihat hilal selain Mesir tersebut yang salah dalam penghisaban mereka. TELAH BERLAKU

1.0.5 Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

Pada hadis yang lalu Nabi telah besabda yang bermaksud.
.”dan suara-suara meninggi di masjid-masjid…”
Sikap seperti ini juga disebabkan oleh kurangnya agama, sedangkan apabila salah seorang dari mereka memasuki rumah seoran pemimpin atau menteri maka ia akan menurinkan suaranya, menjaga penglihatanya, menundukkan kepalanya dengan hormat dan ia akan menahan nafasnya dengan penuh adab sehingga tidak mendengar kecuali bisikan….nah, bagaimana pulakah kita harus bersikap engan rumah Allah? Tentu ia lebih baik dan lebih berhak untuk dihormati dan besarkan. Dalam masalah apapun kita tidak boleh mengangkat suara kita dalam masjid akan tetapi pada zaman ini kita melihat seseorang yang bangga dengan suaranya yang serak dan tinggi di dalam rumah Allah dan apabila anda menasihatinya maka ia tidak akan mengendahkan anda dan bahkan ia melawan.TELAH BERLAKU DAN TERUS BERLAKU

1.0.6 Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. - Riwayat Tarmizi
Banyak individu yang di hormati kerana takut dengan kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka pada zaman sekarang. Mereka dihormati kerana kita takut dengan kuasa dan pengaruh yang ada pada mereka sedangkan pengaruh itu wujud atas dasar kesetiaan kita terhadap mereka seperti yang berlaku dengan Yakuza yang mempunyai pengaruh sehingga dapat menguasai negaranya iaitu Jepun. Nauzubillah sungguh daif diri kita. BANYAK DAPAT KITA LIHAT SEKARANG

1.0.7 Anggota polis semaki ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

Polis disebut dengan assyurt (tanda) adalah kerana mereka empunyai tanda-tanda khusus iaitu pakaian mereka yang menunjukkan bahawa mereka adalah polis. Polis sudah ada sejak zaman kita ini. Polis yang dan melindungi segala system pemerintahan dalam negeri pada banyak Negara-negara Islam pada zaman ini,kemampuan ketenteraan mereka tidak kurang dari kemampuan tentera yang di persiapkan untuk menjaga Negara dari serangan musuh luar Negara. Bertambahnya jumlah polis adalah beerti bahawa banyaknya kerosakan dari pihak rakyat ataupun kerosakkan para pemimpin yang tidak jujur. POLIS MASIH TAK CUKUP DINEGARA KITA SENDIRI

1.0.8 Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

Pada hadis yang lalu Rasullullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
“Bersegeralah kamu untuk melakukan amal soleh sebelum dating enam perkara…….. penjual belian hukum…”
Penjual belian hokum adalah beerti: di terinya suatu jabatan atau kepimpinan dengan rasuah atau sogokan atau dengan adanya kekerabatan atau mepotsime. Begitu uga dengan para hakim yang menjual hukum atau undang-undang dengan rasuah. Kedua hal tersebut adalah perbutan terhina dan tercela dan apa yang menyedihkan ialah bahawa keduanya berlaku pada umat islam pada hari ini. DAH BANYAK BERLAKU

1.0.9 Wanita ikut bekerja seperti lelaki.

Dari riwayat Ibnu Masud: “Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang” - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
Wanita telah keluar dan berjalan untuk bekerja bersama dengan para lelaki, ia menghadapi mereka dan kadangkala menentang mereka, ia berbicara dengan mereka dan kadangkala bertengkar dengan mereka,ia melihat mereka dan mereka melihat kepadanya…. Ia tidak malu dan mereka pun tidak malu.. Mengikut kajian yang dijalankan oleh sebuah badan berkecuali di Malaysia pada tahun 2007 sahaja seramai 8.4 juta wanita menceburkan diri dalam bidang pekerjaan. RAMAI DAHPUN PEREMPUAN KERJA

1.0.10 Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun” - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
Jadi diantara tanda-tanda kiamat adalah orang jahat akan muncul dan orang-orang pilihan akan di hina. Orang-orag fasik akan di mulaikan dan orang-orang berkeperibadian akan di hinakan. Jadi rakyat jelata yang bodoh akan di besarkan sedangkan orang-oran mulia akhlaknya di hinakan. Maka kita dapat meyaksikan para penari, penyanyi leleki dan perempuan yang sudah mati mahupun yang masih hidup adalah para seniman yang keatif dan para pahlawan bangsa. Manakala orang-orang soleh dan taat akan di singkirkan tanpa prejudis dan mereka di golongkan sebagai pengganas dan orang-orang kurang akal sebagaimana yang berlaku kepada tokoh-tokoh dari negara islam manakala tokoh dari negara barat yang sememangnya diakui sebagai penyagak telah di muliakan seperti George w Bush, Ariel Sharaon dan banyak lagi. PADAHAL DIORANG LA YANG JAHAT SEBENARNYA

1.0.11 Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

“Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: ‘Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.’” - Riwayat Bukhari & Muslim
Hal ini terjadi ketika minculnya fitnah-fitnah, bencana, mahalnya harga semua barang-barang, kesusahan hidup dan krisis-krisis, maka ketika itu seorang pencinta dunia akan berangan-angan untuk mati agar ia dapat melarikan diri dari kesusahan duniawi. Sedangkan seorang mukmin akan bercita-cita untuk mati kerana takut kepada kehilangan agama dan imannya ketika ia melihat tersebarnya kebatilan dan para pelakunya serta meluasya kemaksiatan dan kemungkaran, sedangkan ia sudah tahu bahawa di akhir zaman seorang lelaki beriman di pagi hari dan kafir di sebelah petang dan akan kafir di pagi hari dan beriman sebelah petang. Wahai Allah yang pembalik hati,tetapkanlah hati kami dengan agama-MU. RENDAHNYA MINDA ORANG ZAMAN SEKARANG

1.0.12 Banyaknya berlaku gempa bumi

Telah bersabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud
“Menjelang hari kiamat akan terjadikematian missal dan tahun-tahun gempa bumi” –Sahih Masnad Ahmad.
Gempa bumi di Kobe pada tahun 1995 adalah merupakan salah satu contoh kepada mereka yang suka berfikir bahawa teknologi memungkinkanmanusia mempergunakan kejadian semulajadi. Gempa bumi ini akan diingati kerana ia dating secara tiba-tiba keatas pusat industri dan pengangkutan terbesar Jepun. Walaupun ia berlaku dalam tempoh 20 saat seperti yang dilaporkan dalam majalah Time, ia telah menyebabkan kerosakan bernilai kira-kira 100 billion dollar. Pada Mei 1997 telah terjadinya gempa bumi di daerah Khurasan yang menghancurkan Iran. Gempa itu mengorban ribuan nyawa dan puluhan ribu disekitar 40 kampung dan juga desa. Dan yang menghairankan kita bahawa pusat gempa bumi ini yang terletak di Khurasan yang mana ia adalah tempat yang di khabarkan Rasullullah s.a.w sebagai tempat terpenjaranya Al-Masih Ad-Dajjal. Subhanallah. SEKARANG PUN DAH BANYAK BERLAKU

1.0.13 Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan


Dari Nabi Muhammad S.A.W,beliau bersabda :
“Huru-hara bertambah banyak banyak.” Mereka bertanya: “Ya Rasulullah! Yang mana?” JAwab Nabi Muhammad S.A.W: “Pembunuhan,pembunuhan!”(hadis riwayat al-bukhari)
Maksud Harj seperti yang disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w di atas ialah “kekacauan yang amat sangat” atau “huru-hara”yang tidak dihadkan kepada satu-satu kawasan tetapi akan tersebar luas ke merata dunia.
Jika kita lihat empat belas abad yang lalu, kita lihat bahawa peperangan berlaku dalam kawasan setampat sebelum abad ke dua puluh. Bagaimanapun peperangan yang melanda semua di dunia, sistem politik, seluruh strukur ekonomi dan sosial telah terjadi secara bandingannya baru-baru ini, dalam dua perang dunia. Pada Perang Dunia I, lebih 20 juta mati dan dalam perang dunia ke 2, kematianya lebih dari 50 juta. Pada masa yang sama perang dunia ke 2 dikatakan sebagai peristiwa paling berdarah dan peperangan yang paling teruk merosakkan dalam sejarah. YANG NI LAGI BANYAK

1.0.14 Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

“Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
Di zaman sekarang pada abad ke 21, banyak sekali berlakunya pergaduhan samada yang disebabkan oleh perkara yang tidak masuk akal sehingga menyebabkan berlakunya pembunuhan sesama manusia seperti yang berlaku di negara yang mundur disebabkan oleh masalah kemelesetan ekonomi.
1.0.15 Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
Telah bersabda Rasullullah s.a.w: yang bermaksud “ Ketahuilah ada enam peristiwa menjelang kiamat, iaitu, kematianku kemudin penaklukkan baitullmaqdis kemudian terjadinya kematian massa yang disebabkan olah wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing:
Penyakit Qu’as adalah penyakit yang biasanya menimpa haiwan-haiwan ternakan dimana akan kelar cairan dari hidungnya maka dia akan mati dengan cepat. Kematian masai yang disebabkan oleh wabak penyakit sering terjadi di dunia ini. Wabak pertama terjadi setelah kerasulan Nabi S.A.W iaitu pada masa kekhalifahan Umar Bin Al-khatab di Syam setelah penaklukan di Kota Baitulmaqdis yang disebut sebagai “Ta’un Amwas”. Dizaman ini pula berbagai penyakit wujud dan tidak diketahui punca dan cara mengatasinya seperti penyakit Aids yang menyebabkan seseorang itu mati secara mendadak.
TIAP_TIAP HARI KELUAR DALAM BERITA

1.0.16 Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak” - Hasan At-Tayalisy
Kerosakkan manusia pada akhir zaman dalam meremehkan kehormatan syiar-syiar Alllah sudah sangat besar, sehingga sebahagian mereka tidak merasa segan untuk mengisap rokok di dalam masjid dan bahkan lebih dari itu. Kita juga dapat menyaksikan bahawa seseorang dari mereka masuk kedalam masjid hanya berniat pergi ke tandas atau untuk tidur kemudian apabila sudah selesai maka ia keluar tanpa melakukan solat satu rakaat pun kerana Allah. Sedangkan Rasullullah S.A.W telah memerintahkan kepada sesiapa sahaja yang memasuki rumah-rumah Allah untuk melakukan solat sunnat 2 rakaat sebagai kehormatan terhadap rumah Allah. JALAN POTONGLA KATAKAN

1.0.17 Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya


Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“…..dan seorang lelaki akan mentaati isterinya sedangkan ia menderhakai ibunya…”
Telah banyak perkara seperti ini berlaku di zaman serba moden ini dimana seorang suami terlalu sayangkan isterinya sampaikan sanggup menderhakai ibunya yang selama ini menjaga dan membesarkannya.Terbaliknya fitrah seperti ini merupakan fenomena perubahan keadaan di akhir zaman dan tanda ini juga telah terjadi seperti yang dilaporkan oleh Surat Khabar Rasmi Kairo pada bulan Mei 1997, seorang anak lelaki yang mengadukan ibunya di pengadilan dengan dakwaan bahawa ibunya telah memukul isterinya. Semasa di mahkamah untuk mendengar kes dia, seakan-akan Allah berkehendakan memberikan suatu pengajaran yang tidak akan dilupakan oleh kita semua ketika lelaki itu berdiri di depan hakim sambil menunggu hukuman yang akan dijatuhkan kepada ibunya maka tiba-tiba ia terjatuh kelantai dan mati….mati secara mendadak,,,, subhanalllah.. SUDAH BANYAK BERLAKU


Ini semua baru tanda-tanda kecil sahaja jadi sama-samalah kita ingatkan tentang hari kiamat. Wallahuallam...

Tunggu pulak nanti tentang tanda kiamat besar.
salam

RUJ:
Nama buku : Pembuktian Bahawa Semua Tanda-Tanda Kecil Kiamat Sdah Terjdi
Nama pengarang : Amin Muhammad Jamaluddin
Terbitan : Pustaka Syuhada
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~


Salam n Happy Chinese New Year too all kaum cina kat Malaysia dan semoga kita semua hidup serumpun dengan penuh rasa tanggungjawab.. Petang tadi telah berlaku gerhana di Malaysia yang berterusan selama hampir 2 jam. Disini aku telah sempat rakam beberapa gambar gerhana tersebut. ( tapi tak nampak pun gerhana) maklumla aku guna hp aku yang tak seberapa walaupun 5 megapixel. Ini menunjukkan bahawa sebaik mana ciptaan manusia tidak dapat mengatasi kejadian dan ciptaan yang Allah s.w.t telah kurniakan kepada kita sebagai seorang insan yang berada di muka bumi ini. "Seterer" manusia tapi tidak dapat mencipta apa yang telah Allah s.w.t ciptakan untuk kita semua. Jadi apa salahnya kalau kita rehat sejenak dan bersyukur kepada-Nya. Ok berbali kepada gerhana tadi, gambar-gambar ini aku rakamkan di kemaman iaitu berdekatan dengan Pantai Monica Bay, semua gambar ni aku rakamkan dengan hp aku K850i Sonny Ericsson (hmmm promote hp nampak) hehe..Last-last bulan n matahari tak nampak tapi yang nampak adalah pemandangan yang menarik berlatar belakang awan dan cahaya yang timbul ketika gerhana tersebut. Memang cantik gile tadi ada gak rasa ke"romantik"annya, hehe kan best kalo ada orang yang tersayang bersama dengan aku tadi hehe dan yang penting sekali tadi memang cantik gile. Rasa sedih pulak bila gerhana tersebut hilang... uwaaaaaa.. sebab nak jumpa xtau bila lagi tapi yang syoknya tadi tika ( chewaaah ayatjiwang tu,maklumla budak sastera dulu) aku tgok Buletin Utama ada orang heheh (aku tak ingat jawatan dia apa) yang g tau bahawa tahun ni akan berlaku 2 gerhana tersebut n aku tak ingat bulan berapa maklumla orang tua ni selalu nyanyuk hehe letak barang pun kadang-kadang aku lupe hehe. Jangan marah haaa... tak sabarnya aku nak tunggu saat ni kembali lagi.. Hmmm pe lagi eh aku nak gtau hehe.. soryla aku takleh gtau secara mendalam tentang gerhana ni maklumla aku ni dulu benci dengan matapelajaran geografi tapi aku dapat A dalam PMR subject ni hehe( puji diri nampak).. Sebut pasal gerhana ni aku rasa takutla pulak tak tahu nape tapi dulu time sem 1 kat Ranaco aku ada wat presentation tentang hari kiamat yang ada mengatakan tentang gerhana... iaitu:
-Gerhana di timur
Al – quran sudah menyebut akan tentang kejadian gerhana di bahagian timur bumi seperti di jepun , korea , china dan di kawasan sekitarnya -Gerhana di barat
Di dalam al – quran juga disebut akan kejadian gerhan di bahagian barat planet istimewa ini seperti di negara – negara yang menggelar islam sebagai pengganas iaitu Britain , amerika syarikat , mexico dan negara – negara di sekitarnya .
-Gerhana di jazirah Arab
Diakhir zaman nanti antara tanda berlakunya kiamat besar adalah akan berlakunya gerhana di seluruh negara arab. Diharap ini semua serba sedikit akan menginsafkan diri kita untuk terus bertawakkal dan beriman kepada YANG SATU.. Wallahuallam Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Monday, January 26, 2009

kapal


mama cube mama tengok video ni huhuhu Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, January 25, 2009

blik melaka

salam...skunk nie mama kat melaka dah...nie on9 kat spital...hehe smpt kan on9...tgh teman mama kite...mama kite tgh duk bce novel...ru ja bis msuk ubt kimo...nnt lps 6 jam msuk lg...mama dah smpikan slm papa kat mama kite....so far alhamdulillah sume okay...insyaAllah harap ianya berterusan... Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, January 24, 2009

this time i love u







love come when nobody realise...it come with passion that can make we appreciate it follow it way,,,so when ur true love come juz grab it & hold iit bcoz may be it not come back to you after this....
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, January 23, 2009

Lukis


Tengoklah mama nila muka-muka mamat yang tengah tension nak siapkan lines plan sampaikan nak cakap pn diorang cam sombong.Bukan ape cuma diorang terlalu khusyuk nak siapkan lines plan hehehe. Bakal engineerla katakan heheh walaupun tak menepati motto engineer heheh..
Tapi takpe kurangnya diorang buat project tu.. Kalo tak hmmm jangan harapla nanti nak suh Cik Sunaryo bangga heheh.. papa pn dah tak larat sangat ni tau. Semalam tdo pukul 6 pg lebih tau. Memang tak larat sangat-sangat tau. Cube mama tengok iwe tu bukan main khusyuk lagi dok wat garisan kat kertas graf hehe sampaikan nak meleleh air liur haha. Sukor pulak yang sekarang popular dengan nama KOKO d kalangan kitorang sume semalanm tak tdor tau wat "body plan" last-last bgun pagi tadi papa tgok dia wat silap sian kat dia kan .. Jap lagi kitorang nak check lagi tau harapla dah ok kali ni . Harapla sebab papa dah memang tak larat dah tau. huhuhu Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~


Click for Heart Graphics comment

Sememangnya tiada apa yang dapat aku katakan
tentang perasaan aku terhadap dirimu sayang.
Semua tidak terluah dengan kata-kata.
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, January 22, 2009

xde keje....





hari nie training rase tired sgt2...x tau bape...sume lam klas td cam bix tenaga...then ri nie plak slh sorang kiteorgnye examiner dr usa dtg elevuate kiteorg...tgk cam ne prestasi kiteorg setakat nie...bsok bru mama kena elevuate ngan dr gonzales tu....nie mse ktorg di bagi rehatyg bkn mse tuk rehat bcoz mr peter tgk kami sume tired...so die bgla rehat...then mse nie la kami rehat cukup2...tp kiteorg amik kesempatan tu tuk snap gmbr...saje wat kenangan mse training...nie antara wajah2 kami yg sbnrnye mmg penat tp smpt g posing b'gmbr....








Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Taktahu pape

hmmm hari yang paling menyampah dalam hidup..
dengan lines plan kene riject, tak siap-siap lagi dahla submitted date dah dekat. Sekarang aku tak tahu nak buat pape dah..
last-last yang jadi mangsa adlah cik wawa kesayangan akula..
tengah tension aku siap xder mood lagi nak cakap tapi dia sabar dan paham dengan keadaan aku sekarang. Thanks mama sebab bagi support yang tak berbelah bagi untuk papa. thanks sangat-sangat tau..
mama telah banyak bagi dorongan kat papa.. Papa beruntung ada mama n papa xnak kehilangan mama..
Papa terlalu cintakan mama..
LUV U SO MUCH Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

leh lak terlelap...

mase tgh duk cari comment2 tuk bg kat teddy leh lak bucuk terlelap...mmg mse tu dah ngantuk tp leh tahan g alih2 lelap gak...ingat b4 tu nak msg kat teddy suh kejutkan tp x termeseg lak...herm...x tau nape smlm cam tired sgt2...agaknye sebab theory bnyk sgt sumbat kot lam otak...huhu...apa2 pun bucuk always berdoa tuk kesejahteraan,kebahagiaan & kejayaan kite bersama...=) Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, January 21, 2009

Lines Plan


Salam ri ni dah masuk 4 hari aku tdo lewat malam dah.. Bkn apa sebab dok siapkan project lines plan ni ha.. Untuk korang yang tak tahu apa itu lines plan ni biar aku terangkan..
Ok, lines plan ni sebenarnya lakaran asas kapal ataupun plan sesebuah kapal sebelum kita membina sesebuah kapal. Yang penting sekali adalah "body plan", yang merupakan lakaran yang kita lakar mengikut data yang kita dapat melalui pembacaan "CSA diagram", Setiap formula yang kita buat haruslah menepati specifikasi yang telah ditetapkan iaitu corecction hendaklah kurang 0.1 bagi LCB dan kurang 0.5 untuk corecction water line dan juga volume displacement. Cubela korang bayangkan macammana sukarnya kitorang sume buat lines plan dalam masa yang ditetapkan. Itu baru permulaan tidak termasuk sukarnya melukis "body plan" dan berpandukan body plan pula kita lukis "battock line" seterusnya "sheer plan"dan bermulalah dari itu maka kita akan dapat mendengar istilah seperti "forecastle", "sheer line", dan banyak la lagi.. Lepas tu kita kena pindahkan lukisan itu kat kertas minyak pulak dan yang ni makin rumit plak, kitorang terpaksala gunakan sejenis pen untuk wat atas kertas ni iaitu "Pen Rapido" n kalo korang nak tahu harga pen tersebut adalah RM 150 sebatang. Itu pun kalo lukisan xder prob baru leh pindah kat atas kertas minyak tu tapi kalo ada prob spt garisan tak malar maka kenala check sekali lagi dan betulkan kembali body plan, battock line dan juga sheer plan termasukla sekali kena betulkan sheer line.
Itulah yang menyebabkan budak-budak enjin tak tidor malam tu huhuhu, Siap berjaga malam lagi.. dah macam musang dah pulak hehe.Slepas siap wat kat kertas minyak ( kalo siapla) kena wat presentation plak, hmm terpaksala wat preparation untuk wat present dan juga terpaksa siapkan laporan tentang menyiapkan lines plan ni, maka terpaksala tdo lewat lagi huhu sebab nak siapkan laporan ni pulak yang semestinya budak engineering sume dah naik gle nak siapkan lines plan ni huhu. Sorang-sorang muka dah mcm tenuk dah tiap pagi hehe. Dengan bengkak mata n tak cukup tdo pulak.. Pape pn samalah kita cube siapkannya hehe, Chaiyok sume budak-budak enjin.. Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, January 20, 2009

tErC!pTa UnTuKkU

sayang...nyata kehadiran mu amat aku senangi...walaupun kita berjauhan kasih yg terjalin antara kite ttp utuh dgn rase sayang yg semakin menyelubungi hati ini...nyata aku amat meyenagi kehadiranmu dlm hdpku...lumrah setiap perhubungan ade mase tegang ade mase tenang tp itu sume hanyalah dugaan semata....ku mengharap agar perhubungan ini akan berkekalan hendaknya dgn izin dari-NYA...insyaAllah...sama2 kite panjatkan doa kepada Yang Maha Esa...=) Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, January 9, 2009

Sepi Seorang Abang


Dok sorang-sorang dalam bilik teringat plak aku pada adik kesayangan aku, Fatin. Dah lama dah tak jumpa dengan dia maklumlah aku dah lama tak balik kelantan.. Sedih dihati siapala yang tau kan.. Walaupun abang dok jauh tapi abang tetap ingat kat adik sorang ni.. walaupun pmpuan tapi leh layan abang-abang dia yang sememangnya ganas tahap Gaban punya,,hehe. Sume di layan ajak gusti peh bukan main dia tumbuk hehe.. Cakap je gaya sape sume dia leh tiru, "The Rock", "Undertaker" pndk kata sume pengusti yang famous dia leh ikut wat trademark hahahah. Kalo korang sume nak tahu umur dia dah 10 tahun tapi oleh kerana dia menghidap "Down Syndrome" jadi dia lambat sket dalam sume aspek termasuk pemikiran.Tapi aku tak malu untuk mengaku yang aku ada adik pmpuan yang menghidap penyakit ini. Kadang-kadang aku heran kenapa orang perlu malu jika dikurniakan anak cam ni. Bg aku sume ni anugerah illahi dan kita sebagai hambaNya kenala menerima semua ni dengan tabah. Bagi aku apapun yang Allah bg pada kita kenala kita terima dengan penuh rasa tawadduk serta menganggap sume itu dugaan. Tiada yang peliknya dapat adik yang kena penyakit ini. Cam adik2 yang lain je cma kita kena bei penuh perhatian pada dia. tu je Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

kebanggaan aku


Setiap orang ada benda yang dia banggakan bagi aku dalam hdup ni yang paling aku banggakan adalah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang diketui oleh Che Hassan Bin Mat selaku kapten serta pembantu yang sporting tahap baban punya iaitu Samsiah Bt Ismail.. aku beruntung sangat-sangat. Aku ni sebagai yang sulung tapi xnampak cam yang sulung pun hehe yela adik aku leh panggil aku "buncit" bayangla heheheh. Pape pn aku berasa syok giler sebab dapat adik yang ramai iaitu 9 orang. Bleh gak main wresling ngan diorang sume..Sampaikan adik aku pmpuan yang bongsu sekali pun ikut gak maklumla abag sume laki dia sorang je perempuan maka kenala dia survive haha... La pe kaitan ngan gambar ni plak... Sbnrnya ni gambar aksesori Marine Engineering Dept kat Ranaco. Sume ni kitorang yang create sendiri tau dengan bantuan lecture sume dengan kata lain sume ni batch aku yang create..Sekalung ucapan terima kasih( cheewah) kepada bdak2 batch aku yang tlg bekerjasama serta bergabung tenaga dalam menyiapkan benda ni huhuh... Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

hipee


Alhamdulillah selamat sampai gak sim Happy yang aku order 6 hb ri tu.. Merasala gak aku nak gayut lama2 hehe.. Nt leh ar gayut sampai pecah gegendang telinga xpun sampai berair telinga tu huhu.. Tapi aku salute la kat Digi sebab hantar sim aku tepat malahan awal dari tarikh jangkaan , awal satu hari tau. Selalunya paham2la kalau kata sampai ri ni tup..tup.. sampai lusa ntah2 xsampai terus huhu,, tapi dalam best ada gak yang tak bestnya aku order 2 tp sampai satu je.. padahal aku order skali je.. Ntahla mgkin ri sabtu ni (10 hb ) sampai kot sim tu.. Bkn apa kan senang kalo Digi wat satu sampul je sim aku tu ish2... sume tak kena kan hehe.. Mcm nila hdup kan, kita tak pernah nak puas atas apa yang telah kita dapat bak kata pepatah melayu bagi betis nak paha, Takpun bak kata aku bg moto nak tunjuk langit ( skyline),, Dah lumrah alam kita kena trima je,, kita buleh tpu orang pada tiap masa tapi kita tak boleh tpu orang dalam satu masa,, pe la yang aku ngarut ni.. Rocks u Digi hehe. Maka terpaksala aku cari satu lagi hp untuk bg kat mamat "happy" ni maklumlah hp aku yang satu lagi mamat "maxis "dak guna huhuhuhuh Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

huarghhh


Entah macammana aku takleh tido malam ni,,
nak kata panas taklah panas pun n nak kata sejuk jauh sekali huhu,,
tergerakla hatiku yang kudus lagi sunyi ni an tanpa rasa segan silu aku terus menarik hp aku kat tepi dan trus tanpa rasa bersalah aku snap gambar ni ha,, inila yang termampu aku lakukan dalam kegelapan malam tanpa bantuan dari tenaga elektrik sebab kat bilik aku ni gelap bukan apa saje xnk buka lampu hahaha... bkn nak jimatkan kos tapi best pe dalam gelap2 ni ha...
maka aku watla blong aku ni yang ntah pape. dari td lagi aku cube nak buatkan jadi 3 column ntah-ntah aku yang tergulung Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, January 7, 2009


Gambar ni semasa aku amali dengan syafiq membe paling rapat ngan aku hehehe
selalu je aku bonceng moto dia hehehe sampai nak terbalik maklumla aku ni besar gedabak haha.
kitorg baru pas amali engan lecture Cik Agus Sonata,,,, Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, January 6, 2009

Sayang Papa teramat Cinta padamu


Mama, Papa tak tahu nak ucapkan dengan kata-kata yang papa teramat cinta dan sayang pada Mama, tanpa Mama Papa takleh hidup. Papa berdoa agar hubungan kita ini berkekalan hingga akhir hayat kita. Papa berjanji akan menjaga Mama sedaya upaya Papa. Luv u mama Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sayang at Cinta padamu


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Aku Cinta Padamu Umi Dan Abg Sayang Fatin


Tanpamu siapalah aku. Dari kecil dirimu tatang aku dengan penuh rasa kasih sayang.. Aku amat terhutang budi denganmu wahai Umi yang tercinta. Sejak Abah tiada didunia dirimu telah menjadi pengganti sebagai ketua keluarga. Thanx Umi Luv u Samsiah Bt Ismail
Buat adikku yang tersayang walaupun adik tidak seperti insan yang lain ketahuilah dirimu bahawa abg teramat sayang padamu,, Love u Nurfathin Amalin Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Toche


Salam sume...
Alhamdulillah selamat gak saya buat blog ni semata2 untuk kongsi bersama dengan orang yang saya sayangi yang selama ini berada di belakang saya dalam membantu saya untuk mencapai matlamat hidup saya.
Thank segalanya yang telah dirimu beri kepadaku selama ini.
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~