Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, January 11, 2012

Fenomena Ustaz Don


Assalamualaikum..
Siapa tak kenal dengan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Kalau yang selalu tengok TV AlHijrah mesti ingat akan susuk tubuh ustaz ni. Berbadan tinggi dan yang penting mukanya selalu senyum dan kadang-kadang slang utara keluar dari mulut ustaz ni. Semua orang pelik dengan nama ustaz ni sampaikan umi aku bleh cakap " Aiii pelik semacam je nama ustaz ni, macam nama mat salleh". 

Aku senyum je bila umi aku cakap dan bila aku tanya Pakcik Google tentang maksud nama tu inilah jawab Pakcik Google perkataan DANIYAL,DANIEL,DANIAL adalah berasal dari bahasa Hebrew. Ramai yang kata nama  DANIAL itu nama Nabi...memang tapi apa maknanya. Pasti ada makna yang tersimpan disebalik nama yang baik itu(kena tahu bahawa, saya sebut nama baik sebab Allah memilih seorang hambaNya dengan nama ini untuk menjadi salah seorang dari kalangan hambanya yang soleh) Dalam bahasa Hebrew, DANIAL, DANIEL, DANIYAL bermaksud  "My Judge Is God" maknanya, TUHAN(ALLAH) ADALAH HAKIM SAYA Allahhuakhbar hebat sungguh maksud nama ini.

Ok berbalik kepada Ustaz Don, aku ingatkan mesti umur ustaz ni dalam lingkungan 30 ke 40 tahun sebab dengan ilmu  yang dia ada serta cara penyampaian dia dalam ceramah memang nampak kelainan tapi rupanya aku silap sebab umur dia memang muda sangat. 

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid merupakan pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor. Beliau lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.Beliau kini mengendalikan program interaktif agama Islam, '30 Minit Ustaz Don' di saluran TV Al Hijrah di TV9.Sebelum ini beliau mengendalikan 'Program Ihya Ramadan'. Penonton boleh berinteraksi dengan menelefon 03-22602411 atau 03-22601610 dan melalui fan page di Facebook untuk dibincangkan semasa siaran hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984 ( lagi muda dari aku )
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Ni ha wajah-wajah ustaz Don
; ; ; ; ; ; ; ;
 ; ; ; ; ; ; ;
; ; ; ; ; ;
; ; ; ; ;
; ; ; ;
; ; ;
; ;
;


 ;
;
;
;
 ; ;
; ;
;
;







~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

5 comments:

FiHa said...

suke ustaz don

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

haha samala dgn kite.. hensem dn yg penting sekali cara dia buat ceramah

kakyong said...

xde astro & di Ipoh x dpt tv alhijrah.. memamng ni la 1st time tahu pasal ustaz don ni..

Eza Boom Boom :) said...

ustaz Don ada cara tersendiri untuk berdakwah :)

singgah blogwalking ^^

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

kak yong: dulu org minat time dia ada rancangan bulan ramadhan.. best sangat2.Try kak yong tengok dlm youtube "syurga atau nereka" ceramah dia.. menitk air mata

Eza: Betul. Jarang org ada cara yang macam dia..