Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, January 14, 2012

Uri Kambing Untuk Cantik?


Assalamualaikum..
Aku macam tak percaya je sampaikan ada yang sanggup guna uri kambing semata-mata mahu kulit secantik kulit bayi.Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung kanannya.

Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar lebih RM15,000.
Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel kulit punggung Mandy di sebuah hospital swasta.

Rawatan kosmetik menggunakan kaedah menyuntik formula uri kambing biri-biri dilakukan Mandy di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara di sini bermula 15 Mei 2011 sebelum menyedari kesan buruk akibat suntikan itu pada 5 Ogos 2011. 

Kan dah kena. Nak kata bodoh kerja sebagai pengurus akaun. Mungkin lumrah wanita untuk nampak cantik, yang tu tak dipertikaikan lagi semua wanita mahukan kecantikan sinonim dengan diri mereka. Apa kata wanita semua?? Anda sanggup gunakan Uri Kambing untuk kecantikan??


"Tepuk dada tanya minda"



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: