Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, December 31, 2011

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega



Salam satu malaysia. Tahniah buat Osbon sebab menang MLM untuk musim pertama ini yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam semalam. Osbon membawa pulang wang tunai sebanyak Rm 350,000 beserta hadiah sampingan selaku juara. Perghh rezeki mereka. Alhamdulillah baguslah Osbon menang semalam sebab mereka memang bekerja keras lagipun mereka hanyalah pemandu teksi dan pelawak di majlis-majlis perkahwinan sahaja. Rezeki tahun baru la katakan jadi gunalah wang itu sebaiknya hehe. 

Tempat kedua pula di sandang oleh Boboi yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 serta hadiah iringan yang lain. Wang tunai sebanyak RM150,000 milik Saehu selaku pemenang tempat ketiga manakala Syok hanya mendapat hadiah saguhati. Walau apapun MLM tahun ini adalah yang terbaekk. Dan samalah kita nantikan kemunculan Maharaja Lawak Musim ke-6 yang akan berlangsung nanti. 

Peacee Yooo



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, December 30, 2011

Maharaja Lawak Mega Final



Malam ni akan berlangsunglah final bagi MLM untuk dinobatkan siapakah yang paling layak Memegang title tersebut. Osbon(MSIA), Boboi(MSIA), Syok(SIN) dan Saehu(IND) akan berentap sesama sendiri di Stadium Melawati. Yang sedihnya pulak sampai pukul 12 tiket untuk final yang diedarkan secara percuma dah habis.. Xpe kita tengok dalam tv la kalo macam tu..


 Boboi


 Osbon


 Saehu


Syok


Pape pn Gud luck pada diorang dan jangan lupa temujanji malam nanti



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Samsu Haram vs Hospital


“Perghh memang hari-hari tonggengla diorang kalo cam ni, murah gile” kata Azmi(bukan nama sebenar)

Itulah kata-kata seorang membe aku yang mahu nama dirahsiakan bila tahu tentang samsu haram yang dijual ditepi-tepi jalan tanpa kawalan dari pihak berkuasa. Murah pulak tu, 60 sen untuk seliter, memang murah tahap gila B**ilah kalau harga macam tu

“Mungkin diskaun hujung tahun kot”  kata Rasid (bukan nama sebenar)

Bukan diskaun  tapi memang dah harga tetap. Budak kecik pun buleh beli kalau 60 sen. Mahal sirap bandung lagila kalau macam tu huhu.

Dengan nada bongkak dan ala-ala control kehenseman kata Rahim(bukan nama sebenar)

” Makan gaji buta ke polis-polis, majlis bandaran. Sebab tula perut buncit asyik tak kerja je”

Choop!!! Bab buncit tu slow-slow sket hehe..
Ukeh fine ni mat Pesal nak story mory kat korang semua ni. Kalau korang nak tahu tu semua bukan berlaku kat sini,Malaysia tapi kat Garijala, Sangrampur, Bengal Barat,India weii. Korang tak perlu emosional la sangat hehe itulah kata-kata yang dituturkan oleh Faisal(nama sebenar)

India,  seorang pemuda yang bernama Mafizur Jamadar sanggup bekerja di kota Kalkota sejauh 30km semata-mata mahu hidup.  Setiap hari sebelum sampai kerumah dia sempat singgah di tepi jalan semata-mata untuk minum samsu haram.
Setibanya di rumah dia sakit perut dan loya seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia kerana keracunan samsu haram.

Sebenarnya bagi aku, samsu haram tu bukan isu tapi tahap penguatkuasaan oleh pihak yang berwajib untuk menangani masalah ini daripada berlaku seharusnya di ambil perhatian. Pihak berkuasa MESTI memantau semua, di India samsu boleh dijual tapi pihak berwajib mesti pastikan tahap kebersihan mematuhi piawai yang telah ditetapkan.

Dalam isu ni aku sebenarnya cenderung nak bagi anda semua tahu tentang tahap serta facility sebhuah hospital di sana dengan tempat kita. Sekadar buat perbandingan sahaja.


~Disana~


~Disini~

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur sebab prasarana yang ada cukup baik jika dibandingkan dengan mereka.

“Tengok melalui mata, nilai melalui hati bukan emosi”


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

JUMAAT



Salam Jumaat yang indah buat semua. Semoga dengan kedatangan penghulu segala hari ini membawa barakah pada anda semua. Hari ini merupakan jumaat yang terakhir untuk tahun 2011 dan kita akan menemui tahun baru 2012 nanti dalam masa 2 hari lagi..

Azam???? entahlah aku sebenarnya takder azam pun hehe.. Jujur aku bagitahu aku tak pernah ada azam macam sesetengah orang. Bagi aku cukuplah kalau tahun akan datang lagi lebih baik untuk tahun sebelumnya. Tapi tahun ini, aku nak aku ada azam ekekek.. Azam aku tahun ini adalah aku mahu ada azam hehe. Pelik kan ayat aku hehe.. Kan sebelumnya aku takder azam sebab itulah aku mahu ada azam hahaha. Terbelit lidah aku nak sebut ayat aku. Maklumlah aku ni bukannya sasterawan ataupun novelis huhu..

Tahun baru ni aku nak azam gila-gila punya, memang azam nafsu naga merah azam aku tahun pertama ada azam ni haha:

  • Menjadi suami yang baik dan HENSEM
  • Menjadi seorang yang taat pada ajaran ISLAM
  • Kenaikan GAJI tahap dewa punya

Haaa itulah azam aku untuk tahun ni semoga semua zam tu aku dapat capai. InsyaAllah.



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, December 29, 2011

~BAHAGIANYA BILE BERPUASA~

Assalamualaikum...pehabaq semua?haha cakap utara plak Mrs. Kepoh nie kan. Rasenya dah dua hari Mrs. Kepoh x menupdatekan diri dalam blo nie. Kesian Mr Cool asyik kena. Ngeee sorry ya teddy. Anyway Mrs Kepoh nak share perasaan Mrs Kepoh hari nie. Rase bahagia sesangat sebab hari nie Mrs Kepoh puasa sunat. Lepas tue kan sebelum balik kerja Mr Cool call tanya nak buke ape nanti, Mrs Kepoh kate pape jelah it's okay I don't mind. So bile sampai di pintu pagar rumah Mr Cool tengah duk nak uka pintu pagar rumah. Baru balik beli barang makanan yang nak dimasak malam nie. Masuk rumah Mr Cool terus cakap

" Sayang, duk rehat ja okay. Jangan masuk dapur. Abamg nak masak tuk kite malam nie."

Mrs Kepoh pun patuh la pada perintah suami. Sampai waktu maghrib tuk berbuka, Mrs Kepoh rase teruja sesangat sebabnye makanan yang dimasak Mr Cool amat menyelerakan. Ikan bakar cicah air asam,sotong goreng kunyit dan sayur petola tumis air. Perghh!memang memikat kalbu. Terima kasih my lovely teddy, Mr Cool.

Okay la rasenye cukup dulu untuk hari ini. Nantu kite berchirp2 lagi. Daaa Adios >_# V , <3
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, December 28, 2011

Hidup Tak Semestinya Indah

'Pejal ko sibuk ker tak hari ni?' antara soalan yang paling aku benci dan menyampah setiap akhir tahun. Kalau nak tau apa jawapan yang aku bagi, ni ha jawapanya seperti yang tertera kat bawah(chewaah):


Tengok!!! Mana aku sibuk haha :) 


 TAk Sibuk pun aku sekarang :)


Agak-agak nak letak tangan kat mana?

Ha kan aku dh cakap aku mana sibuk huhu :( ni semua aku kena settle sblm 5 hb ni sebab 9hb nt dah ada audit. Lepas audit enjoyyy.. Kalu pekerja produktif macam aku tak naik gaji lagi tak tahu la aku macamana huhu. Apapun yang penting kena jujur dengan kerja yang kita lakukan. Aku senang dengan kerja aku sekarang. 

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Mandi Pagi



Bila hujan tentu je malas nak mandi pagi, bukan ape dulu time kecik nenek selalu je jerang air bagi aku mandi sebelum pergi sekolah. Memang best gile dapat mandi air jerang tu. Kadang nenek bubuh daun pandan dan daun serai bagi wangi bau badan. Sambil mengigil, pakai baju sekolah. Wap putih keluar dari mulut time bernafas macam dok kat luar negara pulak. Sejukla katakan.

Mandi pagi ni banyak kebaikkan antaranya:

1-Kandungan al kartozon dalam darah adalah tinggi waktu pagi baik untuk badan mengaktifkan sel darah dalam badan.

2- Bangun awal pagi dapat mencegah penyakit hati.

3-Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk badan.

4- Membantu mencergaskan badan.

5- Kandungan udara pada awal pagi adalah yang paling bersih sekali jadi amat penting untuk tubuh badan.

Kalau sekarang tak payah cakapla bangun pagi dah ada water heater pas tu sembur minyak wangi bagi aroma tu mewangi walaupun orang kat sekeliling dah naik busuk dengan bau perfume tu. Sepatutnya buh sikit je yang g buh sampai setengah botol tu watpe huhu.. Sakit hidung orang sekeliling..



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, December 27, 2011

4 Cara Tidur

Cara Tidur

1-TIDUR PARA NABI
(Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi)

2-TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
(Tidur mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam)

3-TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
(Tidur mengiring kesebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan)

4-TIDUR  SYAITAN
(Menelungkup/tiarap sepertinya ahli neraka)


Yang mana satu cara tidur kita selama ini, jangan ada yang tidur sambil tonggeng sudahla.. Jadi tepuk dada tanyalah bantal.

See Ya



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Aku Kaya

Haha kalo ikut pada statement tu memang aku dapat banyak duit je kan hehe tapi hampeh baru permulaan je ni, walaupun sikit tapi kurangnya itu baru permulaan untuk aku trus memblogging lagi walaupun sibuk ngan keje kat Opis.




Kalau ikutkan ngan umur blog aku dan sikap aku dalam memblogging tu memang aku layak je hehe. Apa pun selamat memblog semua Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Senarai Sekolah Terbaik Keputusan PMR 2011

Lepas dh Exam jadi sekarang result PMR dah keluar. Pada yang berjaya Tahniah aku ucapkan dah pada yang tak berjaya teruskan usaha anda lagi dan sesungguhnya perjuangan belum selesai. Dan kepada pihak sekolah yang telah berjaya mendidik pelajar ucapan sekalung terima kasih yang tak terhingga. Berikut adalah maklumat terkini tentang keputusan PMR serta ranking sekolah.

  1. SMS HULU SELANGOR (1.0048)
  2. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)
  3. SMS TELUK INTAN (1.0191)
  4. KOLEJ TUNKU KURSIAH (1.0196)
  5. SMS KUALA SELANGOR (1.02)
  6. SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (1.0203)
  7. MRSM GEMENCHEH (1. 0204 )
  8. MRSM PASIR TUMBOH (1.0210)
  9. SM SAINS JOHOR (1.0233).
  10. MRSM KKB (1.02388)
  11. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
  12. MRSM TUN ABDUL RAZAK (1.02489)
  13. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
  14. SMS SELANGOR (1.0263)
  15. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
  16. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
  17. SM SAINS POKOK SENA 1.0279
  18. MRSM PASIR SALAK (1.0313)
  19. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
  20. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327 )
  21. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
  22. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
  23. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
  24. MRSM LENGGONG (1.0341)
  25. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
  26. MRSM TERENDAK (1.0380)
  27. MRSM GERIK (1.0385)
  28. MRSM SERTING (1.0408)
  29. SM SAINS MACHANG (1.0411)
  30. SM SAINS MIRI (1.0439)
Senarai Maktab Rendah Sains Mara Terbaik PMR 12 mengikut GPS
Pencapaian GPS PMR 2011 mengikut MRSM
  1. Gemencheh 1.0204
  2. Pasir Tumboh 1.0210
  3. KKB 1.0238
  4. Tun Abdul Razak 1.0248
  5. Pasir Salak 1.0313
  6. Lenggong 1.0341
  7. Terendak 1.00380
  8. Gerik 1.0385
  9. Serting 1.0408
  10. K.Klawang
  11. K.Terengganu
  12. Muadzam
  13. Beseri
  14. Traskrian
  15. Kubang Pasu
  16. Batu Pahat
  17. Balik Pulau
  18. Langkawi
  19. Pendang
  20. PDRM
  21. Pontian
  22. Mersing
  23. Kepala Batas
  24. K.Kinabalu
  25. Kuantan
  26. Kuala Berang
  27. Felda
  28. Pengkalan HUlu
  29. Alor Gajah
  30. Kuala Lipis
  31. Kuala Kerai
  32. Merbok
  33. Kuching
  34. Kota Putra
  35. Besut
  36. Jeli
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik di Malaysia PMR 2011
  1. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)
  2. SMS TELUK INTAN (1.0191)
  3. KOLEJ TUNKU KURSIAH (1.0196)
  4. SMS KUALA SELANGOR (1.02)
  5. SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (1.0203)
  6. SM SAINS JOHOR (1.0233)
  7. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
  8. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
  9. SMS SELANGOR (1.0263)
  10. MCKK (1.0264)
  11. SMS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
  12. SMS POKOK SENA
  13. SM SULTAN ABDUL HALIM
  14. SMS SULTAN MOHAMMAD JIWA
  15. SMS TUANKU SYED PUTRA
  16. SEKOLAH SULTAN AZLAN SHAH
  17. SMS SULTAN MAHMUD
  18. SMS TENGKU ABDULLAH
  19. SMS MACHANG
  20. SMS MIRI
  21. SBPI GOMBAK
  22. SMS PASIR PUTEH
  23. SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
  24. SMS BAGAN DATOH
  25. SMS TUANKU JA’AFAR
  26. SBPI SABAK BERNAM
  27. SMS KOTA TINGGI
  28. SBPI SELANDAR
  29. SMS REMBAU
  30. SMS KEPALA BATAS
  31. SMS LAHAD DATU
  32. SMS LABUAN
  33. SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH
  34. SBPI JEMPOL
  35. SMS KUBANG PASU
  36. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH
  37. SEKOLAH SULTAN HJ AHMAD SHAH
  38. SBPI RAWANG
  39. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
  40. SMS KUCHING
  41. SBPI GOPENG
  42. SBPI KUBANG PASU
  43. SMS SULTAN ISKANDAR
  44. SBPI TUN ABDUL RAZAK
  45. SBPI KUANTAN
Sekolah Terbaik PMR 2011 Mengikut Negeri
1) Wilayah Persekutuan KL
* Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) catat 96% semua As
* Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur cata 100% lulus
* Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki catat 100% lulus
2) Perak
* Sekolah TUnku Abdul Rahman (STAR) 88 pelajar catat semua A
3) Perlis
* Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra catat 100% lulus
* Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma catat 100% lulus
* SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau catat 100% lulus
*Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) catata 96% pelajar semua As
*Sekolah Seri Puteri dapat 166 pelajar semua A terbaik di Malaysia
*Terengganu Terbaik Di Malaysia untuk PMR 2012
Sekolah Cemerlang PMR 2011 dan Pelajar Cemerlang PMR 2011
10 Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia
  1. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  2. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
  3. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  5. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  6. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  7. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
  8. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  9. Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.
4 Sekolah Menengah Harian di Malaysia
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang

Creadit to Harian Metro


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~Dah Ada Group~

Masuk Opis ri ni trus buka email manala tau kot2 ada lagi job yang pending untuk audit nanti. Alhamdulillah ada satu je lagi job yang menunggu untuk wat Ujian Vibration analysis. Jadi tangan pun tanpa segan silunya buka blog.

Peh dua perkara yang masuk  dalam kepala pagi tadi. Satui baik n satu lagi nak kata baik pun tak nak kata buruk pon tak hehe..

1-tahniah ya.. dah masuk group ke 5. 


2-jangan lupa tukar shoutbox ni. shoutmix akan tutup 31/12/2011


Maknanya aku dah masuk group ke 5 dalam Pencarian Blogger Aktif Oleh miliana.com dan yang tak tahan tu nak kena tukar pulak shoutbox aku ni sbb dh nk expired dh huhuhu. Terima ksaih kak sebab ingatkan tadi.Papehal nanti balik kerja blehla update lagi hehe, maklumla pekerja contoh hehe. 


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Monday, December 26, 2011

~GAJI MAHAL~


Senarai muka-muka poya aku time kerja dulu-dulu hehe


 Hensemkan mamat ni---->





Kawan: “Ko Keje Ape ek skrg?”

Aku: “Kuli jew”

Kawan: “Ooo mesti gaji besar kan?”

Aku “Biasa-biasa je”

Itulah antara basic perbualan antara aku ngan kawan aku tiap kali aku balik kampong, kalau jumpa 50 orang kawan aku jadi aku terpaksalah aku mendengar sebanyak 50 kali juga soalan tu. Huhu. Sabor jew la nak buat macamana dah nasib badan.

“Ko keje kapal kan? Mesti gaji mahal kan?”

Kenapa eh kalau ada kaitan dengan kapal semua orang akan kata gaji tinggi. Tak paham aku padahal kerja peguam pun gaji tinggi jugak kan.

“budak kapal mesti jahat kan?”

Erm ni satu lagi mentality orang kita, bila sebut orang kapal mesti terus fikir  budak kapal jahat. Tak semua budak kapal jahat dan tak semua orang yang kerja biasa tidak jahat. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Aku masih ingat lagi time aku stdy kat PUO dulu budak marine berpegang pada prinsip iaitu:

“Everyone Said All Mariners Are Bad Guy But Mariners Say Come To Sea And See Yourself”

Bagi aku pulak semua itu tak penting dan yang penting sekali kita kena berpegang pada agama kita sebab Agama adalah segalanya.




~Jahatke muka mamat ni? hehe~



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

KENAPA TETAMU BAGI DUIT KETIKA MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN?

Salam 1 Malaysia. Hari yang membosankan tuk kami berdua. Haha.duk melepak bersantai bersame2 di ruang tamu di rumah. Tengah menghadap laptop melayan facebook terbace artikel tentang ini "KENAPA TETAMU BAGI DUIT KETIKA MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN?". Adakah ini suatu adat yang telah menjadi kebiasaan. Adakalanya sesetengah orang berkata "Buat majlis kahwin ke buka kedai makan?" dan pihak yang mengadakan majlis kadang-kadang terpaksa menolak dengan berkata " Tak payah la bagi duit...kami hanya mengadakan majlis kesyukuran...Bukan minta dibayar.".

Oleh kerana terlalu banyak tanggapan yang dibuat tentang perkara ini, saya ingin berkongsi sedikit info yang berkaitan dengan perkara ini:

Pemberian wang kepada keluarga pengantin dilakukan oleh orang dahulu adalah sebagai penganti kepada hadiah. Dalam Islam, pemberian hadiah atau sumbangan di majlis walimah adalah sunnah yang dituntut oleh Rasulullah." Setelah Nabi Shallalalhu 'alaihi wa Sallam menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi S.A.W pun berkata: "Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan". Beliau pun menghamparkan lembaran kulityang disamak (sebagai bekas). Ada yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak)." 

(Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2048)

Oleh kerana kesuntukan masa, sukarnya untuk mendapatkan hadiah dan seumpamanya, maka orang dahulu mengambil langkah mudah dengan menghadiahkan wang sebagai sumbangan untuk menggantikan hadiah. Dengan hati yang ikhlas mereka menghulurkan wang kepada keluarga pengantin seharusnya wakil keluarga ( selalunya bapa) menerimanya dengan hati yang ikhlas atas sumbangan itu. Supaya pihak yang memberinya tidak berkecil hati dan dapatlah mereka mendapat pahala melakukan amalan sunnah ini.Bagaimanapun sekarang mungkin ramai orang memberi wang hanya kerana adat tanpa mengetahui ia adalah sunnah. Semoga artikel ini  dapat memberi sedikit penjelasan. InsyaAllah...

Kredit kepada CahayaIslam.net...=)
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, December 25, 2011

~Audit~



Busan tahap kegilaan Mr Cool mlm ni. Mulai malam ni, detik ini, masa ini, this time, Mr Cool nak bahasakan dengan gelaran aku ketika menulis bukan apa cuma masih panas lagi dengan citer ari tu. tengok sini kalau nak tahu: SINI sakit hati pun ada. 

Malam yang memang membosankan. entah kemanala cik kepoh pegi, dahla bangun lambat tadi haha, Aku pun tak tahu nak cakap apa dalam blog ni cume sesajer nak luahkan kata-kata yang tak seberapa. haha pe la yang aku mengarut ni.

Okeh.. sebenarnya aku buhsan, stress dan serabut sangat-sangat maklumla akhir tahun audit ISO company aku dahla dekat sangat-sangat. Banyak kerja yang tak settle lagi. Bukannya aku malas nak buat kerja cuma aku tak berapa rajin nak buat kerja hehe.

Harap-harapla dapat siap sebelum 10.01.12 sebab audit pulak, menjawabla aku nanti gamaknya. Jangan jadi macam tahun lepas sudahlah. Semua berterabur maklumla company baru. 

Aku dok menaip ni sambil tersenyum tau, dok tengok keletah Mrs Kepoh adjust antenna nak tengok tv haha. Katanya nak tengok Tv singapore cite ape ntah..Lawak siott bini aku sorang tu haha. dahla makan sensorang tadi. cik abang nak dietla katakan hehe. Nak turunkan berat badan ni..



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~Pencarian Blogger Aktif Oleh miliana.com~


Mood: Baru Bangun Tidur
Situasi: Hujan renyai-renyai, Mrs Kepoh still tidur


Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011


Rasa macam tak percaya je pun Mr Cool masuk wat ni semua. Terima kasih pada empunya miliana.com yang sudi jengah blog yang tak seberapa ni hehe. Dah alang-alang jengah blog Mr Cool pun jengah sekali blog miliana.com ermm terpikat pada entry ni pulak "Pencarian Blogger Aktif Oleh miliana.com" terusla Mr Cool join sekali hehe. kalo nak tau lebih lanjut tentang ni apakata ringankan jari jemari g kat SINI semua ada. walaupun Mr Cool ni bukan blogger aktif tapi entah mengapa hati ini tergerak nak join kekeke..



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~BUKAN AKU BOGEL PUN~

Kawan::   “Pesa demo tok malu ko ado adik hok mace istimewo jah?”
Kawan:     (“Pesa, engkau tak malu ke ada adik yang cacat?”)

Aku:        “Nok Malu wat gapo gak”
Aku        (“Apa yang nak di malukannya”)

Kawan   “kalu kawe jangan harapla nok bawok tubik adik kawe derak kalu ado adik supo demo”
Kawan    (“Kalau aku la kan, jgn harapla aku nak bawa adik aku jalan-jalan kalo ada adik macam adik kau”)

Aku        “Demo gak, dio ker supo denger kito jah”
Aku       (“Engkau ni kan, dia kan sama macam kita je kan”)

Kawan   “ Tok pehe kawe denge demo gak”
Kawan    (“Tak pahamla aku dengan engkau”)

p/s: sengaja letak subtitles kot-kot korang tak paham loghat kelantan


Orang macam ni pun ada. Aku akui aku memang ada adik macam tu tapi aku bangga dan aku happy sangat sebab adik aku comel, hehe.. Mr Cool nak bahasakan iri dengan aku pulak ni hehe. Maafla kalau terkasar bahasa. Aku bangga an aku tak malu ada adik Down Syndrome... Itupun nak malu bukan aku bogel depan orang ramai pun, bodoh punya olang, pikiran masih dalam tempurung lagi kalo cam tu





















 Ni semua gambar time bertunang, kahwin dan juga selepas majlis konvokesyen di cherating

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, December 23, 2011

~GUA KRISTAL NAICA TANDA KEKUASAAN ALLAH~

Di temui secara tidak sengaja oleh dua orang pelombong di bawah permukaan di Naica, Mexico. Gua kristal tersebut yang terbesar pernah ditemui di dunia merupakan keajaiban yang tersendiri sampaikan para saintis mendesak kerajaan Mexico untuk mewartakan dan mendapatkan Status Warisan Dunia Unesco bagi melindungi pembentukan unik hablur itu untuk tatapan generasi akan datang.Lombong besar di Naica itu digali selama beberapa tahun untuk tujuan perlombongan. 

Namun pada 1975, sejumlah besar kawasan itu dikeringkan bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan dijalankan.Apabila kering, kristal itu berhenti membesar, tetapi ia lebih 25 tahun sebelum dua pelombong menemui Gua Kristal yang luas itu. Turut ditemui ialah koleksi gipsum yang begitu banyak.Pembentukan tiang 290 meter di bawah permukaan berlaku apabila air yang sangat panas mula sejuk dan menjadi terperap dengan gipsum. Lama-kelamaan, kristal akan terbentuk di dalam air.

Satu daripada masalah besar yang masih dihadapi saintis yang berhasrat melakukan kajian di bawah permukaan di Naica ialah suhu.Kolam air panas yang terletak berhampiran Gua Kristal itu menyebabkan suhu di dalam gua itu sangat panas untuk membolehkan saintis kekal di dalamnya melebihi 10 minit pada sesuatu masa.

Gua tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu:

#Kristal yang terdapat dalam gua tersebut lebih lembut dari kuku manusia
#Kristal tersebut mengandungi gipsum yang membentuk tiang gua.
#Suhu yang terdapat dalam gua tersebut sangat tinggi.





Macam tak percaya je----->


Cantik------->





Ada lagi --------->

Lagi-------->

Kisah tentang gua ini pernah keluar dalam rancangan Discovery Channel. Kalau nak lagi real jengukla kat sana hehe.. Check kat sini:


Memang takjubla dengan segala ciptaanNya. Terasa diri ini kerdil disisiNya. Ya Allah Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui.




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

PENATNYER!!!!

Ape kabar u alls?!Mrs Kepoh sakit pale plak ri nie. Kena ujan siang tadi.Aduh,jadi lembik badan nie. Finally sampai gak hari jumaat. Hari untuk mule berehat & bersantai bersama Mr Teddy Cool.Ahaks....Teddy Cool yeah. Hari nie mase nak pergi keja pagi tadi terserempak dengan excident. Aduyai jadi seram sejuk Mrs Kepoh. Mana taknya tue jela jalan tuk pergi & balik ke tmpt keja dari rumah. Boleh dikatakan seminggu mesti ade ja 3,4 kali excident. Lagi2 kalu yg betul2 ternampak depan mate. Cuak jadinye. So dah sampai hari jumaat nie Mrs Kepoh nak rehat serehatnye sbb kebetulan besok Mrs Kepoh offday tapi Mr Cool kena keja. Cian Teddy Cool sowang nie.


Mr Cool Yang Kena Keja Sok...Alala...Ciannye!!


Mrs Kepoh Yang Offday Besok...Ngee Menunggu Mr Cool Dengan Penuh Senyuman
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~REKAAN PROTON YANG PELIK~

Salam semua. Korang semua mesti inginkan kereta keluaran Malaysia yang gempak lagi sempoi yang boleh lawan kereta keluaran Japan dan Europe. Pape pn Mr Cool tak pasti tentang apa yang Mr Cool baca pagi tadi sebelum buka email hehe.  Kalau adala kereta macam ni mesti best sangat-sangat. Kat bawah nilah bukti kereta tersebut berada di jalan iaitu di Shah Alam.



Lagi Gambar -------------->


Ada Lagi





Menurut dari pandangan sesetengah pihak mereka mengatakan bahawa kereta itu sebenarnya adalah rekaan daripada pelajar politeknik dan university di negara ini yang di anjurkan oleh Proton.  Dan pihak Proton akan memilih design yang menarik untuk digunakan. Manakala mengikut lain maklumat, mereka mengatakan bahawa kereta tersebut adalah R&D ataupun penyelidikan daripada pihak Proton untuk dicuba di pasaran ini namun oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak tertentu maka kenderaan tersebut tidak dapat dipasarkan. Namun semua itu tidak dapat dipastikan kesahihan  maklumat tersebut. Kalaulah dapt sebuah kereta macam tu, peh mesti gempak gile kan hehe..

Creadit to:OHTIDAK
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

"JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA"

Salam satu Dunia hehe.. Hari ni Mr cool sibuk sangat-sangat dengan aktiviti yang memenatkan kepala. Apalagi kalo bukan Audit untuk akhir tahun hehe.Memang banyak sangat benda untuk di settlekan jadi untuk mengisi kesibukan ini Mr Cool join program yang dianjurkan oleh Kak diana untuk review blog sesama kita. Check it out.


Untuk mengetahui cara macamana nak join sila la ke link yang telah Mr Cool bagi tadi. Selamat Mencuba.

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, December 21, 2011

~SALAH SIAPA~


Salam semua, sebenarnya entry ni semalam lagi patutnya Mr Cool posting tapi oleh kerana kemengantukan yang berlaku pada kelopak mata jadi terpaksalah entry ini di posting ketika mata masih segar(hehe). Mr Cool nak sangat korang semua baca apa yang ada dalam kolum di bawah ini dan buatlah kesimpulan sendiri serta pikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi di negara kita ini. check it outt semua:


~Apa pandangan korang semua?~

Baca baik-baik apa yang di tulis oleh seorang "pengomen" Bagi Mr Cool simple je "Permudahkan Untuk Kesenangan Bersama" hehe.. See yaaaa Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~SATU ISTERI DUA SUAMI~

Entahlah terkedu Mr Cool bila tahu berita ini. Dunia akhir zaman dah sampaikan benda yang mustahil orang buat tetapi ada orang yang sanggup lakukan. 

Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia seorang wanita yang dikenali sebagai Umi Khasanah berusia 44 tahun, mencari rezzeki dengan mengumpul barangan lusuh telah berkahwin dengan suaminya yang bernama Saiful, Kehadiran seorang mamat"ganteng" Hadi, 47 tahun kerumahnya dan menetap selama 2 tahun telah merubah segalanya. Dalam diam-diam Hadi menyintai Umi Khasanah dan cinta tersebut berbalas. Kira main kayu tiga la ni hehe. Ganas jugak diorang main kayu tiga haha. Hadi menyampaikan niat suci tersebut.(chewaah) kepada pasangan Umi dan Saiful. Tanpa segan silunya niat "suci gila b*b*" hadi disambut dengan hati yang terbuka luas seluas "Stadium Gunung Tidak Jalil". Peh memang hati kental la diorang semua tu. langsung tak takut kat hukum Allah. Sumpah jadi Biskut Meri baru tau.. Dan yang tak tahan tu "Suami tua" Umi langsung tak kisah Umi melakukan hubungan kelamin disebelah dia bersama dengan "Suami Mudanya" pehh ni bukan xde akal dh tapi ni semua keje gila. MEMANG GILA punya olang woo. Walaubagaimanapun "mahligai indah" yang mereka bina itu dapat di hidu oleh orang kampung yang prihatin macam TV3 lalu melaporkan pada polis. Pasangan itu kemudiannya ditangkap untuk soal siasat. Nanti masuk penjara bulehla kawin dengan semua orang dalam penjara nanti hehe... Kira keluarga besarla jugak Dunia...dunia..dunia...


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Monday, December 19, 2011

~OJA TERHEBAT,MRS KEPOH TERSAYANG~

Salam, sedikit nurkilan dari Mr kepoh untuk anda semua. Dalam meniti hari-hari yang bakal mendatang hanya ucapan "kuatkan semangatmu wahai oja, sesungguhnya jangan bagi kesedihan kamu kegembiraan bagi orang lain" dan uat Mrs Kepoh pulak cepatla tidur esok nak keje pulak hehe.. Ok sekian dari Mr Cool untuk penutup malam.


~Mrs Kepoh cam nak tdo jew hehe~


~Cik Oja yang kuat gelak hahaha~
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, December 18, 2011

~CARA NAIKKAN TRAFIC BLOG~

Salam semua, Kebuhsanan telah menguasai Mr Cool. Dahla hujan dari pagi tadi nak keluar pun susah. Hari ni kat umah je Mr Cool & Mrs Kepoh. Buhsan sesangat. Cakap pasal traffic blog ni xsama dengan traffic kat highway sebab kalo kat highway kita xnk traffic banyak tapi kalo blog kita nak sangat-sangat kalo traffic kat blog kita ni banyak. Traffic blog Mr Cool ni suam-suam kuku kaki jew. Traffic macam kat kg je hehe. Pape pun ada sedikit kekecewaan kat hati serba touching ni sebab xbyak traffic kat sini huhu,, Kalo traffic xbanyak x best nak jual kacang rebus, nantilab bila highway ni siap nanti ramaila traffic kat sini. Blehla jual kacang rebus takpun cendol kat tepi jalan tu hehe.. pe la yang dok ngarut pulak ni.. haha./.

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

0UR CHICKEN RICE...

Pekabar guys??hehe... Hari nie hari minggu so maksudne waktu berehat melepaskan penat bekerja enam hari. So,dah alang2 ade waktu rehat yang cukup Mr Cool & Mrs Kepoh pun bersantai bersame2 dekat umah. Nak keluar pun ujan ja dari pagi lagi. Jawabnye melepak je la dkt umah.Hehe. Memeel je la Mrs Kepoh nie. Hah!! korang ingat x semalam Mrs Kepoh kate nak msk nasi ayam. dan secara kebetulan Mr Cool nak makan nasi ayam ri nie. Pe lagi menjadi la pe yang Mrs Kepoh fikirkan semalam. Ngeee =). So kami berdua pun bekerjasama la menyediakan our special nasi ayam(hehe..perasannye).Perap ayam,wat sup,sos pedas & masak nasi Mrs Kepoh yang sediakan.Mr Cool plak wat sos manis & prepare sayur tuk nasi ayam. Finally selepas bertungkus lumus bersame2 di dapur akhirnye siap jugak our "Homemade Chicken Rice". Inilah hasilnye.Watch out!!! ^^,

Inilah hasilnye our special air tangan...Homemade C hicken Rice =)

 Alamak!!Terliur plak pabila terlihat hidangan yang telah tersedia

Wahh!!!Sedapnye...Jom makan ngeee >_<

Okay la guys..Kami nak menjamu selera dahulu. Dah bernyanyi2 rancak perut kami nie mintak diisi dengan nasi ayam. See ya!!! Daaa =)
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~AWEKKU SEBUAH KERETA~

Salam, Mesti semua pelik dengan entry Mr Cool hari ni, tapi dalam kehidupan kita seharian itu semua tidak mustahil lagi-lagi kalau benda ni berlaku di luar negara. Edward Smith seorang warga Amerika mengaku bercinta dengan kereta Volkswagen Beetle berwarna putih dan di beri nama manja iaitu 'Vanilla' Mr Cool tak tahu macamana nak bayangkan kenapalah 'cerdik' sangat dia sampai sanggup bercinta dengan kereta dan yang paling tak boleh nak bayangkan bila En Cerdik Pandai ini siap melakukan hubungan seks dengan si Vanilla. Aduhhh Mr Cool tak tahu kat manala titik ghairah si Vanilla tu hehe. Mungkin kat stereng kot haha, ntahla dunia..dunia.. Sebelum berjumpa dengan Vanilla , Edward ni pernah mempunyai hubungan cinta dengan kereta Volkswagon yang dibeli dari sebuah keluarga di Washington..

~kosmo hari ini~

Berat nanang orang ganu kate hehe.. Mr Cool pun pelikla dengan mamat ni. Ni la baru dikatakan nafsu besi.  Apa yang berlaku kat mamat ni sebenarnya ada salah satu penyakit yang dikenali sebagai mekanofilia di mana penyakit ini menyebabkan seseorang menyintai benda, alatan, motosikal ataupun kereta dan mereka yang menghidap penyakit ini akan menganggap alatan dan benda seperti kekasih. Golongan itu juga akan melakukan hubungan seks dengan objek yang mereka cintai. Kebanyakkan individu yang menghidap mekanofilia ini adalah disebabkan kurang mendapat kasih sayang ketika kecil atau kekecewaan yang teramat sangat dalam percintaan. Mr Cool masih tak dapat terima hakikat bahawa ada orang macam ni dalam dunia ni.. huhu, Tepuk dada tanya selera.

~Adakah Ini Awek Yang Bernama Vanilla~
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, December 16, 2011

APE NAK MASAK RI NIE EKK??

Mrs kepoh in a house..Haha ri nie Mrs Kepoh nak mencoret plak.Asyik Mr Cool ja mne aci. Bkn ape lappy Mrs Kepoh wat hal plak. X bleh nak tekan keyboard. Kena duk ketok2 dlu baru boleh tekan.Aduyai payah betul. Huhu maklum la lappy dpt free amik streamyx ri tue. Ngee. =) Hari nie Mrs Kepoh smpi umah dlu dri Mr Cool. Jadinye boleh la rehat2 jap ngee smbl menunggu buah hati pengarang tue sampai. Mrs Kepoh ah blurred nak masak pe malam nie. Tadi ingat nak masak sup ayam tpi mse tengah drive akal fikiran nie boley plak gatal fikir nak wat nasi ayam. Perghh mentang2 la smlm makan nasi ayam dkt Giant Plentong huahua. Tapi kan nak wat nasi ayam arang x cukup plak.Ngee... Mr Cool malam nie kite makan sup ayam ngan bayam goreng pedas jelah ea. Hehe =p. Mrs Kepoh nanti nak cube wat "Steamed Chicken with Mushroom". So for those yang nak jage pemakanan boleh try resepi nie. Nanti Mrs Kepoh resepinye ye. Sama2 mencube ^^,. Okay la nanti see u allz next tyme daaa!! <3

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, December 10, 2011

~NILAI BLOG ANDA~

Tengah best-best surfing internet tadi kat wawanfaiz Mr Cool terjumpa web yang bagi nilai pada blog kita. Jadi apa lagi, teruslah Mr Cool buat untuk blog ni tapi nilai tak sampai pun 1k hehe mungkin sebab baru kot. Takpe nanti ada masa Mr Cool akan pastikan blog ni bernilai sampai buleh beli kereta banyak-banyak haha.. Kat bawah ni Mr Cool bagi tutorial bagaimana nak tau nilai blog kita.

masuk kat .http://bizinformation.com.my dan masukkan link blog anda kat box dan tekan value

tadaa kan dah tau nilai blog anda hehe.


p/s#Mr Cool punya murah je.. huhu
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~