Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, February 1, 2012

MINUM AIR GULA


Assalamualaikum....

Entri  hari nie nak kongsi pasal minum air gula. Korang pernah x minum air gula? Yang hanya dicampur gula dengan air? Haha.. Hari ini untuk pertama kali dalam hidup aku minum air gula. Bukan gula biasa but aku x sure gula apa. 

Yang pastinya tadi aku tengok sepeket plastik sederhana gula tue dimasukkan ke dalam secawan air. Manisnya hanya yang minum dan Allah yang tahu. Memang x terkata. Huhu.. Lepas tue kena tunggu 2 jam untuk tahu samada paras gula dalam badan kite naik ke x. 

Sebelum minum air gula tue kena puasa dri 10 malam smpi sebelum minum airnya. Dah settle semua baru la boleh makan & minum. Nasib baik la aku x makan sandwich pagi tadi. Huhu.. Boleh lupe plak. X pasal-pasal Mr Cool bising. Yelah benda penting kot sayang oii. 

Ngee... Maaf ye hubby. So for others pregnant ladies, mari kite semua jaga pemakanan agar bayi dalam kandungan & diri kita sihat sejahtera hendaknya. InsyaAllah 

Sini ada sedikit info yang boleh dikongsi bersama pasal minum air gula.

Pemeriksaan dan Diagnosis:
Sesetengah wanita yang telah menghidap diabetes semasa hamil akan mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom diabetes, seperti berat badan melebihi 80kg, terdapat gula di dalam air kencing, berat badan naik mendadak dan mempunyai faktor-faktor seperti di atas. Bagaimanapun, kebanyakkan ibu-ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. 


Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom. Oleh sebab itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian daripada rutin pemeriksaan hamil dari 24 minggu ke 28 minggu kehamilan di kebanyakkan klinik. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘glucose tolerance test (GTT)’. Ujian tersebut dilakukan seperti berikut :

1.Anda perlu berpuasa selama 8 jam sebelum melakukan ujian tersebut.
2.Anda akan diberikan minuman mengandungi gula sebanyak 75g.
3.Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum anda minum air gula tersebut dan selepas 2 jam anda minum air gula tersebut.
4.Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
5.Jadual di bawah menunjukkan paras gula dalam darah yang normal berdasarkan sumber dari kriteria diabetes oleh World Health Organization (WHO).

Puasa2 jam
≤ 7.0 mmol/ l


≤ 7.8 mmol/ l



creadit to Hospital Metro :)



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: