Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, February 2, 2012

TEMUDUGA A.K.A INTERVIEW?!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mesti semua orang pernah melalui pengalaman ditemuduga atau dalam bahasa omputihnya interview. Untuk mereka yang pertama kali pergi ke temuduga mesti berasa amat gementar sampai orang cakap keluar peluh dinginlah. Mane taknya, dalam keadaan pejabat yang berhawa dingin boleh plak die berpeluh. Kadang-kadang tue sampai mencurah-curah. Ngee cakap orang ntah-ntah aku sendiri pun macam tue gak. Haha.


Memang x dapat nak dinafikan sebabnya kita semua terlalu sangat memikirkan apa yang bakal ditanya oleh para penemuduga. Lain yang duk kita praktis selama ini dekat depan cermin dalam bilik, sekali lain pulak yang ditanyanya. 

Hai, nasib badan kalau apa yang ditanya pasal isu semasa. Kalau dalam negara xpe la jugak. Ini taknya isu semasa yang ditanya luar negara. Hah..x mengagau nak menjawabnya. Orang yang slalu tengok berita & baca paper mungkin akan menjawab dengan steadynya tapi yang x melayan langsung berita or baca paper....Tepuk dahi la jawabnya.

Temuduga bukan hanya tertumpu untuk mereka yang ingin mencari kerja tetapi juga ada dalam proses pengambilan pelajar. Contohnya dalam pengambilan pelajar untuk memasuki MRSM,Asrama Penuh or Maktab Tentera. Para pelajar diwajibkan mengambil ujian-ujian tertentu dan kemudiannya akan ditemuduga untuk dilihat prestasi mereka dalam bidang akademik dan sukan sosial. 

Di peringkat universiti atau kolej, juga diadakan temuduga oleh pihak pengurusan universiti atau kolej sebelum memberi tawaran kepada individu yang sesuai. Aku x terkecuali jugak. Itulah pengalaman pertama ditemuduga bukan untuk bekerja tetapi untuk sambung pelajaran.Okay la rasenya macam dah banyak sangat berceloteh. 


Ini ada tips yang boleh dikongsi bersama:

1- Sebelum masuk ketuk pintu dan ucapkan salam atau selamat sejahtera.
2- Jangan duduk selagi tidak disuruh duduk oleh penemuduga
3- Ceriakan muka anda dengan senyuman agar senang penemuduga melihat kita
4- Duduk dengan tenang dan jangan sesekali bongkokkan badan anda kerana ianya akan mengganggu percakapan dan struktur muka anda.
5- Sekiranya diminta untuk bercerita pasal diri kita & pengalaman, tarik nafas dan bercakap dengan lontaran suara yang jelas dan tidak kasar.
6- Apabila penemuduga menanyakan soalan dengar dengan teliti dan diam sehingga habis soalan ditanya.
7- Apabila ditanya pasal takat gaji, biarlah jumlah itu bersesuaian dengan anda,jawatan yang diminta dan juga melalui pengalaman anda
8- Apabila selesai sudah sesi temuduga ucapkanlah terima kasih diatas masa yang mereka luangkan untuk anda.
9- Anda digalakkan untuk menghubungi syarikat tersebut untuk menunjukkan minat anda dengan jawatan tersebut serta untuk mengetahui status permohonan anda.

So, harap-harap tips ini berguna for those yang akan menghadapi temuduga =)

"Selamat Maju Jaya"





~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

2 comments:

Unknown said...

setakat ini belum pernah melalui proses temuduga yg dasat2.. sbbnya dr awal kerja atas based recommendation.. so g temuduga pun untk formality jer.. ;)

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

untungla camtu.. wawa pulak asyik interview je tapi nk dapat yaAllah bukan main susah huhu..