Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, February 10, 2012

Terima Kasih Atas Segalanya


Assalamualaikum Dan Salam Pagi Jumaat yang Mulia. Alhamdulillah sekarang baru aku berkelapangan(betul ke ayat ni) untuk menulis dan menconteng kat blog aku yang tak seberapa ni. 

Sejak pertengahan bulan Januari aku memang sibuk sangat-sangat dengan benda yang perlu aku settlekan macam majlis menyambut menantu aku kat kampung 23.1 pas tu 25.1 aku dah ada job kat TanjungBin Power Plant. Tu tak masuk dengan kereta yang rosak lagi. Bulan lepas memang aku sibuk sangat. 

Semalam aku pergi ke TanjungBin Power Plant kat pontian untuk ambik balik barang semasa kompeni aku buat job katsana time Outage bulan Januari. Memang kenangan aku kat sana banyak dan sangat indah hehe. Bukan apa dengan layanan staff kat TanjungBin yang  membantu dalam menyiapkan kerja memang banyak membantu kelancaran kerja kami. Aku memang respek dengan diorang sume. langsung tak sombong bahkan boleh dok borak sama-sama dengan kitorang. Susah seyh nak dapat suasana macam ni kat tempat lain. Title Turbine Engineer boleh dok isap rokok dengan pekerja-pekerja kontrak yang lain. Memang aku respek gler ar korang kat sana terutama sekali En Sofi dan En Zahfran yang banyak membantu aku masa kat sana. Korang memang gerek seyh hehehe,. Walaupun kerja kritikal tapi boleh dok gelak-gelak lagi last-last sume kerja berjalan mengikut jadual yang dirancangkan. 

Outage ni yang paling seronok sekali. Masa kat pontian aku ada beli charger laptop aku kat kedai komputer di pontian kecil area stesen teksi. Tuan kedai memang peramah dan siap bagi diskaun kat charger yang aku beli. Aku suggest kedai ni kat korang tau. Kalo korang nak belii barang komputer baik korang datang kedai ni. Betul-betul berhadapan dengan stesen bas pontian. Murah gile.. Lagi satu kedai makan yang paling aku suka makan adalah kat tepi stesen petronas pontian. Makanan sdap sangat terutama sekali makanan ala-thai.

Balik dari amik barang semalam aku singgah umah kawan aku kat pontian, aku lupala nama kampung apa tapi best sangat dok sana. Dahla dapat makan udang, kupang, sotong yang fresh baru naik dari laut. Peh memang manis sangat rasa hehe. Maklumla makanan segar. Dah tu siap dapat tapau lagi udang harimau dan ikan yang segar wat balik umah. Happy je Mrs Kepoh tengoh udang tapi siap terpekik sebab ada 2 ekor lagi udang tu masih hidup. hehe.. Terima kasih Abg Midon sampai termengah-mengah makan nasi 2 kali dalam tempoh 3 jam huhu.. memang rekodla semalam..

Otw balik tu siap singgah cari pucuk ubi dan pucuk midin. Banyak jugak wat balik umah semalam. Apalagi aku yang dah lama tak makan pucuk midin trus masak lemak jela cmpur ngan udang dan keledek.. pehhh lazatt seyh.. huhu

"Tepuk Dada Tanya Minda"







~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: