Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, January 17, 2012

Tabiat Pelik Semasa Kecil

Assalamualaikum..
Alhamdulillah baru aku berkesempatan untuk update blog setelah semalam aku tak sempat nak update kerana kesibukkan yang teramat sangat.. Huhu. Anda semua mesti ingat tabiat semasa anda kecil dulu. Ada yang pelik dan ada yang boleh diterima akal tapi kebanyakannya semua lucu bila kita dah dewasa dan bila kita fikirkan balik. Aku senaraikan apa yang perkara peberet dulu. Kalau Anda rasa ada tabiat anda tu baik anda semua senyum je dan cuba imbas balik kenangan dulu-dulu hehe.

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
9. Cita-cita yang famous masa kecil adalah jadi cikgu, askar, polis, jururawat.
10. Sekolah yang ada Rancangan Makanan Tambahan (RMTS) siap tanya pengawas ada lagi tak kupon yang pelajar tak datang sebab nak makan sekali lagi.
11. Pantun paling femes "Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas"


Tepuk Dada Tanya Minda




~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

2 comments:

oja_alia said...

ahahahaa!berdekah2 entry ni..agak laaa...mmg sbijik sme.hahahaa

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

haha konpem ko ada gak kan??