Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, January 31, 2012

AKU MAAFKAN KAMU...

Assalamualaikum...

AKU MAAFKAN KAMU

Semua hamba Allah atas muka bumi ada melakukan kesilapan dan kesalahan kepada orang lain. Mungkin kite perasan ataupun tidak tapi kita xkan dapat lari daripada hakikat sebenar kehidupan ini

Sampai bila kita hendak ikutkan amarah kita terhadap mereka yang lakukan kesalahan dan kesilapan kepada kita?
Sampai bila kita hendak jadikan sesuatu yang busuk itu terus menjadi busuk?
Sampai bila kita hendak jadikan dendam itu sesuatu kesumat yang tiada pengakhirannya?

Fikir-fikirkanlah wahai kita semua hamba Allah yang sama-sama hidup di bumi yang sementara ini.
Jangan ikutkan kata hati yang membara dengan amarah yang kuat kerna itu hanya merugikan diri sendiri.

Sekian. Wassalam.

" Tepuk Dada Tanya Akal"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, January 29, 2012

RINDUNYA PADA SUAMIKU...

Assalamualaikum...

Ya Allah rindu sungguh rase hati ini. Mengingatkan suami tersayang yang jauh di mata. Mane taknya dah tuntutan keja. Balik dari kampung dah kena pegi outstaion. Memang sekarang waktu yang amat sukar bagi kami berdua. Dengan aku yang dah kehilangan kerja memang keadaan sekarang amat sukar bagi kami berdua. Aku amat memerlukan suami tercinta disisi. Mr Cool amat memahami dan memberi semangat kepadaku dalam menghadapi waktu yang sukar ini. 

Aku amat berharap agar Allah permudahkan rezeki kami agar kami dapat membuat persiapan sebaik mungkin untuk menyambut kehadiran zuriat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.. Aku redha dengan dugaan yang diberikan sekarang kepada aku. Mungkin Allah nak memperingatkan aku agar sentiasa bersabar dan tabah menghadapi musibah. Aku percaya InsyaAllah ada hikmah dan nikmat yang lebih besar dan lebih baik yang Allah berikan atas apa yang telah berlaku. Rezeki anak dan kami berdua itu pasti hadir jua. 

Terima kasih suami tercinta Mohamed Faisal Khan a.k.a Mr Cool tetap berada disisi di saat jatuh bangunnya isterimu Nur Hazwani a.k.a Mrs Kepoh. Semoga kami berdua sabar,kuat & tabah menghadapi dugaan-Mu Ya Allah. Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Al-Amin.
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

EKSPEDISI MENCARI AYAM

Ekspedisi mencari ayam?! Mesti korang pelikkan entry kali ini.Hehehe. Nak tahu ape kisahnya x?! Macam nie kisahnya. Kakak ku cakap dekat mak semalam. Macam nie dialognye.

;;
Kak Ayu:"Mak nak beli bawang besar x dengan ayam. Murah nie dekat Carrefour. Bawang besar  RM0.98/kg. Ayam plak RM4.48 seekor.
Mak:"Iye ke?!Hah boleh la beli nie. Sampai bile avaiable harga tue(speaking nampak)?"
Kak Ayu:"Sampai 29hb nie mak. Kalau nak jom la kite pegi beli."
Mak:"Boleh la. Lagipun xde lauk dekat umah nie.
;;

Kebesokkan harinya.(hari nie la...ngee)
Dalam keta, kakakku pun tanya mak nak g mane nie. Tesco or Carrefour dulu?. Mak ngan aku jawab pegi Tesco jela dekat sikt jauh nak g Carrefour. So pegi la ke Tesco dulu. Beli barang2 keperluan dapur tapi bile nak beli ayam tengok rm6.68 seekor. Jadinya kak ayu pun kate kite pegi tengok la dekat Carrefour lepas nie. Dah selesai sume kami pun pergi la. Sampai ja sane puas la kami memusing dalam Hatten Square mencari Carrefour yang satu2nya di Melaka. Tapi akhirnya xde. Tanya orang yg keja dekat situ Carrefour dah tutup. Huhu penatnya berjalan tapi ado. Nasib baik la dah beli barang2 lain dulu tadi. Xpe la mak kite pegi cari lauk petang nie dekat Simpang la ea.

.
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, January 28, 2012

Rindukan Belaian Seorang Isteri


Assalamualaikum..
Statement tak leh blah punya hehe. Tapi itu memang berlaku bukan hanya pada orang lain tapi pada aku juga. Bukan apa cuma dah lama sangat berpisah dengan isteri tersayang. Walaupon dia Kepoh tapi aku sayangkan dia. Sejak balik dari kelantan aku tak jumpa dengan dia lagi sebab aku ada kerja kat Pontian. Bila aku balik Pasir Gudang dia plak balik Melaka. Bila dia datang Pasir Gudang nanti aku pulak kena pergi kat Pontian. Hermmm nasib badan nak buat macamana. Demi sesuap nasi aku sanggup lakukan apa saja. Janji kerja halal untuk menyara famili aku sekarang. Rndu sangat-sangat. Tadi pun masak nasi dengan ayam goreng je huhu.. Rasa rindu dengan masakan Mek Kepohla pulak. Dahla balik umah sunyi je rasa, yela takde orang yang sambut aku pulang dari kerja. Selalunya ada je Mek Kepoh kat pintu umah menantikan kepulangan aku dengan senyuman manis dan kadang-kadang masam senyuman Mek Kepoh hehe. Janji dia ada masa aku sampai kat umah ni.

Aku rasa sekaranglah tempoh yang paling seksa sangat bagi kami sekeluarga. Semoga kami berjaya harungi semua tu bersama dengan Mek Kepoh hehe. Esok aku kena pergi pulak kat Pontian nak habiskan lagi kerja-kerja kat sana walaupuan ada sedikit masalah yang datang InsyaAllah kami akan selesaikan bersama-sama. Apapun aku nak kuar dulu nak amik handphone aku yang rosak sebab repair tempohari.
"Tepuk Dada Tanya Minda"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, January 27, 2012

HEHE...DAPAT MAKAN SATE FREE!!!

Assalamualaikum...
Ape khabar semua? Hopefully semuanya sihat wal'afiat hendaknya. Rasenya lamae juga Mrs. Kepoh x mencoret dekat blog nie. Hehe. Sian Mr. Cool asyik dia ja yang rajin mengupdatekan blog nie. Huwaaa bercerita pasal Mr. Cool rindu plak rase sebab dah 3 hari kami x berjumpa. Sebabnya balik dari Kelantan sampai ja di Johor pada 25hb tepat pkul 1.15 pagi Mr Cool dah kena bergeraqk pergi ke site pada pukul 5.30 pagi hari yang sama. Kesian Mr Cool penat x hilang tapi dah kena pergi berkerja. Tapi xpe la Mr Cool mencari rezeki untuk keluarga. Eh...melalut plak Mrs Kepoh nie. Sebenarnya nak berkongsi cerita petang tadi

Petang tadi selepas pergi ke bank mengikut parents kiteorang pergilah ke carwash. Sebabnya keta ayah tue dah kotor sangat bak kate mak la. Sampai ja di carwash kami pun turun dri keta & menunggu giliran tuk keta dibasuh. Jejak saja kaki di tanah,kami terbau haruman yang sangat menyelerakan. Haha nak tahu bau ape tue?! Bau sate. Apelagi mula la Mrs Kepoh nak makan sate. Apelagi mak pun kate jom. Kami pun pergi ke tempat sate tue. Tapi bile nak pergi akak dkt carwash tue pun cakap.
;;
Akak Carwash:"Acik nak pegi mane?"
Mak:"Nak g kedai sana tue sebab nak makan sate. Mak Yong nie teringin plak makan lepas bau tadi"
Akak Carwash:"Ooo,sate tue x jual cik. Kiteorg bagi customer makan. Bos wat open carwash hari nie. Cik pegi je la makan.
Mak:"Laa yeke?! Haha memang rezeki awa la nak. Dapat makan sate free."
Mrs Kepoh:"Betul ke mak free ja?dieorg buat makan2 ea.Hehe alhamdulillah"
 ;;
Syukur dah rezeki baby hari nie. Ngee boleh tahan jugak sate makcik tue. Abah pun puji sedap dan satenya lembut.Erk...alhamdulillah..=)



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, January 26, 2012

Posting Kecoh Dan Terburu-Buru


Salam semua..
Aku curi-curi masa ni sikit sebab sekarang sibuk sangat dengan kerja kat Tanjung Bin Power Plant. Seminggu aku kat sini sebab menunaikan tenggungjawab hehe.Maaf sangat-sangat sebab tak sempat nak update semua. Nanti bila aku habis kerja kat sini blog ni akan kembali seperti biasa.

Hari ni Mrs Kepoh wat checkup kat klinik. Semoga semua berjalan dengan lancar.
Terima kasih pada ijol yang sudi hantarkan Mrs Kepoh pergi wat checkup kat klinik pasir gudang.
Nantikan kepulangan aku semua hehe. Macamla aku ni femes sangat hehe.

Oklah Naak Out dah ni sebab aku curi masa ni tadi surf tenet ni sebab nak hantarkan email kat bos aku yang banyak membantu aku selama ni dalam memberi tunjuk ajar dalam bidang ni.
Doakan agar kerja yang aku lakukan disini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan..
"Tepuk Dada Tanya Minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, January 20, 2012

Cuti Raya Balik Kampung Majlis Menyambut Menantu


Assalamualaikum...



Salam buat semua yang berkelapangan membaca entry aku ni sebelum aku balik kampung halaman.
Nampak gayanya blog ni lewat la update nanti tapi takpe sekembalinya aku ke sini cepat-cepat aku update nanti. Ops lupa pulak aku balik 20.1.2012 dan akan sampai di kampung halaman 21.1.2012, dan aku akan kembali bekerja pada 25.1.2012. Yang jadi masalahnya nanti Mrs Kepoh ada checkup dengan doktor dan aku pula kena outstation kat Tanjung Bin Power Plant selama seminggu. 


Ikutkan schedule aku kena dok sana seminggu tapi itu semua bergantung dengan keadaan kerja nanti. Doakan agar semua berjalan dengan lancar.
Lepas maghrib baru aku bertolak balik kampung. Harapla jalan ok dan tak sibuk. Tak sabar rasanya nak balik kampung sebab dah lama gile aku tak balik kampung halaman aku. 



Majlis menyambut menantu nanti akan diadakan di rumah aku nanti. Majlis menyambut Mrs Kepoh la katakan hehe. 
Harap semua berjalan dengan lancar nanti. Doakan keselamatan kami nanti. Bertemu lagi kita..
Tepuk Dada Tanya Minda



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Dibuang Kerja Setelah Mengandung


Assalamualaikum
Salam jumaat yang indah untuk semua. Alhamdulillah baru berkesempatan untuk menulis kat blog ni setelah seharian sibuk semalam. Kalau tengok tajuk entry kat atas mesti korang semua cakap macam tak caya je tapi itulah realiti yang berlaku di sesetengah syarikat di Malaysia. 

Apa salah orang yang "berperut" besar ini?

Kenapa sampai macam tu sekali mentaliti orang kat sini, tak cukup dengan busy body siap nak menyusahkan orang lain pulak. Apa salah orang yang mengandung sampaikan dibuang kerja, adakah kerana dah nampak tak cantik? atau kasihan sebab mengandung? atau orang mengandung tak boleh buat kerja?
STUPIID tu semua apapun alasan tak boleh di terima akal.

Sepatutnya orang mengandung tu diberi lebih perhatian supaya rasa lebih selamat di tempat kerja bukannya dengan cara memecat pekerja tersebut.

"Saya rasa awak tak boleh lakukan yang terbaik untuk syarikat ini dalam keadaan awak macam sekarang(mengandung)"
"Dengan keadaan awak sekarang tidak membenarkan syarikat mencapai target yang di impikan"
"Jadi, saya bagi awak pilihan samada mahu resign atau pihak syarikat akan bagi surat pemberhentian kerja"

Itu adalah kata-kata dari seorang bos semasa memecat pekerja tersebut. Stupidd semua tu, mentang-mentanglah kami ni bangsa minoriti kat syarikat tu senang-senang je nak buang kami tanpa alasan yang kukuh.Entahlah macam,-macam dunia sekarang. Takpelah harapan aku semoga yang jadi mangsa tu dapat bersabar mungkin ada hikmah di sebaliknya. Banyakkan berdoa padaNya. InsyaAllah rezeki bukan disitu sahaja. Banyak lagi rezeki di bumi Allah ini.

p/s: Mangsa adalah Mrs Kepoh. 

Tepuk Dada Tanya Minda



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, January 18, 2012

Selamat Kembali




Assalamualaikum dan Selamat Tengahari semua,
Entry ni aku tujukan kepada seseorang yang berada dekat dengan kami (Mr Cool & Mrs kepoh) yang selama ini menyepi saje hehe. Bukan apa "dia" cuma memerlukan masa untuk semua perkara yang berselirat dalam kepala otak di dirungkai satu persatu supaya tenang. Aku sebagai wakil keluarga kami mengalukan "dia" kembali dalam keadaan seperti biasa. Sama semasa kami kenal "dia"dulu sebelum perkara buruk berlaku kepada "dia'

Cara aku senang je sis, hidup mesti diteruskan walaupun betapa sukarnya kita nak teruskan. " Cakap senangla faisal" itulah ayat yang "dia" selalu beritahu kat aku bila aku nasihat kat dia. Memang betul semua itu senang cakap tapi susah nak lupakan tapi sedarkah bahawa benda yang senang tu kadang-kadang akan jadi susah bila kita menidakkan semua itu. Simple words"Benda susah akan senang bila kita jadikan fikiran kita positif" 

Selamat Kembali wahai cik adik kecik manis, comel lote. Jadikan dirimu seperti dulu. Kami akan sentiasa bersamamu walau dalam apa jua keadaan walaupun kadang-kadang kami terasa tak adil bagi kamu. Kamu tahu tak kenapa kami cakap macam tu?? Sebab kamu kedekut sangat-sangat. Time gembira kamu kongsi dengan kami tapi bila kamu sedih kamu hadapi semua itu berseorangan. Sungguh kedekut kamu wahai budak kecik..




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Mesin Ajaib


Assalamualaikum
Anda semua mesti pernah tengok cara kerja sesebuah mesin seperti mesin Atm dan sebagainya. Cuba anda semua bayangkan apa akan jadi kalau ada manusia di sebalik semua operasi tersebut. Paham tak?? Kalau tak paham pe kata anda layan je gambar kat bawah:
;
;

 Aiskrim Maker


 Xray


 Kereta Mainan


Kotak Musik


 Mesin Basuh

 Mesin Air Tin


 Petrol Pump


 Mesin Air Panas


Mesin ATM

Bagi aku yang paling sempoi adalah mesin basuh dan petrol pump hehe.. Memang Terbaekk la

Tepuk Dada Tanya Minda

Creadit to http://www.xlupa.com  :)


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, January 17, 2012

Nak Percaya Ke Tak?

Asalamualaikum..

Jumpa lagi kita disini (skema gile ayat).. Tadi tengah review alexa aku pergi jalan-jalan sikit tetiba:
;
;
;
jumpa
;
;
pingbusuk.org, aku try check blog ni kat sana.. Ada ke takde blog aku ni dalam list(pikir dalam hati) aik ada rupanya: page review=39, unique visitor=16.. Hehe cinonet betulla rangking blog aku ni.. Malu yang teramat sangat tapi kat sebelah tu siap tulis status superb.. Gila ke hapa aku pikir. dengan gaya ala James Bond aku siasat kenapa jadi macam tu dan sampai sekarang aku pun tak tahu hehe.


bangga seyh ada dalam list.


OO baru aku tahu rupanya semua tu untuk trafik jew hehe..

"user yang masuk ke laman ini adalah user yang betul-betul
mahu membaca dan melayari lama web tersebut. sekiranya
anda mahu beriklan, tak rugi untuk meletakkan iklan
pada blog yang traffik berkualiti seperti ini." 

Itulah penerangan untuk blog aku ni hehe..
Meh sume masuk iklan kat sini.. Leh untung wooo..


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tabiat Pelik Semasa Kecil

Assalamualaikum..
Alhamdulillah baru aku berkesempatan untuk update blog setelah semalam aku tak sempat nak update kerana kesibukkan yang teramat sangat.. Huhu. Anda semua mesti ingat tabiat semasa anda kecil dulu. Ada yang pelik dan ada yang boleh diterima akal tapi kebanyakannya semua lucu bila kita dah dewasa dan bila kita fikirkan balik. Aku senaraikan apa yang perkara peberet dulu. Kalau Anda rasa ada tabiat anda tu baik anda semua senyum je dan cuba imbas balik kenangan dulu-dulu hehe.

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
9. Cita-cita yang famous masa kecil adalah jadi cikgu, askar, polis, jururawat.
10. Sekolah yang ada Rancangan Makanan Tambahan (RMTS) siap tanya pengawas ada lagi tak kupon yang pelajar tak datang sebab nak makan sekali lagi.
11. Pantun paling femes "Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas"


Tepuk Dada Tanya Minda



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Apa Yang Perlu Kita Tahu Tentang Malaikat


Perihal Malaikat Israfil

Malaikat Israfil adalah salah satu di antara empat malaikat yang paling mulia dan bersaiz besar di sisi Allah SWT Ia ditugaskan untuk meniup sebanyak tiga kali tiupan sangkakala pada hari kiamat. Seperti malaikat-malaikat yang lain ia diperbuat dari Nur. Ia berbulu dari kepala hingga kedua telapak kakinya dan mempunyai banyak mulut dan lidah. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.

Jumlah sayap malaikat Israfil itu ada empat. Sayapnya yang pertama panjangnya sampai ke barat, sayapnya yang kedua sampai ke timur, yang ketiga boleh menutupi seluruh badannya dan yang keempat menutupi kepalanya. Ia mempunyai seribu tentera malaikat yang serupa dengan kejadiannya.
At-Tabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA:”Sewaktu Rasulullah SAW bersama-sama dengan malaikat Jibrail tiba-tiba ufuk langit terpecah, maka menghadaplah satu lembaga malaikat tertunduk dan condong ke bumi. Berkata malaikat itu: “Hai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu agar memilih antara menjadi nabinya hamba atau jadi rajanya nabi”.

Adapun “rajanya nabi” mengerjakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT kepadanya dan tidak melakukan apa yang diharamkan oleh Allah SWT kepadanya. Ia menjalankan pemerintahan atau kerajaannya dan membelanjakan harta negara terhadap hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT. Mereka menghindari dari sesuatu yang menimbulkan dosa. Nabi yang menjadi raja adalah seperti nabi Sulaiman AS, nabi Daud AS dan lain-lain. Adapun “nabinya hamba” tidak memberikan sesuatu kepada seseorang kecuali dengan perintah Allah SWT. Ia tidak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan tidak menghalangi kepada sesiapa yang mengkehendakinya, dia hanya memberi dan menghalangi atas perintah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Jibrail memberi isyarat kepadaku dengan tangannya agar merendah. Maka tahulah aku bahawa itu nasihat untukku, maka aku berkata, “hambanya nabi”. Kemudian malaikat itu naik ke langit maka aku berkata, hai Jibrail, aku sungguh ingin bertanya hal ini kepadamu, tapi aku melihat halmu menyusahkan aku untuk mengemukakan pertanyaan itu. Siapakah itu wahai Jibrail? Jibrail menjawab, Itulah dia malaikat Israfil Allah menciptakannya pada hari kejadiannya di hadapannya dengan dua kakinya lurus bersaf, tidak pernah mengangkat hujungnya.”

Ia tertutup di dalam beberapa lapisan dinding. Disebutkan bahawa jarak di antara malaikat Israfil dengan Arasy dilapisi dengan tujuh dinding yang mana satu dinding adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan dan jarak malaikat Israfil dengan malaikat Jibrail kira kira tujuh puloh dinding. Imam Ahmad RAH. meriwayatkan dari Abu Said RA, Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang malaikat peniup sangkakala, dengan sabdanya: “Disebelah kirinya ada malaikat Jibrail dan disebelah kanannya ada malaikat Mikail”
Salah satu tiang Arasy berada di atas pundaknya. Menurut riwayat, Lauhil Mahfuzh itu bergantungan di bawah Arasy dan malaikat Israfil berada di hadapan Lauhil Mahfuzh tersebut. Adapun apabila setiap keputusan Allah SWT tercatit di Lauhil Mahfuzh, maka terbukalah dinding-dinding yang menghalanginya dan malaikat Israfil pun melihatnya. Apabila ia adalah tugas malaikat Jibrail, maka malaikat Israfil akan memerintahkan malaikat Jibrail untuk melaksanakanya, begitu juga apabila untuk tugasan-tugasan malaikat Mikail dan malaikat Izrail, ia akan memerintah mereka untuk melaksanakannya.

Malaikat Israfil sentiasa meletakkan terompet sangkakala di mulutnya. Disebutkan bahawa terompet malaikat Israfil itu bercabang empat. Satu cabang diarahkan ke barat, satu ke timur, satu ke bawah bumi dan satu diarah kan ke langit yang ke tujuh. Adapun lingkaran kepala terompet itu selebar langit dan bumi. Di dalamnya terdapat pintu-pintu sebanyak bilangan para arwah. Ada tujuh puloh rumah di dalamnya. Di antaranya rumah arwah para Nabi AS, arwah para manusia, para jin, syaitan, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang terompet malaikat Israfil: “Terompet itu adalah sebuah tanduk raksaksa yang terdiri dari cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Terompet itu akan ditiup tiga kali. Tiupan pertama membuat makhluk takut, tiupan kedua membuat makhluk mati, tiupan ketiga untuk membangkitkan makhluk dari kubur”.
Warna malaikat Israfil adalah kuning tua, sedangkan sebab musabab wajahnya menjadi kuning adalah kerana getaran rasa takut kepada Allah SWT yang selalu meliputi malaikat Israfil Sabda Rasulullah SAW: “Bagaimana manusia boleh merasa senang sedangkan malaikat peniup sangkakala telah bersiap sedia meniupnya dan menundukkan keningnya serta memasang telinganya siap menunggu perintah”.

Perihal Malaikat Izrail

Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang empat selain malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil Dikenali malaikat maut kerana ia ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk-makhluk Allah SWT Malaikat Izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih.
Dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu Za’faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu juta mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.

Disebutkan, ketika Allah SWT mencipta Al-Maut dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkata malaikat Izrail: “wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah SWT menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun.

Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka: “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah SWT berfirman: “Hai Izrail, ambillah Al-Maut itu, dan Aku telah menyerahkannya kepada mu”. Maka malaikat Izrail pun berkata: “Ya Tuhanku, apa dayaku untuk mengambil nya sedangkan ia lebih agung dari ku”. Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.

Setelah itu Al-Maut berkata: “Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk berseru di dalam langit sekali sahaja”. Maka, setelah diizinkan, berserulah ia dengan suara yang amat keras: “Aku ini adalah Al-Maut, tugasku sebagai pemisah orang yang saling mencintai. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan antara anak dan ibunya. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan saudara lelaki dan wanita. Aku adalah Al-Maut, tugasku menghancurkan bangunan rumah dan gedung-gedung, Aku adalah Al-Maut, tugasku meramaikan kuburan. Aku adalah Al-Maut, tugasku mencari dan mendatangi kamu semuanya, walaupun kamu berada dalam lapis benteng yang amat kuat. Dan tiada satupun makhluk yang tidak merasakan kepedihanku”.

Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah SWT sehingga arah barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya sebagaimana keadaan seseorang yang sedang menghadapi sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai macam makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syilling.
Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ianya akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab.

Perihal Malaikat Mikail

Malaikat Mikail adalah salah satu di antara pembesar malaikat yang empat. Ia dicipta oleh Allah SWT selepas malaikat Israfil dengan selisih kira-kira lima ratus tahun. Dari kepala malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu Za’faron. Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah. Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu juta muka.

Setiap muka malaikat Mikail ini pula mempunyai satu juta mulut dan setiap mulut mempunyai satu juta lidah manakala setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan. Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah SWT bagi orang-orang mukmin yang berdosa.
Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai satu juta mata. Tiap-tiap matanya sentiasa menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata dan setiap titisan air mata itu Allah SWT ciptakan satu malaikat Karubiyyuun yang serupa dengan kejadian malaikat Mikail Setiap malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah SWT sehingga hari kiamat.

Di samping bertasbih, para-malaikat Karubiyyuun ini juga berperanan sebagai pembantu bagi malaikat Mikail dalam menjalankan tugas menyelia angin, membahagikan rezeki pada manusia, tumbuh-tumbuhan juga haiwan-haiwan dan lain-lain di muka bumi ini. Dikatakan setiap satu makhluk yang memerlukan rezeki untuk hidup di dunia ini akan diselia rezekinya oleh satu malaikat Karubiyyuun.
Imam Ahmad rah. dengan sanadnya, dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail: “Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?”
Malaikat Jibrail menjawab: “Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan”

Perihal Malaikat Jibrail

Malaikat Jibrail adalah salah satu dari para malaikat yang cantik, besar, kuat dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah SWT Ia ditugaskan sebagai penyampai wahyu kepada para rasul AS. Imam Ahmad RAH dengan sanadnya dari Ibn Mas’ud RA Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat Jibrail di Sidratul Muntaha, dia mempunyai 600 sayap”.

Setelah Allah SWT mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah SWT mencipta pula baginya 600 sayap yang panjangnya antara timur dan barat. Dari sayapnya berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Di antara sayap-sayap itu, terdapat 2 sayap berwarna hijau seperti sayap burung merak. Setelah Jibrail memandang dirinya, ia berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dari aku?”. Allah SWT berfirman: “Tidak”.

Kemudian Jibrail berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur pada Allah SWT, dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun. Setalah Jibrail selesai bersolat, Allah SWT pun berfirman: “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak seorangpun yang menyembah Aku seperti kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, nama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka mengerjakan solat 2 rakaat yang hanya sebentar sahaja, mereka dalam keadaan lupa dan serba kurang. Fikiran mereka melayang dan bermacam-macam dan dosa merekapun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai dari solat kamu kerana mereka mengerja solat atas perintahKu sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.” Kemudian Jibrail berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan pada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?” Lalu Allah SWT berfirman: “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal”

Malaikat Jibrail mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah SAW, belumpun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibrail telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah SWT padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh 500 tahun perjalanan.

Di sebelah kanan sayap malaikat Jibrail terdapat gambar syurga beserta dengan isinya saperti bidadari, istana, pelayan dan sebagainya. Di sebelah kiri sayapnya terdapat gambar neraka dan segala isinya seperti ular, kala jengking, neraka yang bertingkat-tingkat, penjaganya yang terdiri dari malaikat yang garang iaitu malaikat Zabaniah dan sebagainya. Apabila sampai ajal seseorang yang beriman maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di dalam syurga. Apabila sampai ajal seseorang yang seorang yang munafik maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kiri, maka orang yang sedang nazak itu akan melihat kedudukannya di dalam neraka.

Ketika Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail turun untuk memusnahkan kaum nabi Lut AS, dikatakan malaikat Jibrail mampu mengangkat kesemua 7 bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibrail membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jibrail sentiasa mengharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-
Sembahyang lima waktu secara berjemaah
Duduk bersama para ulamak
Menziariahi orang sakit
Menghantar jenazah
Memberi air minum
Mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
Memuliakan jiran dan anak-anak yatim

maka bersungguh-sungguhlah kamu dalam perkara tersebut”

Tepuk Dada Tanya Minda

Creadit to Oh Syok
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, January 15, 2012

CONTEST KAMI PASANGAN SWEET


Assalamualaikum
Tadi tengah jenjalan kat blog kawan-kawan aku terjumpa Contest Kami Pasangan Sweet kat blog Cik Eiyra rasa cam nak join je walaupun aku tak sweet hehe..

Aku kenal dengan Nur Hazwani Bt Mohd Sahari awal tahun 2007 dan hubungan berterusan sehingga kami mengikat pertunangan pada 2.4.2011 dan hubungan kami berterusan sehingga kami ke jinjang pelamin pada 26.11.2011. 

Alhamdulillah kasih kami di ikat lagi dengan berita kehamilan Isteri tersayang pada 12.1.2012. Rezeki dari Allah untuk kami berdua. Bagi aku dalam hubungan ini mesti kena ada rasa hormat pasangan serta rasa percaya antara satu sama lain.

Awal Perkenalan

Majlis Pertunangan

Majlis Perkahwinan

Majlis Perkahwinan


Mangsa tag aku Oja Alia

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

DITINGGALKAN DI TEPI TANDAS


Assalamualaikum,

Mesti korang pelik kan apesal entry kali nie macam tue. Aku terbaca pasal artikel ini "Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah ditinggalkan di tepi tandas di Mahkota Parade oleh seorang lelaki."
Ade ke patut? Ape punya manusia daaaaa. Budak tue baru ja berusia setahun setangah satu hape pun tak tahu. Bercakap pun tak tahu lagi. Ditinggalkan macam tue saja. Cube korang fikir kalau anak dah berusia 9thn or 14thn or 17thn pun kite risau gak nak tinggalkan sorang-sorang inikan pula budak yang baru berusia setahun. Kadang-kadang aku rase kalau tak boleh nak jage anak carilah orang yang boleh jaga anak tue. Ramai orang nak anak tapi takde rezekinya lagi. Atleast nasib dieorang terbela dan terjaga dengan baik. Marilah kita sama-sama renungkan isu ini bersama.

Inilah kanak-kanak malang tersebut


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, January 14, 2012

Hassan Bin Abdullah Al Awad


Assalamualaikum..
Kenal tak sapa gerangan Hassan Bin Abdullah Al Awad? Mungkin ada yang kenal tapi aku rasa ramai yang tak kenal dan ada juga belum kenal tapi bila dah tengok mesti cakap "ooo dia ni rupanya, ingatkan sapa tadi" tapi bila sebut Brad Pitt semua kenal dari makcik-makcik, adik-adik kecil kalau nama pelakon siap boleh hafal siap pakej dengan hobi lagi tahu. Aku bukan nak kondem mana-mana pihak tapi itulah realiti yang berlaku sekarang.

Hassan Bin Abdullah Al Awadh adalah anak kepada Imam Abdullah al Awadh Al Juhny. Beliau kini 14 Tahun dan Alhamdulillah mempunyai salah satu suara yang paling merdu. Sebahagian daripada anda mungkin ingat dia sebagai seorang budak lelaki kecil yang membaca Surah Yasin, sejak itu video telah muncul semasa lawatan beliau ke Bosnia pada usia 13 tahun di mana beliau telah membaca surah Ad-Duha, Surah Fusilat dan juga menyanyikan nasheed terkenal 'Ghuraba ', dari Sarajevo. Beliau membaca Surah Yasin dalam peristiwa Islam dan juga mempunyai rakaman Surah Qiyamah, Surah Al-Hasyr dan Kursi Ayat-ul. Dah kenal belum?? ermm mesti dok garu kepala lagi hehe. 
;
;
;

~Inilah Hassan Bin Abdullah Al Awad~


~Gambar dia~


Ooo dia ni rupanya. patutlah macam pernah kenal hehe. Ramai akan cakap macam tu termasuk member aku hehe. Aku mintak tolong Pakcik Google suruh cari biodata beliau ni tapi tak banyak yaang dapat cari.. Maafla eh.. huhu
"Tepuk dada tanya minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Uri Kambing Untuk Cantik?


Assalamualaikum..
Aku macam tak percaya je sampaikan ada yang sanggup guna uri kambing semata-mata mahu kulit secantik kulit bayi.Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung kanannya.

Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar lebih RM15,000.
Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel kulit punggung Mandy di sebuah hospital swasta.

Rawatan kosmetik menggunakan kaedah menyuntik formula uri kambing biri-biri dilakukan Mandy di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara di sini bermula 15 Mei 2011 sebelum menyedari kesan buruk akibat suntikan itu pada 5 Ogos 2011. 

Kan dah kena. Nak kata bodoh kerja sebagai pengurus akaun. Mungkin lumrah wanita untuk nampak cantik, yang tu tak dipertikaikan lagi semua wanita mahukan kecantikan sinonim dengan diri mereka. Apa kata wanita semua?? Anda sanggup gunakan Uri Kambing untuk kecantikan??


"Tepuk dada tanya minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, January 13, 2012

KD Mutiara Terbakar


Assalamualaikum


Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Mutiara terbakar ketika sedang dibaik pulih di dermaga Malaysian Marine & Heavy Engineering (MMHE) di Pasir Gudang malam tadi . KD Mutiara adalah merupakan kapal TLDM yang sudah pun berusia 35 tahun yang digunakan untuk tujuan pengukuran Hidrografi dan Oseanografi.Sebelum ini kapal TLDM KD Pari telah hampir tenggelam di Sabah, KD Serang pula mengalami kebakaran kecil manakala KD Todak pula telah mengalami kerosakan.
Di samping itu negara kehilangan kapal pengangkut KD Sri Inderapura dalam satu kebakaran pada tahun 2009.Terkejut aku bila baca suratkhabar. Patutla semalamaku tengok berasap je kat MMHE, rupanya ada kapal terbakar. Herm menjawabla nanti Safety kat sana dengan geng-geng balak kat bahu. Tengok gambar nampak macam total lost je. Tapi tak tahula macamana, kena tengok selepas inspection nanti. Kapal terbakar ni dah jadi macam perkara biasa lagi-lagi kat limbungan besar macam MMHE. Bila dah jadi macam ni barulah nak gelabah. Mana firewatchman semasa hotwork??Sepatutnya semasa kerja-kerja Hotwork dijalankan sekurangnya seorang firewatchman beserta dengan alam memadam kebakaran berada di tempat yang kerja hotwork dijalankan. Hotwork ni adalah kerja panas seperti Welding dan sebagainya. Sebelum kerja dijalankan supervisor haruslah memastikan permit hotwork diluluskan.

 ~Sebelum berlakunya Kebakaran~

 ~Semasa Kebakaran~
~Semasa Kebakaran~

Specification KD Mutiara (Mutiara Class AGS)

Displacement: 1905 tons standard, 1949 tons full load
Dimensions: 71.15m x 13.52m x 4.75 m
Guns: Fitted for 1 x 20mm.
Electronics: 2 Racal 1226/1229 Navigation Radar, I Beam, Multi-beam Echo Sounder Atlas Hydrosweep MD 2/30 kHz, Deep Sea Echo Sounder Atlas Deso 25, Sound Velocity Probe 10 Inch, Motion Sensor DMS 3-05, Expandable Bathymetry Thermograph (XBT), 2 X Side Scan Sonar Klein 3000
Propulsion: 2 X Deutz SBA 12M 528 diesels, 1 controllable pitch propeller
Speed: 16 knots, range 8334Km at 16 knots
Crew : 155
Aircraft: platform aft.

Kapal ni dibina oleh Hong Leong Lurssen Dockyard dan digunakan oleh Tentera Laut Di-Raja Malaysia pada 18 December 1977 dengan no "badan" A152. Kapal ni buakn kapal perang tapi kapal survey. Mempunyai 4 kapal survey serta 2 bot kerja. Mempunyai rekod yang cemerlang dalam survey hydrographic dan siap di upgrade pada 2004.

Aku sebenarnya ada cerita nak kongsi tentang kejadian macam ni.Aku pernah melalui kejadian macam ni tapi kapal  "meletup" bukan terbakar.Semasa tu aku kat kapal MT Hercules bersama dengan kawan sekerja melakukan project piping kat kapal tersebut. Kejadian tu berlaku lepas maghrib. Tiba-tiba bunyi bising dari dalam tangki no3 seterusnya letupan dan bayangkanlah kapal besar boleh bergegar. Semasa kejadian ada welder tengah melakukan hotwork kat dalam tangki tersebut. Bayangkan tekanan dari letupan tu boleh menerbangkan manusia yang berada didalam tangki tersebut jatuh keatas dek utama. 

~MT Hercules- Kat sinilah Semuanya Berlaku- Bad tragedy~

Kejadian tu mengorbankan 2 orang welder yang berada di dalam tangki no 3. Semua tu jadikan aku pengajaran bahawa kita seharusnya sentiasa erhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kejadian tersebut buatkan aku tidak makan daging selam setahun lebih. Mayat 2 orang welder tu hancur sebab tekanan dari letupan tersebut. Time tu lah baru sibuk nak buat permit la apa la..Dah jadi tabiat bila berlaku kejadian buruk barulah semua nak sedar. Yang sedihnya salah seorang yang terbunuh tu baru 3 bulan melangsungkan perkahwinan. Bayankanlah bagaimana perasaaan isteri mangsa yang tengah mengandung menerima berita ini..? Papepun alhamdulillah sebab kejadian kapal KD Mutiara ini tidak meragut sebarang nyawa.


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Lelaki Mengandung


Assalamualaikum..

Semalam aku tak sempat langsung nak update blog aku sebab sibuk sangat-sangat temankan Mrs Kepoh pergi Hospital wat checkup walaupun dalam hati ni membuak-buak nak update blog hehe. Apakan daya redha je la. Dalam minggu ni badan aku semacam je, penat, lesu, sakit pinggang dan macam-macamla. Sejak Mrs Kepoh pregnant aku tengok dia selamba je, cuma ada mual-mual je tapi yang muntahnya aku, yang sakit pinggangnya aku, yang nak makan asam aku. Pelikkk

Aku: Assalamualaikum abah, watpe?
Abah: Baru lepas baca yassin, nape?
Aku: takdela abah, wawa mengandung saya pulak yang sakit pinggang, muntah dan macam-macam.
Abah: Haha biasala maknanya tu kau la yang mengandung.
Aku: Erkkkk
(Sedikit perbualan aku dengan abah aku..)

Aku mengandung? aik aku kan lelaki takkan aku pulak mengandung?
Rupanya itu sume alahan ketika isteri mengandung. Aku tengok Mrs Kepoh rilek je, aku je lebih-lebih mengalahkan bini yang pregnant. Sekarang teman rapat aku adalah asam kecut dengan limau hehe.. Lucu la weiiii aku ni. Lepas aku cakap dengan umi aku baru aku tahu rupanya dulu arwah abah aku pun sama time umi aku pregnant. Siap cuti kerja lagi sebab penat muntah hehe. Gelak sakan aku semalam, yang tak tahan tu umi aku buleh pesan kat aku " Nanti jangan kau dengan wawa berebut asam kecut dahla" Haha..


~Makanan kegemaran aku~

Semalam juga 12.01.2012 merupakan hari lahir aku yang ke-30. Dah tua aku rupanya. Mrs Kepoh siap masak nasi ayam untuk aku. Aku pulak asyik ulang alik ke tandas sebab muntah. Siap bungkus badan dalam selimut sebab tak tahan bau ayam goreng hehe. Thanks pada Oja yang sponsor kek birthday untuk aku semalam. Pada kengkawan yang sudi datang thanks banyak-banyak. maaf sebab tak dapat layan semua sebab badan aku tak larat sangat semalam.


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, January 11, 2012

Fenomena Ustaz Don


Assalamualaikum..
Siapa tak kenal dengan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Kalau yang selalu tengok TV AlHijrah mesti ingat akan susuk tubuh ustaz ni. Berbadan tinggi dan yang penting mukanya selalu senyum dan kadang-kadang slang utara keluar dari mulut ustaz ni. Semua orang pelik dengan nama ustaz ni sampaikan umi aku bleh cakap " Aiii pelik semacam je nama ustaz ni, macam nama mat salleh". 

Aku senyum je bila umi aku cakap dan bila aku tanya Pakcik Google tentang maksud nama tu inilah jawab Pakcik Google perkataan DANIYAL,DANIEL,DANIAL adalah berasal dari bahasa Hebrew. Ramai yang kata nama  DANIAL itu nama Nabi...memang tapi apa maknanya. Pasti ada makna yang tersimpan disebalik nama yang baik itu(kena tahu bahawa, saya sebut nama baik sebab Allah memilih seorang hambaNya dengan nama ini untuk menjadi salah seorang dari kalangan hambanya yang soleh) Dalam bahasa Hebrew, DANIAL, DANIEL, DANIYAL bermaksud  "My Judge Is God" maknanya, TUHAN(ALLAH) ADALAH HAKIM SAYA Allahhuakhbar hebat sungguh maksud nama ini.

Ok berbalik kepada Ustaz Don, aku ingatkan mesti umur ustaz ni dalam lingkungan 30 ke 40 tahun sebab dengan ilmu  yang dia ada serta cara penyampaian dia dalam ceramah memang nampak kelainan tapi rupanya aku silap sebab umur dia memang muda sangat. 

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid merupakan pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor. Beliau lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.Beliau kini mengendalikan program interaktif agama Islam, '30 Minit Ustaz Don' di saluran TV Al Hijrah di TV9.Sebelum ini beliau mengendalikan 'Program Ihya Ramadan'. Penonton boleh berinteraksi dengan menelefon 03-22602411 atau 03-22601610 dan melalui fan page di Facebook untuk dibincangkan semasa siaran hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984 ( lagi muda dari aku )
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Ni ha wajah-wajah ustaz Don
; ; ; ; ; ; ; ;
 ; ; ; ; ; ; ;
; ; ; ; ; ;
; ; ; ; ;
; ; ; ;
; ; ;
; ;
;


 ;
;
;
;
 ; ;
; ;
;
;






Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~