Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, February 26, 2012

Orang Pertama Yang Perlu Kita Tahu

Aku nak kongsi sesuatu dengan korang semua. Seringkali kita dengar tentang orang pertama pergi ke bulan, org pertama mereka kereta dan sebagainya tapi sedarkah kita (aku pun sama) tentang yang ini:

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Creadit To: Facebokaans

"Tepuk Dada Tanya Minda"

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Dulu Kg Bunohan Sekarang Filem Bunohan


Semalam aku cerita pasal Kampung bunohan sekarang aku nak cite plak tentang movie yang diambil sempena nama kampung itu. "Bunohan" adalah filem arahan Dain Said yang pernah mengarahkan "Dukun" dan di bintangi oleh pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, yang turut dibantu oleh Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor, model Tengku Azura dan pengarah indie Ho Yuhang. 


BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. 

Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. 



Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. 

Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.


Meh layan trailer cite ni dulu 

Tak sabar rasanya aku nak tengok movie ni nanti yang dijangkan akan ditayangkan pada 8 Mac 2012.. Kita tunggu sama-sama.

"Tepuk Dada Tanya Minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, February 25, 2012

Nama Pelik Kampung Yang Aku Banggakan


Salam semua, kali ni aku ada benda nak kongsi dengan korang semua. Korang mesti penah dengar kan nama-nama pelik kampung kat negara kita ni, betul tak?? Macam nama kampung aku takderla pelik pun. macam biasa je.. Kalo korang nak tahu kat Kelantan ada satu kampung yang dinamakan dengan nama "Kampung Bunohan"  Kampung ni terdapat kat daerah Tumpat. Aku ada sorang member yang berasal dari kampung tersebut masa belajar dulu. 


Kalau ikutkan bunohan tu adalah loghat kelantan yang bermaksuh Bunuhan ataupun saling berbunuhan satu sama lain. Perghh ganas gile nama kampung ni kan,Tapi korang jangan risaula sebab penduduk kampung ni takderla sampai nak bunuh orang.. Sekadar nama semata-mata.. Asal nama kampung Bunohan ni banyak versi yang diturunkan dari generasi dahulu kepada generasi sekarang. 
Ada yang mengatakan Nama kampung itu berasal dari:
Cerita 1
Kampung Bunuhan mendapat namanya daripada satu peristiwa yang berlaku lebih kurang 70 tahun dahulu. Satu rompakan telah berlaku. Sasarannya ialah satu deretan kedai-kedai runcit yang terdapat di kampung ini. Dalam peristiwa rompakan ini, seorang penduduk kampung telah terbunuh. Oleh kerana pembunuhan dianggap satu peristiwa besar di sini, oleh kerana ianya amat jarang berlaku, maka kampung ini telah diberi nama sempena peristiwa tersebut.
Cerita 2
Ada orang tua-tua kata, orang kampung dulu2 banyak memasang bubu (belat) di sebuah lubuk (sempadan dengan kg Jubakar Darat). Kerja menyiang (membunuh) ikan dilubuk itu juga membuatkan tergelarnya Kg Bunohan.
Cerita 3
kg Bunohan dapat nama kerana orang kampung banyak sangat membunuh askar Siam semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Itulah antara versi asal usul nama kampung bunohan ni. Tak tahu mana yang betul dan mana yang salah, jadi kalo sesiapa tahu sila betulkan aku 


p/s: Mesti korang semua rasa pelik kenapa aku highlight cerita pasal kampung Bunohan kan.?
to be continue:

"Tepuk Dada Tanya Minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

LAWAK:ROBOT PENGESAN BOHONG


""Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…""





Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No Title


Badan penat takyah cakapla beb, dah seminggu pola hidup aku berterabur sangat. Sibuk ngann keje sampaikan takde masa nak makan sesama dengan wife. Kesian, tapi apakan daya nafkah terpaksa aku cari untuk menyara hidup aku sekeluarga. Aku sedar aku ni bukan anak orang berada tapi kurangnya aku tahu cari rezeki halal.

Alhamdulillah  semoga nanti kehidupan aku diberkatai olehNya. Semalam tengah stanby nak balik datang pulak klien kat tempat aku kerja. Dahla klient Jepun ermm apa lagi macam tikus dengan besi la gamaknya. Tapi nasib baikla aku bleh sikit2 cakap nippon jadi takla kekok sangat hehe.. Smpai terkejut bos aku mungkin dia tak sangka aku buleh cakap Jepun kot huhu. Ada pekdahnya kalo belajar bahasa ketiga ni. Kadang-kadang boleh menyelamatkan kita dalam situasi yang kritikal. huhu 
Ganbate kudasai..

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, February 23, 2012

Cinta Suci Seorang Jejaka


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."


**Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda

Creadit to syok.org


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, February 22, 2012

SALAH AKU KE?!

Assalamualaikum pembuka bicara...

Hatiku sedih mengenangkan apa yang berlaku pada tika ini. Pabila ingin dikongsikan berita gembira dikatakan mementingkan diri,tidak memikirkan perasaan orang lain. habis pada siapa harus ku kongsikan berita gembira itu? Adakah salah bagi diriku untuk mengandung? Adakah patut aku menolak rezeki yang amat bernilai Allah berikan kepadaku?Aku mohon maaf sekiranya tertalu sensitif tetapi tdak kuduga itu yang aku dapat. Namun,tidak sesekali aku menolak rezeki pemberian-Mu Ya Allah. Biarpun Engkau berikan aku dugaan dalam keadaan sekarang tetapi aku bersyukur kerana Engkau telah memberikan aku seuah permata yang tak ternilai harganya agi diriku dan suamiku. Biarlah segala duka itu berlalu pergi dari kami dan hadirkanlah sinar kebahagiaan untuk kami Ya Allah. Tidak sesekali aku menyerah kalah Ya Allah. Engkau permudahkankan bagi kami. Itu yang ku mohonkan dari-Mu Ya Allah Ya Tuhanku.



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Erti sebuah kehidupan. Mungkin pengertian tentang kehidupan berbeza bagi setiap insan di atas bumi pinjaman Allah s.w.t ini. Ada tawa riang,duka sedih,berjaya,gagal dan sebagainya. Tetapi kita semua kena juga mengharunginya jua untuk meneruskan kehidupan. Seorang ayah sanggup berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki agar dapat memberikan sesuap nasi kepada anak-anaknya serta menberi nafkah kepada keluarganya. 

Seorang ibu bertarung nyawa disaat melahirkan anaknya dan pabila anaknya selamat dilahirkan perasaan syukur,gembira bercampur baur seiring dengan tangisan si anak kecil yang baru hendak mengenali dunia. Seorang anak dijaga dengan sesempurna mungkin oleh ibu dan ayahnya semenjak dari dilahirkan sehingga dewasa. Dan setelah dewasa anak belajar dengan besungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya.

Bila anak dah berjaya tiba masanya anak membalas jasa ibu dan ayahnya yang telah menjaganya sebaik mungkin.Adakah aku si anak itu yang telah menjalankan kewajipan ku sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa ku? Membalas jasa mereka,menjaga mereka dengan penuh kasih sayang seperti mereka menjaga aku semasa kecil. Ya Allah,Kau berikanlan kesempatan kepadaku Ya Allah agar dapat aku membalas jasa kedua ibu bapa ku. Hanya pada-Mu ku memohon Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Monday, February 20, 2012

Melancong Dengan Keretapi Tanah Melayu


Salam.. Alhamdulillah aku sempat update blog ni hehe bukan ape cme sibuk sikit hehe. Semalam aku balik Kelantan dengan my wife and BFF kitorang dengan keretapi. Kitorang naik train dari JB Sentral pkul 719 mlm dan yang tak tahan tu my wife siap muncung je mulut dia sebab takut tak sempat naik train mklumla ondway pergi sana jalan banyak kereta. Apalagi my wife terus macam biasala dengan selambanya dia mengeluarkan muncung dia sebagai tanda protes hehe. Aku rilex je sebab aku tahu train tak pernah gerak awal. lewat adala hehe.

Tapi Alhamdulillah aku sempat sampai on the time terus naik train untuk ke tumpat tapi aku turun kat kuala krai bukan tumpat hehe.. Kesian aku tengok diorang berdua maklumla first time naik train dalam hidup diorang .Terkial-kial nak panjat naik atas katil sebelah atas. Time tu ada seorang pakcik dengan anak gadisnya naik train kat sana gak tapi silap tarikh tiket diorang. Sepatutnya diorang naik train malam tu tapi kat tiket tu tulis esoknya. Kesian diorang sebab kena turun kat Kempas Baru. Sepatutnya diorang kena check tiket selepas beli kat kaunter untuk mengelakkan dari keadaan seperti ini berlaku.

Alhamdulillah kitorang selamat sampai kat Krai pada pukul 745 pg keesokkannya hari huhu. Badan tak yah cakapla memang penat ghile huhu.. Apapun aku bersyukur sebab semua selamat sampai kat tempat yang hendak di tuju.

~meh naik sesame~

Pada korang yang tak pernah mengalami pengalaman naik train bolehla naik train dan melancong macam biasa kat Malaysia ni hehe.. Yang penting sekali budget memang murah sangat jika di bandingkan dengan lain-lain pengangkutan awam kat Malaysia. Tempahlah tiket kat sini 

Tepuk Dada Tanya Minda


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, February 18, 2012

~Borink!!~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alamak dah masuk 3 hari blog ini x diupdate.Huhu.I'm so sorry la kengkawan. Actually Mr. Cool to busy with his work and me plak macam dah kehabisan idea untuk menulis. Otak macam blank sekejap.Haduii. Itulah penagan kalau bosan telah berjaya menguasai diri. Haha. Perah jugak akal fikiran nie mencari idea-idea tuk berkongsi cerita dengan you all tapi "ado". Huhu. Okay la next week aku still kena pegi klinik for amik darah lagi. Aduyaii, tangan ini akan dicucuk lagi tapi xpe for kebaikan baby and juga mum kena lah pegi. 

Amik darak kali nie doctor kate tuk tengok keadaan darah dekat buah pinggang okay or not. This time akan amik banyak sikit tuk 3bulan pnye. So,nurse yang akan menyucuk tangan ku nanti wat slow-slow ea. pastikan jumpe saraf yang betul, Ngeee. Okay la rasenya macam dah membebel terlalu panjang. So kite jumpe lagi nanti yer. Hari nie nak balik Kelantan Dengan keretapi plak tue. Fuh first time nek keretapi nie. X sabar plak rase. Okay check it out fellows =)

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, February 15, 2012

Ulrasonic Cleaning For Main Engine Air Cooler

Selamat pagi semua..
Hari ni Mrs Kepoh pegi checkup kat hospital dan aku pulak sekali lagi tidak dapat menemani Mrs Kepoh..
Sorry syg.. Aku sejak kebelakangan ni semakin sibuk dengan kerja maklumla awal tahun ni banyak sangat kapal masuk dok.. huhu moga-moga naik la gaji lepas ni hehee.. Sebenarnya aku nak kongsi dengan koranmg semua tentang apa yang aku buat semalam. Ok, semalam aku telah handle satu job iaitu overhaul dan ultrasonic cleaning Main Engine Air Cooler kapal Nissho Maru sebanyak 2 unit. 
Kalo nak tengok kapal tu besar mana korang try search kat google

Kapal ni adalah di bawah bendera Jepun. Job ni kira dah macam jadi tredemark aku jer, bukan ape aku selalu je handle job macam ni hehe.. Bagi aku senang dan best itupun kalo owner kapal tak cerewet. Hari ni pukul 10 pg owner akan check Main Engine Air Cooler tu selepas kitorang cleaning. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Air Cooler ni selalunya kitorang akan cleaning dengan chemical serta ultrasonic.. Susah nak terangkan kat sini jadi apa kata korang layan je la gambar kat bawah tu hehehe..
Kita selalu tengok air cooler kereta saiz macam ni
;
;
;



sekarang tenok pulak cooling sistem untuk kapal.
;
;
;

 Kecik je kan huhuhu

;
;
;




"Tepuk Dada Tanya Minda"

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, February 14, 2012

EMOSI TURUN NAIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri kali nie nak kongsi sikit pasal "Emosi Turun Naik Semasa Mengandung".Haha. Perkara nie terjadi atas diri aku sendiri.So for best solution aku mencari di dalam laman sesawang(internet) cara bagaimana nak kawal emosi nie. Yelah takut nanti memberi kesan pulak dekat bayi dalam kandungan nie.Kesian anak ibu..=(

Okay selepas mencari-cari,finally jumpe la info yang boleh dikongsi bersama you all. Before that,for guys yang bergelar husband a.k.a suami please alert with your wife condition okay.Kadangkala dieorang akan berubah emosi dalam sekelip mata.Tengah sedap-seap duk gelak sakan each others tibe-tibe your wife nie akan menangis kerana perubahan emosi yang disebabkan oleh hormon(estrogen dan progesteron) yang naik turun.

Bagaimana nak mengawalnya:

1- Uruskan stress anda dengan banyakkan berehat,tidur secukupnya (8jam sehari),mengamalkan diet yang seimbang dan bersenam dengan lebih kerap dapat juga membantu.
2- Berseronoklah dengan melakukan aktiviti yang dapat menggembirakan hati anda.
3- Jangan pendamkan perasaan anda. Luahkanlah kepada pasangan anda(suami) dan suami hendaklah mendengar dan memahami keadaan isteri.Berbincang dapt mengurangkan rase stress yang dialami.
4- Kukuhkan hubungan bersama suami dengan banyakkan masa bersama suami tersayang.Ini dapat memberi sokongan dan dorongan kepada isteri semasa dalam kehamilan.
5- Jangan memaksa diri untuk bekerja terlalu kuat.Ini hanya akan menambahkan stress semasa mengandung.

Sekiranya telah mencuba tetapi tiada perubahan mood anda selepas 2-3minggu anda mungkin mengalami kemurungan antenatal iaitu kemurungan semasa mengandung.Ianya hanya sementara dan boleh dirawat dengan bantuan pakar/doktor.

Tanda-tanda kemurungan ketika hamil:

1- Perubahan tabiat makan.
2- Mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian.
3- Merasakan diri tidak berguna.
4- Mengalami gangguan tidur.
5- Lebih mudah rasa resah.

**Sekiranya terdapat sebarang tanda atau gejala ini dapatkan rawatan dengan mereka yang profesional.Tidak rugi kalau kita berjumpa dengaan mereka untuk mendapatkan bantuan kerana ini dapat membantu para ibu dalam penjagaan diri dan bayi semasa kehamilan.

"Tepuk Dada Tanya Minda"
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, February 11, 2012

BAKAT YOUTUBE...

Assalamalaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Kali ini aku nak cite pasal bakat di youtube yang dah merebak macam cendawan tumbuh. Pada waktu semakin banyak artis yang telah lahir dari medan youtube nie. Mereka nie semua telah cuba mengetengahkan bakat mereka melalui youtube kerana dari medan ini dapatlah mereka mempersemahkan idea-idea mereka yang baru serta ingin mengetahui bagaimana penerimaan orang ramai dengan bakat mereka.

Tak kira la dari luar negara atau dalam negara kita ini sendiri. Contoh seperti Justin Bieber yang semakin terkenal melalui lagu "Baby",Ana Rafali "Tolong Ingatkan Aku" dan ramai lagi. Cume aku rase kalau boleh mereka yang cuba mengetengahkan bakat melalui youtube tue dapat digunakan sebaik mungkin agar dapat mereka memajukan diri masing-masing.

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, February 10, 2012

Ajek Hassan Artis Popular


Salam semua..Ajek Hassan? Siapa tu? Entah aku tak kenalla sape dia tu huhu. Itu dulu tapi sekarang.. OOO budak tu aku kenalla yang suara best gile tu.. Mesti tak ramai yang tau sape mamat tu.. Tapi aku selalu je dengar lagu-lagu dia dalam Youtube. Kebanyakkan daripada kita semua kenal Ana Rafali, Najwa Latiff dan tak ramai yang kenal sape itu Ajek Hassan.

Ajek Hassan ni selalu wat cover lagu mat salleh dan lagu malaysia secara acoustic. Memang sempoila suara mamat dari terengganu tu.. Lagu ombak rindu versi Ajek lagi sempoi dari penyanyi asal sama juga dengan lagu Cinta kristal lagi best versi mamat ni hehe.Just pendapat aku je. lain orang lain pendapat.

Layan..
;
;
;
;

~Cinta Kristal~

~Ombak Rindu~

Ni semua lagu peberet aku versi Ajek Hassan dan banyak lagi lagu yang best dan korang boleh cari kat Youtube..


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Terima Kasih Atas Segalanya


Assalamualaikum Dan Salam Pagi Jumaat yang Mulia. Alhamdulillah sekarang baru aku berkelapangan(betul ke ayat ni) untuk menulis dan menconteng kat blog aku yang tak seberapa ni. 

Sejak pertengahan bulan Januari aku memang sibuk sangat-sangat dengan benda yang perlu aku settlekan macam majlis menyambut menantu aku kat kampung 23.1 pas tu 25.1 aku dah ada job kat TanjungBin Power Plant. Tu tak masuk dengan kereta yang rosak lagi. Bulan lepas memang aku sibuk sangat. 

Semalam aku pergi ke TanjungBin Power Plant kat pontian untuk ambik balik barang semasa kompeni aku buat job katsana time Outage bulan Januari. Memang kenangan aku kat sana banyak dan sangat indah hehe. Bukan apa dengan layanan staff kat TanjungBin yang  membantu dalam menyiapkan kerja memang banyak membantu kelancaran kerja kami. Aku memang respek dengan diorang sume. langsung tak sombong bahkan boleh dok borak sama-sama dengan kitorang. Susah seyh nak dapat suasana macam ni kat tempat lain. Title Turbine Engineer boleh dok isap rokok dengan pekerja-pekerja kontrak yang lain. Memang aku respek gler ar korang kat sana terutama sekali En Sofi dan En Zahfran yang banyak membantu aku masa kat sana. Korang memang gerek seyh hehehe,. Walaupun kerja kritikal tapi boleh dok gelak-gelak lagi last-last sume kerja berjalan mengikut jadual yang dirancangkan. 

Outage ni yang paling seronok sekali. Masa kat pontian aku ada beli charger laptop aku kat kedai komputer di pontian kecil area stesen teksi. Tuan kedai memang peramah dan siap bagi diskaun kat charger yang aku beli. Aku suggest kedai ni kat korang tau. Kalo korang nak belii barang komputer baik korang datang kedai ni. Betul-betul berhadapan dengan stesen bas pontian. Murah gile.. Lagi satu kedai makan yang paling aku suka makan adalah kat tepi stesen petronas pontian. Makanan sdap sangat terutama sekali makanan ala-thai.

Balik dari amik barang semalam aku singgah umah kawan aku kat pontian, aku lupala nama kampung apa tapi best sangat dok sana. Dahla dapat makan udang, kupang, sotong yang fresh baru naik dari laut. Peh memang manis sangat rasa hehe. Maklumla makanan segar. Dah tu siap dapat tapau lagi udang harimau dan ikan yang segar wat balik umah. Happy je Mrs Kepoh tengoh udang tapi siap terpekik sebab ada 2 ekor lagi udang tu masih hidup. hehe.. Terima kasih Abg Midon sampai termengah-mengah makan nasi 2 kali dalam tempoh 3 jam huhu.. memang rekodla semalam..

Otw balik tu siap singgah cari pucuk ubi dan pucuk midin. Banyak jugak wat balik umah semalam. Apalagi aku yang dah lama tak makan pucuk midin trus masak lemak jela cmpur ngan udang dan keledek.. pehhh lazatt seyh.. huhu

"Tepuk Dada Tanya Minda"






Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, February 8, 2012

20 AMALAN MURAH REZEKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ape kahabar semua?Maaf sebab dekat 3 hari x update blog. Aku x berapa sihat badan and dalam masa yang same kekurangan idea untuk menulis di blog ini. Mr Cool pun sekarang nie sibuk dengan kerjanya. Jadi akulah yang ken mengambil alih tugas ,emgudate. Hehe. Harap-harap rezeki kami dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk zuriat kami ini.

Okay la hari nie entri aku nak share sikit pasal amalan untuk kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Jom check it out :

1- Menyempatkan diri kita untuk melakukan ibadah (tidak kira waji or sunat).
2- Memperbanyakkan istighfar(cnth: selepas solat fardhu,mase duduk2 sahaja dan sbginya.).
3- Meninggalkan perbuatan dosa(tidak kira besar or kecil).
4- Sentiasa mengingati Allah s.w.t(sambil melakukan rutin harian sambil berusaha mengingati Allah s.w.t).
5- Berbakti dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa(sentiasa ingat pergorbanan ibu bapa kita dari kita masih merangkak sampai dah berjaya dalam hidup).
6- Berbuat baik dan menolong orang yang lemah(kita menolong mengikut kadar kemampuan kita untuk menolong mereka).
7- Tunaikan hajat orang lain(kita cuba menunaikan hajat orang lain insyaAllah Allah akan menunaikan hajat kita.).
8- Banyakkan berselawat.(selepas solat atau pada bila-bila masa).
9- Buat amal kebajikan banyak-banyak.
10- Berpagi-pagi(memulakan pekerjaan atau aktiviti di awal pagi selepas selesainya solat fardhu subuh).
11- Menjalinkan silaturrahim.
12- Melazimi kekal berwuduk.
13- Bersedekah(kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan).
14- Melazimi solat malam(tahajud).
15- Melazimi solat Dhuha.
16- Bersyukur kepada Allah s.w.t.
17- Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran yang tertentu.
18- Berdoa(sentiasa berdoa tidak kira masa,waktu atau tempat insyaAllah Allah akan memperkenankan doa hamba-Nya)
19- Berikhtiar sehabisnya.
20- Bertawakal.

Itu antara amalan yang boleh kita lakukan untuk murah rezeki.Marilah kita bersama-sama melaksanakannya insyaAllah Allah akan memudahkan dan melapangkan rezeki kita. 

Wallahu a’lam.


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, February 5, 2012

SAMA-SAMA MENGHAYATI MAULIDUR RASUL

Al-Quran sebagai pembela:

                        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

"KREDIT TO HIMPUNAN KISAH TELADAN"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

DUA EKOR BUDAK KECIL YANG AKTIF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dua ekor udak kecil adalah Pak Ning dan Pak Tam. Haha. Macam mane boleh wujud plak si Pak Ning & Pak Tam nie?Kisahnya...Semalam Mr Cool balik dengan membawa sebuah kotak yang ditebuk-tebuk lubang. Aku ingatkan ape la benda dekat dalam tue. Rupenya ada dua ekor anak kucing yang comel. 

Seekor warna kuning keperangan dan seekor lagi warna hitam keputihan. Ape lagi kami pun bermain la dengan dua makhluk Allah yang comel ini. Haha. Penat aku duk melayan karenah mereka nie. Tapikan yang tido selepas tue adalah Mr Cool,Pak Tam & Pak Ning. Bukan main lagi mereka nie melayan mata yang mengantuk.


Tengok bukan main landing lagi


Jeles saya...huhu..

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, February 2, 2012

TEMUDUGA A.K.A INTERVIEW?!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mesti semua orang pernah melalui pengalaman ditemuduga atau dalam bahasa omputihnya interview. Untuk mereka yang pertama kali pergi ke temuduga mesti berasa amat gementar sampai orang cakap keluar peluh dinginlah. Mane taknya, dalam keadaan pejabat yang berhawa dingin boleh plak die berpeluh. Kadang-kadang tue sampai mencurah-curah. Ngee cakap orang ntah-ntah aku sendiri pun macam tue gak. Haha.


Memang x dapat nak dinafikan sebabnya kita semua terlalu sangat memikirkan apa yang bakal ditanya oleh para penemuduga. Lain yang duk kita praktis selama ini dekat depan cermin dalam bilik, sekali lain pulak yang ditanyanya. 

Hai, nasib badan kalau apa yang ditanya pasal isu semasa. Kalau dalam negara xpe la jugak. Ini taknya isu semasa yang ditanya luar negara. Hah..x mengagau nak menjawabnya. Orang yang slalu tengok berita & baca paper mungkin akan menjawab dengan steadynya tapi yang x melayan langsung berita or baca paper....Tepuk dahi la jawabnya.

Temuduga bukan hanya tertumpu untuk mereka yang ingin mencari kerja tetapi juga ada dalam proses pengambilan pelajar. Contohnya dalam pengambilan pelajar untuk memasuki MRSM,Asrama Penuh or Maktab Tentera. Para pelajar diwajibkan mengambil ujian-ujian tertentu dan kemudiannya akan ditemuduga untuk dilihat prestasi mereka dalam bidang akademik dan sukan sosial. 

Di peringkat universiti atau kolej, juga diadakan temuduga oleh pihak pengurusan universiti atau kolej sebelum memberi tawaran kepada individu yang sesuai. Aku x terkecuali jugak. Itulah pengalaman pertama ditemuduga bukan untuk bekerja tetapi untuk sambung pelajaran.Okay la rasenya macam dah banyak sangat berceloteh. 


Ini ada tips yang boleh dikongsi bersama:

1- Sebelum masuk ketuk pintu dan ucapkan salam atau selamat sejahtera.
2- Jangan duduk selagi tidak disuruh duduk oleh penemuduga
3- Ceriakan muka anda dengan senyuman agar senang penemuduga melihat kita
4- Duduk dengan tenang dan jangan sesekali bongkokkan badan anda kerana ianya akan mengganggu percakapan dan struktur muka anda.
5- Sekiranya diminta untuk bercerita pasal diri kita & pengalaman, tarik nafas dan bercakap dengan lontaran suara yang jelas dan tidak kasar.
6- Apabila penemuduga menanyakan soalan dengar dengan teliti dan diam sehingga habis soalan ditanya.
7- Apabila ditanya pasal takat gaji, biarlah jumlah itu bersesuaian dengan anda,jawatan yang diminta dan juga melalui pengalaman anda
8- Apabila selesai sudah sesi temuduga ucapkanlah terima kasih diatas masa yang mereka luangkan untuk anda.
9- Anda digalakkan untuk menghubungi syarikat tersebut untuk menunjukkan minat anda dengan jawatan tersebut serta untuk mengetahui status permohonan anda.

So, harap-harap tips ini berguna for those yang akan menghadapi temuduga =)

"Selamat Maju Jaya"




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sejadah Bercahaya


Salam semua..
Bertemu kembali dengan Mr Cool. Dah lama sangat aku tak update blog sebab sibuk dengan kerja. Sekarang pun aku curi-curi masa nak update blog ni huhu.
Aku ada baca satu artical dalam web tadi jadi aku nak kongsi dengan korang semua. Satu sejadah akan bercahaya jika menghadap kiblat. Kan bagus kalau kita memiliki sejadah jadi senanglah untuk kita menunaikan kewajipan kita nanti. 

Tak perlu tanya orang lagi, tak perlu beli compas. Aku kalau beli kompas pun bukannya aku reti nak baca hehe. Aku rasa ramai lagi orang yang tak pandai baca kompass hehe.

Sebuah Syarikat iaitu Soner Ozenc telah mencipta sejadah moden yang canggih.Sejadah ini boleh mengeluarkan cahaya dan cahaya itu. akan semakin terang dan bersinar bila dipusing ke arah kiblat.Apabila dipusing ke arah berlawanan,cahaya akan makin malap dan pudar. MasyaAllah kan bagus kalau kat tempat kita ni ada di jual sejadah macam tu.






Credit to x lupa


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, February 1, 2012

MINUM AIR GULA


Assalamualaikum....

Entri  hari nie nak kongsi pasal minum air gula. Korang pernah x minum air gula? Yang hanya dicampur gula dengan air? Haha.. Hari ini untuk pertama kali dalam hidup aku minum air gula. Bukan gula biasa but aku x sure gula apa. 

Yang pastinya tadi aku tengok sepeket plastik sederhana gula tue dimasukkan ke dalam secawan air. Manisnya hanya yang minum dan Allah yang tahu. Memang x terkata. Huhu.. Lepas tue kena tunggu 2 jam untuk tahu samada paras gula dalam badan kite naik ke x. 

Sebelum minum air gula tue kena puasa dri 10 malam smpi sebelum minum airnya. Dah settle semua baru la boleh makan & minum. Nasib baik la aku x makan sandwich pagi tadi. Huhu.. Boleh lupe plak. X pasal-pasal Mr Cool bising. Yelah benda penting kot sayang oii. 

Ngee... Maaf ye hubby. So for others pregnant ladies, mari kite semua jaga pemakanan agar bayi dalam kandungan & diri kita sihat sejahtera hendaknya. InsyaAllah 

Sini ada sedikit info yang boleh dikongsi bersama pasal minum air gula.

Pemeriksaan dan Diagnosis:
Sesetengah wanita yang telah menghidap diabetes semasa hamil akan mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom diabetes, seperti berat badan melebihi 80kg, terdapat gula di dalam air kencing, berat badan naik mendadak dan mempunyai faktor-faktor seperti di atas. Bagaimanapun, kebanyakkan ibu-ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. 


Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom. Oleh sebab itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian daripada rutin pemeriksaan hamil dari 24 minggu ke 28 minggu kehamilan di kebanyakkan klinik. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘glucose tolerance test (GTT)’. Ujian tersebut dilakukan seperti berikut :

1.Anda perlu berpuasa selama 8 jam sebelum melakukan ujian tersebut.
2.Anda akan diberikan minuman mengandungi gula sebanyak 75g.
3.Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum anda minum air gula tersebut dan selepas 2 jam anda minum air gula tersebut.
4.Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
5.Jadual di bawah menunjukkan paras gula dalam darah yang normal berdasarkan sumber dari kriteria diabetes oleh World Health Organization (WHO).

Puasa2 jam
≤ 7.0 mmol/ l


≤ 7.8 mmol/ l



creadit to Hospital Metro :)


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~