Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, January 2, 2012

10 CARIAN GOOGLE PALING TERBANYAK TAHUN 2011


Pada 2011 apa yang paling penting sekali? Kita tengok apakah pertanyaan yang paling banyak sekali di Google dalam tahun 2011.



1-REBECCA BLACK



Membuat penampilan di internet dengan siaran lagu pop beliau "Friday". Video terseut telah menaikkan nama beliau yang pada masa tu baru berumur 13 tahun. Video beliau telah di tonton  lebih 167 juta di laman Youtube. Carian untuk Rebecca Black dan kaitan sepperti Rebacca Black Friday melonjak sebanyak >10,000% antara 2010 dan 2011, menjadikan penyanyi pop muda tersebut sebagai carian paling cepat meningkat di Google tahun 2011.



2-GOOGLE +
Jun 2011, Google memasuki ruang rangkaian sosial dengan pelancaran Google +. dalam tempoh 3 minggu Google + mengumpulkan asas pengguna melebihi 10 juta orang.



3-RYAN DUNN


Amat terkenal dengan aksi nekadnya dalam rancangan TV realiti “Jackass” dan “Viva La Bam,” Ryan Dunn menemui ajalnya dalam kemalangan jalan raya pada 20 Jun, 2011 ketika berumur 34 tahun.
Sepanjang minggu 19 Jun 2011, Ryan Dunn menerima banyak perhatian di Google. Pada hari Selasa selepas kematiannya, bintang gandingan “Viva La Bam”, Bam Margera, telah melawat tapak kemalangan dan menangisi kehilangan rakannya itu.
Percaya atau tidak, beberapa saluran berita Amerika mempersoalkan sama ada kematian bintang realiti ini adalah usikan "Jackass" yang paling teliti pernah dirancang.



4-CASEY ANTHONY


Ibu muda Casey Anthony telah didakwa atas kesalahan membunuh darjah pertama apabila jasad Caylee, anak perempuannya yang berumur 2 tahun, telah dijumpai di kawasan belukenr berhampiran rumahnya di Orlando, Florida. Para juri memutuskan beliau tidak bersalah pada 5 Julai 2011.
Carian untuk Casey Anthony dan carian berkaitan seperti Casey Anthony Case meningkat sebanyak 2,680% dari 2010 hingga 2011, meletakkan beliau di tempat carian #4 paling cepat meningkat di Google.Carian untuk Casey Anthony melonjak sepanjang minggu 3 Julai 2011, setelah juri memutuskan ibu berusia 22 tahun ini tidak bersalah dan orang ramai mula mengikuti dengan mendalam tentang kehidupan beliau selepas perbicaraan tersebut.Casey Anthony menjadi tajuk utama semasa dan selepas perbicaraan 6 minggu beliau. Daripada kelewatan perbicaraan sehingga pendedahan teman lelakinya mengenai hubungan cinta mereka, pihak media memerhatikan setiap pergerakan beliau.



5-BATTERFIELD 3


Keluaran permainan video penembak orang pertama EA yang amat dinanti-nantikan, Battlefield 3, dengan penjualan 5 juta salinan pada minggu pertama keluarannya.Carian untuk Battlefield 3 dan carian berkaitan BF3 melonjak 1,773% antara 2010 dan 2011, menjadikan permainan penuh aksi ini carian #5 paling cepat meningkat di Google pada tahun 2011.Populariti permainan video ini memuncak pada minggu 23 Oktober 2011, apabila ia dilancarkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.Battlefield 3 menjadi subjek kontroversi di banyak pelosok dunia. Di Norway, di mana siri permainan Battlefield terdahulu menerima markah ulasan yang teruk, pengeluar telah menyembunyikan salinan ulasan dari tempat permainan.



6-iPHONE 5

Pengguna dan penganalisis bersama-sama menantikan keluaran telefon pintar terbaharu Apple berbulan-bulan sebelum ketibaannya. Ciri yang diperkatakan termasuk skrin yang lebih besar, kaca sisi ke sisi, kamera 8 megapiksel dan kawalan suara yang meluas. Ramai percaya telefon tersebut akan dinamakan iPhone 5.Carian untuk iPhone 5 meningkat 1,658% antara 2010 dan 2011, menjadikan telefon pintar yang diperkatakan ini carian #6 paling cepat meningkat di Google.Keterujaan terhadap iPhone 5 mencecah kemuncak cariannya pada minggu 25 September 2011, seminggu sebelum Apple memperkenalkan iPhone 4s dalam sidang akhbar di ibu pejabatnya di Cupertino, CA.Dikecualikan daripada keluaran asal tidak menghalang orang ramai di Singapura daripada mencari dan membuat spekulasi mengenai telefon yang diperkatakan.Semua orang dari TechCrunch sehingga ke Washington Post, membuat spekulasi mengenai iPhone 5 yang amat dinanti-nantikan ini.



