Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, February 14, 2012

EMOSI TURUN NAIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri kali nie nak kongsi sikit pasal "Emosi Turun Naik Semasa Mengandung".Haha. Perkara nie terjadi atas diri aku sendiri.So for best solution aku mencari di dalam laman sesawang(internet) cara bagaimana nak kawal emosi nie. Yelah takut nanti memberi kesan pulak dekat bayi dalam kandungan nie.Kesian anak ibu..=(

Okay selepas mencari-cari,finally jumpe la info yang boleh dikongsi bersama you all. Before that,for guys yang bergelar husband a.k.a suami please alert with your wife condition okay.Kadangkala dieorang akan berubah emosi dalam sekelip mata.Tengah sedap-seap duk gelak sakan each others tibe-tibe your wife nie akan menangis kerana perubahan emosi yang disebabkan oleh hormon(estrogen dan progesteron) yang naik turun.

Bagaimana nak mengawalnya:

1- Uruskan stress anda dengan banyakkan berehat,tidur secukupnya (8jam sehari),mengamalkan diet yang seimbang dan bersenam dengan lebih kerap dapat juga membantu.
2- Berseronoklah dengan melakukan aktiviti yang dapat menggembirakan hati anda.
3- Jangan pendamkan perasaan anda. Luahkanlah kepada pasangan anda(suami) dan suami hendaklah mendengar dan memahami keadaan isteri.Berbincang dapt mengurangkan rase stress yang dialami.
4- Kukuhkan hubungan bersama suami dengan banyakkan masa bersama suami tersayang.Ini dapat memberi sokongan dan dorongan kepada isteri semasa dalam kehamilan.
5- Jangan memaksa diri untuk bekerja terlalu kuat.Ini hanya akan menambahkan stress semasa mengandung.

Sekiranya telah mencuba tetapi tiada perubahan mood anda selepas 2-3minggu anda mungkin mengalami kemurungan antenatal iaitu kemurungan semasa mengandung.Ianya hanya sementara dan boleh dirawat dengan bantuan pakar/doktor.

Tanda-tanda kemurungan ketika hamil:

1- Perubahan tabiat makan.
2- Mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian.
3- Merasakan diri tidak berguna.
4- Mengalami gangguan tidur.
5- Lebih mudah rasa resah.

**Sekiranya terdapat sebarang tanda atau gejala ini dapatkan rawatan dengan mereka yang profesional.Tidak rugi kalau kita berjumpa dengaan mereka untuk mendapatkan bantuan kerana ini dapat membantu para ibu dalam penjagaan diri dan bayi semasa kehamilan.

"Tepuk Dada Tanya Minda"

~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: