Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, February 25, 2012

Nama Pelik Kampung Yang Aku Banggakan


Salam semua, kali ni aku ada benda nak kongsi dengan korang semua. Korang mesti penah dengar kan nama-nama pelik kampung kat negara kita ni, betul tak?? Macam nama kampung aku takderla pelik pun. macam biasa je.. Kalo korang nak tahu kat Kelantan ada satu kampung yang dinamakan dengan nama "Kampung Bunohan"  Kampung ni terdapat kat daerah Tumpat. Aku ada sorang member yang berasal dari kampung tersebut masa belajar dulu. 


Kalau ikutkan bunohan tu adalah loghat kelantan yang bermaksuh Bunuhan ataupun saling berbunuhan satu sama lain. Perghh ganas gile nama kampung ni kan,Tapi korang jangan risaula sebab penduduk kampung ni takderla sampai nak bunuh orang.. Sekadar nama semata-mata.. Asal nama kampung Bunohan ni banyak versi yang diturunkan dari generasi dahulu kepada generasi sekarang. 
Ada yang mengatakan Nama kampung itu berasal dari:
Cerita 1
Kampung Bunuhan mendapat namanya daripada satu peristiwa yang berlaku lebih kurang 70 tahun dahulu. Satu rompakan telah berlaku. Sasarannya ialah satu deretan kedai-kedai runcit yang terdapat di kampung ini. Dalam peristiwa rompakan ini, seorang penduduk kampung telah terbunuh. Oleh kerana pembunuhan dianggap satu peristiwa besar di sini, oleh kerana ianya amat jarang berlaku, maka kampung ini telah diberi nama sempena peristiwa tersebut.
Cerita 2
Ada orang tua-tua kata, orang kampung dulu2 banyak memasang bubu (belat) di sebuah lubuk (sempadan dengan kg Jubakar Darat). Kerja menyiang (membunuh) ikan dilubuk itu juga membuatkan tergelarnya Kg Bunohan.
Cerita 3
kg Bunohan dapat nama kerana orang kampung banyak sangat membunuh askar Siam semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Itulah antara versi asal usul nama kampung bunohan ni. Tak tahu mana yang betul dan mana yang salah, jadi kalo sesiapa tahu sila betulkan aku 


p/s: Mesti korang semua rasa pelik kenapa aku highlight cerita pasal kampung Bunohan kan.?
to be continue:

"Tepuk Dada Tanya Minda"



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

5 comments:

.........cP~ said...

Sebab ada cerita Bunohan?

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

yezza.... filem yang ditunggu

Razil Tahir said...

kena lawat tempat nie.. huhuhu :)

FaRhaH NaJwa said...

bunohan..area tumapat mmg bnyak ag kan nama pelik2..hehe. .m0rakkk..kepulau..kbakat...heee~

Killer Bong said...

kampung kawe nih :)