7-ADELENE


Adele menggegarkan industri muzik dengan keluaran album keduanya “21,” dengan penjualan 208,000 salinan di UK pada minggu pertama keluarannya dan muncul pertama kali pada nombor satu pada Carta Album UK selama 16 minggu berturut-turut. Album tersebut melonjakkan gadis 22 tahun itu menjadi kejayaan yang memecahkan rekod dan disanjung di peringkat antarabangsa. Carian untuk Adele meningkat 1,588% antara 2010 dan 2011, menjadikan penyanyi ini carian ke-7 paling cepat meningkat di Google.Carian untuk Adele memuncak pada minggu 28 Ogos 2011, apabila penyanyi wanita Britain itu menyanyikan lagu balad “Someone Like You” diiringi alunan piano semasa Anugerah Muzik Video MTV.Adele mempunyai khalayak yang benar-benar global, tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau tidak pernah membuat persembahan di tiga negara di mana beliau paling popular.Dari pembedahan tekak beliau sehingga kepada persembahan VMA beliau, pihak media hiburan antarabangsa mengikuti perkembangan Adele.



8-東京 電力


Kerajaan Jepun mengarahkan pemindahan beribu-ribu penduduk yang tinggal berhampiran dengan 東京 電力 (TEPCO) Loji I Fukushima selepas gempa bumi merosakkan beberapa reaktor nuklear dengan teruk.Carian untuk 東京 電力 (TEPCO) melonjak 1,470%, menjadikan syarikat utiliti elektrik ini carian ke-8 paling cepat meningkat di Google dalam tahun 2011.Syarikat utiliti ini mencapai puncak carian pada minggu 13 Mac 2011, dua hari selepas gempa bumi 9.0 menggegarkan Jepun dan usaha serta sokongan bantuan antarabangsa mencurah-curah masuk dari seluruh dunia.



9-STEVE JOBS


Steve Jobs menjadi inspirasi berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan keghairahan dan kreativiti beliau. Pakar teknologi yang berpandangan jauh, bersama-sama dengan pengasas bersama Steve Wozniak, telah merevolusikan cara kehidupan dan pekerjaan orang ramai dengan bantuan komputer Mac, iPod, iPhone dan iPad.Carian untuk Steve Jobs meningkat 982% pada tahun 2011, menjadikan individu keratif yang amat pintar ini carian ke-9 paling cepat meningkat di Google.Carian untuk Steve Jobs memuncak pada minggu 2 Oktober 2011, setelah beliau gagal melawan penyakit barahnya dan meninggal dunia di rumahnya pada usia 56 tahun.Dari peletakan jawatannya yang penuh emosi kepada penampilan iPad2 dan penghormatan yang mencurah-curah selepas kematiannya, Steve Jobs menjadi berita muken hadapan di seluruh dunia.



10-iPAD 2

iPad 2 menggemparkan dunia apabila 500,000 tablet generasi kedua telah dijual pada hujung minggu kemunculannya yang pertama. Dilihat sebagai pilihan yang lebih anggun dan ringan berbanding model yang terdahulu, iPad2 telah hampir-hampir habis dijual di seluruh saluran pada minggu pertama keluarannya.Carian untuk iPad 2 meningkat 939% antara 2010 hingga 2011, menjadikan tablet ini carian ke-10 paling cepat meningkat di Google.Carian untuk iPad 2 mencapai puncaknya pada minggu 27 Februari 2011, dua minggu selepas Apple mula menjual peranti tersebut di web dan di kedai.Dari edisi iPads emas terhad kepada keluaran apl baharu dan bernilai berita, langsung tidak ada kekurangan liputan mengenai item teknologi Apple yang baharu dan hangat ini.



# P/s: Yang No 8 tu aku tak berapa pahamla hehe.. Erkk jangan marah yeee...



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: