Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, January 13, 2012

KD Mutiara Terbakar


Assalamualaikum


Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Mutiara terbakar ketika sedang dibaik pulih di dermaga Malaysian Marine & Heavy Engineering (MMHE) di Pasir Gudang malam tadi . KD Mutiara adalah merupakan kapal TLDM yang sudah pun berusia 35 tahun yang digunakan untuk tujuan pengukuran Hidrografi dan Oseanografi.Sebelum ini kapal TLDM KD Pari telah hampir tenggelam di Sabah, KD Serang pula mengalami kebakaran kecil manakala KD Todak pula telah mengalami kerosakan.
Di samping itu negara kehilangan kapal pengangkut KD Sri Inderapura dalam satu kebakaran pada tahun 2009.Terkejut aku bila baca suratkhabar. Patutla semalamaku tengok berasap je kat MMHE, rupanya ada kapal terbakar. Herm menjawabla nanti Safety kat sana dengan geng-geng balak kat bahu. Tengok gambar nampak macam total lost je. Tapi tak tahula macamana, kena tengok selepas inspection nanti. Kapal terbakar ni dah jadi macam perkara biasa lagi-lagi kat limbungan besar macam MMHE. Bila dah jadi macam ni barulah nak gelabah. Mana firewatchman semasa hotwork??Sepatutnya semasa kerja-kerja Hotwork dijalankan sekurangnya seorang firewatchman beserta dengan alam memadam kebakaran berada di tempat yang kerja hotwork dijalankan. Hotwork ni adalah kerja panas seperti Welding dan sebagainya. Sebelum kerja dijalankan supervisor haruslah memastikan permit hotwork diluluskan.

 ~Sebelum berlakunya Kebakaran~

 ~Semasa Kebakaran~
~Semasa Kebakaran~

Specification KD Mutiara (Mutiara Class AGS)

Displacement: 1905 tons standard, 1949 tons full load
Dimensions: 71.15m x 13.52m x 4.75 m
Guns: Fitted for 1 x 20mm.
Electronics: 2 Racal 1226/1229 Navigation Radar, I Beam, Multi-beam Echo Sounder Atlas Hydrosweep MD 2/30 kHz, Deep Sea Echo Sounder Atlas Deso 25, Sound Velocity Probe 10 Inch, Motion Sensor DMS 3-05, Expandable Bathymetry Thermograph (XBT), 2 X Side Scan Sonar Klein 3000
Propulsion: 2 X Deutz SBA 12M 528 diesels, 1 controllable pitch propeller
Speed: 16 knots, range 8334Km at 16 knots
Crew : 155
Aircraft: platform aft.

Kapal ni dibina oleh Hong Leong Lurssen Dockyard dan digunakan oleh Tentera Laut Di-Raja Malaysia pada 18 December 1977 dengan no "badan" A152. Kapal ni buakn kapal perang tapi kapal survey. Mempunyai 4 kapal survey serta 2 bot kerja. Mempunyai rekod yang cemerlang dalam survey hydrographic dan siap di upgrade pada 2004.

Aku sebenarnya ada cerita nak kongsi tentang kejadian macam ni.Aku pernah melalui kejadian macam ni tapi kapal  "meletup" bukan terbakar.Semasa tu aku kat kapal MT Hercules bersama dengan kawan sekerja melakukan project piping kat kapal tersebut. Kejadian tu berlaku lepas maghrib. Tiba-tiba bunyi bising dari dalam tangki no3 seterusnya letupan dan bayangkanlah kapal besar boleh bergegar. Semasa kejadian ada welder tengah melakukan hotwork kat dalam tangki tersebut. Bayangkan tekanan dari letupan tu boleh menerbangkan manusia yang berada didalam tangki tersebut jatuh keatas dek utama. 

~MT Hercules- Kat sinilah Semuanya Berlaku- Bad tragedy~

Kejadian tu mengorbankan 2 orang welder yang berada di dalam tangki no 3. Semua tu jadikan aku pengajaran bahawa kita seharusnya sentiasa erhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kejadian tersebut buatkan aku tidak makan daging selam setahun lebih. Mayat 2 orang welder tu hancur sebab tekanan dari letupan tersebut. Time tu lah baru sibuk nak buat permit la apa la..Dah jadi tabiat bila berlaku kejadian buruk barulah semua nak sedar. Yang sedihnya salah seorang yang terbunuh tu baru 3 bulan melangsungkan perkahwinan. Bayankanlah bagaimana perasaaan isteri mangsa yang tengah mengandung menerima berita ini..? Papepun alhamdulillah sebab kejadian kapal KD Mutiara ini tidak meragut sebarang nyawa.



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: