Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, November 28, 2011

~MASALAH OI MASALAH~

~Napela "ngko" ni bermasalah~

Tengok tajuk entry ni pun dah menunjukkan yang Mr Cool ni sangat-sangat sakit hati ngan seseorang bukan ape sedap-sedap je dok Honeymoon ada je hati yang busuk mengacau, taula negara ngko tak cuti Awal Muharam tapi agak-agakla nak sound Mr Cool. Mr Cool bukan apa cuma tadi dah cakap kan yang 'Seawater Jet Pump' tu kena running 45 minutes before ready for 'Vibration Analysis' yang memandai pegi buat 5 minit tu nape seyhh? Last-last apa yang dapat melainkan kepenatan hehe. Padan muka ngko. hahaha. 


Bengang je Mr Cool td, sakit hati sangat-sangat boleh dia cakap " i came from Singapore for the stupid thing" now who do the stupid thing?last-last pe yang berlaku sekarang? Ko jugak kan sampai merayu kat Mr Cool untuk sign Work Completion Job. Sorryla selagi ko tak ikut rules yang Mr Cool bagi jangan harap Mr Cool sign report tu. Ingat tu 45 minutes not 5 minute. Ko suruh Mr Cool ikut rules ko sekarang ko plak ikut rules Mr Cool,, Adil kan??? 
Adiosss hilang sikit tension huhu..

~Seawater Jet Pump On Troll Solution~
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, November 25, 2011

~TERBALIK~

Salam.. Mr Cool is back..( betul ke ayat aku tu). Entah kenapa ini punya malam ana nggak bisa buleh tidur, mungkin esok Mr Cool udah jadi milik seseorang kot hehe chewwaa.. Sume benda yang Mr Cool buat rasa macam ntah pape je, bukan ape mungkin menunggu si pengapit yang tak berapa sihat. Kecian kat Oja hehe. pape pun mesti Pie bising kan maklumla bising bukan bermakna benci tapi sayang. Takut orang yang tersayang lagi sakit. Mr Cool hupdate belogs ni sebab nak bagi mata ni tido hehe. Tengah syok dok menaip ni jumpala gambar Mr Cool bertunang dulu hehe.. Skarang nak kawen dah pun Mr Cool huhu..


 ~Bersama adik tersayang dan bakal isteri~


 ~pheeewiiiit~


 ~Tiga Dara Pingitan~


 ~Umi,Mama,Dik Ani,Cik Kepoh~


~Cik Kepoh bersama nenek Mr Cool~
mesti pelik apa kaitan antara tajuk terbalik ngan pe yang Mr Cool borakkan ni kan hehe. Mr Cool sendiri pun pelik n blur haha.. Soryyy yeee. Mestila terbalik kan sebab esok nak nikah baru je masukkan gambar bertunang dulu kan hehe. Maaf ye semua.. Adioss, Wassalam
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, November 24, 2011

~SERABAI~

Salam..ehem2 nampaknya Cik Kepoh sudah memulakan langkah dia untuk kembali ringankan tangan untuk menulis kembali hehe.. Cayalah yang penting semangat tu kena ada dalam jiwa nurani yang serba kudus itu 
(budak sastera ni) untuk kelangsungan dalam menulis blog ni. Rasanya belum terlambat untuk Mr Cool mengucapkan Tahniah kepada pasukan Harimau Muda kita yang telah mengigit Garuda dan mendapatkan pingat emas dalam Sukan Sea di Kota Palembang, Indonesia. Semangat melawan yang ada dalam jiwa pemain kita ini haruslah menjadi teladan kepada kita semua. Tup..Tup baru je tadi skuad bola yang sama tumpas pulak kepada Syria pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Kita tumpas dengan 2-0. Walaupun kita kalah tetapi Mr Cool x salahkan pemain kita sebab mereka mempunyai jadual perlawanan yang sangat singkat dalam menghadapi perlawanan yang genting ini. 

Sementara itu pasukan kegemaran Mr Cool iaitu Kelantan telah bertemu dengan Balestier Khalsa FC iaitu kelab dari Singapura dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Toa Payoh, Singapura dan kemenangan berpihak kepada Kelantan iaitu 3-0 sumber dari wawanfaiz.com. Best sangat bila pasukan kegemaran Mr Cool menang. Mr Cool juga tengah menunggu detik paling bahagia iaitu akan berkahwin dengan Cik Kepoh pada 26.11.2011. Cam tak caya pon ada hehe..Doakan semoga majlis Mr Cool nanti berjalan lancar. Amin. 

Sebenarnya point  Mr Cool mlm ni adalah Mr Cool rasa sedih sangat2 sebab masa tengah surf tenet td terjumpalah insan yang cakap memang tak ingat dunia je. siap maki mak, ayah, atuk dia dan semuala sampaikan dia rasa bangga bila atuk dia meninggal dunia.. Astarfirullah sungguh kurang ajar budak tu...Nurul Bainun  Al-Murshidi namanya sungguh cantik tapi x menggambarkan keperibadian beliau. Bawalah bersyukur dengan apa yang ada. Semoga beliau insaf hehe.
Adiosss
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, November 23, 2011

~MISS KEPOH IN DA' HOUSE~

Hallo2...Miss Kepoh is back...bwu plg dri belayar(perasannyer).haha punye la lame x update blog t'cinta nie ahaks. nie Miss Kepoh bwu bek demam...perghh seminggu demam bwu baik seyh...alhamdulillah sihat sudah akhirnya. Wah lgi 2 hari nk jdi wife org la.berdebarnye saya!!Cipta rekod dlm diri first time pki contact lens.Menggagau gak la nk msuk benda ala tue dlm mate.Haha!!i can't believe it.Okay la Miss Kepoh kne berundur diri nie nk settle pe yg patut. See u all guys after this. Daaaaaaaaaaaaa =)

Miss Kepoh Here
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Monday, November 21, 2011

~HANTARAN KAHWIN~

Salam... Sekarang kita semua sibuk dengan kerja memasing dan begitulah juga dengan Mr Cool, sibuk sangat dengan kerja sampaikan malam-malam takleh tidur tapi ada suara-suara nakal yang beritahu kat Mr Cool yang suasana macam ni biasala maklumla hujung tahun dan di tambah pula dengan Mr Cool yang akan melangsungkan perkahwinan nanti. Demam nak kahwinla katakan hehe. Mr Cool pun tak tahu macamana nak tafsirkan perasaan Mr Cool sekarang, bukan apa Mr Cool sekarang nak datang kerja pn macam takder semangat jer, Mr Cool dah cuba buat yang termampu tapi apakan daya  tak termampu Mr Cool pikul semua ni.. Rasa berat sangat-sangat beban di kepala ini. Macam nak pecah sangat-sangat.Arghhhhhhhhh.. 
"Ya Allah, permudah kan segalanya apa yang akan aku tempuhi nanti" Semalam Mr Cool dengan kengkawan sempat buat sedikit hantaran untuk time kahwin nanti. Bertungkus lumus dari pukul 12 tghari sampaila dekat pukul 5 ptg. 9 bekas semuanya sampaikan sakit bontot sangat-sangat dan nasib baik Cik Kepoh sempat siapkan makan tengahari kitorang sume, Nasi Putih, Kari Ikan, Budu, Ikan kering dan Air tebu pehhhh best sangat-sangat sampaikan habis makanan kitorang tibai mgkn sebab lapar sangat-sangat. Nanti Cik Kepoh akan jadi Puan Kepoh pulak hehe. Lepas je siapkan bekas hantaran tu adalah sorang insan Mr Kepoh ni terus kata tak sabar nak kawen. Hehe lawak pun ada tapi syok tengok perangai dia nak melaram barang hantaran tu. Pas siap buat hantaran tu Mr Cool ada terfikir kan senang buat sendiri hantaran tu dari kita tempah kat kedai, bukan ape sebab murah dan paling penting sekali puas hati walaupun tak cantik dibandingkan dengan apa yang kita tengok kat kedai kahwin. Memang puas hati buat hantaran semalam sampai meletup plug elektrik hehe. Kat bawah ni Mr Cool letak gambar semasa adegan menyiapkan hantaran semalam, jom layan adioosss.

Barang-barang yang sempat shopping sebelum mentransfer pada hantaran

Menunggu untuk menggunakan kepakaran yang tersembunyi

Saat- saat yang diantikan oleh kitorang.

Mak Andam yang terpilih


Hasil tangan kitorang semua

Hantaran ni lah yang membuatkan salah sorang 
dari geng kitorang trus nak kawen




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, November 18, 2011

~BALIK KAMPUNG PART 1~

Tengah dok best jew main laptop tetiba ternampakla gambar masa balik kampung tempoh hari. Rasa xsabar nak balik kampung pun ada bila tengok gambar tu. Rindu sesangat. Kampung Mr Cool pulak jauh nun di pedalaman kat kelantan.Kg Sungai Mengkuang gerangan nama kampung Mr Cool. Kampung tidaklah besar sangat. Penduduk pulak mungkin lingkungan 2000 lebih je yang lain semua kerja di luar kg seperti Key Ell, Jo Ho  dan banyak lagi cuma 2 negeri inilah ramaii sekali orang kg Mr Cool pergi mencari rezeki. Opss pe plak melalut ni hehe.. Sebenarnya Mr Cool nk cerita pengalaman masa perjalanan dari Kg ke Jo Ho semasa balik bercuti di kampung tempohari. Jap-jap nak kuar makan dengan Cik Kepoh nanti Mr Cool sambung balik cerita ni.. 
~Continue ~

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~MENGHITUNG HARI~

Selamat Pagi, Hari ni Mr Cool happy sebab smlm Garuda sudah menjadi santapan Sang Harimau Muda 
Tahniah buat skuad bola sepak sukan Sea malaysia. Selamat berjuang..Semoga pingat emas dalam tangan 
Dalam diam tak diam dah berapa hari lagi Mr cool akan bergelar suami. Macam tak caya pon ada maklumla Mr Cool muda lagi... Umur pon baru 13 tahun tambah dengan 16 tahun hehe. Rasa tanggungjawab tu besar sangat untuk Mr Cool pikul nanti. Ya Allah berikan kekuatan pada hambaMu ini semoga semua berjalan dengan lancar. Amin..

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, November 17, 2011

Harimau Malaya Vs Garuda Vs Mentality

Sedikit Laporan tentang perlawanan Bola sepak antara skuad muda Malaysia bertemu dengan Skuad Garuda yang berlangsung di Stadium keramat Sang Garuda sebentar tadi

 ~Garuda Di baham Harimau~

Bola...bola..bola.. Sekarang Mr Cool begitu bersemangat sekali dengan bola sepak. Nampaknya Harimau Muda Malaya mengigit Sang Garuda malam ni.. Walaupun kita menang 1-0 tapi sekurangnya dengan kemenangan ini dapat melenyapkan segala kata-kata yang dihamburkan kepada pihak kita. Walaupun tadi Harimau Malaya sepatutnya menang lagi banyak tapi disiplin yang ditunjukkan oleh skuad muda kita amat tinggi sekali. Tidak sesekali terpancing oleh psikologi yang di mainkan oleh pihak lawan. 
~Mereka Mengatakan Ini Yang Akan Berlaku~

Diharap agar Ong Kim Swee (OKS) dapat bersama dengan skuad muda kembali setelah diarahkan keluar dari tempat pemain simpanan tadi.Semua tu adalah psikologi pihak lawan untuk menjatuhkan moral pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan malaysia. tapi dengan semangat Harimau Malaya kita dapat mengatasi itu semua. Mr Cool hanya mahu dengar apa lagi alasan dari Garuda Team tentang kekalah ini. Adakah sebab laser lg?? haha. Mr Cool tak paham kenapa negeri jiran itu sangat benci dengan kita tak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun sampaikan sanggup memaki orang kita. Mr Cool hormat sebab Mr Cool bertemu dengan kawan-kawan dari seberang yang baik dan suka tolong menolong. Lecture Mr Cool sendiri pun dari Indonesia dan Mr Cool hormat sangat dengan mereka. Bagi pendapat Mr Cool semua provokasi ni wujud adalah disebabkan oleh aliran media mereka yang selalu memperbesarkan sesuatu isu.

~Inilah Kesudahannya~

Semoga sesetengah rakyat negara jiran tersebut dapat muhasabah diri dan pikirkan bahawa kita ni sebagai manusia mesti ada kelemahan dan yang pasti kita adalah serumpun. Apapun Mr Cool tabik spring pada skuad remaja kita yang telah berjaya melepasi halangan dengan baik sekali. Disiplin yang ditunjukkan amatlah baik sekali, Teruskan lagi perjuanganmu wahai Harimau Malaya. Pemain yang ke-12 sentiasa menyokongmu dari belakang..

Hidup MALAYSIA.....
Adiossss

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~Jahat Sangatkah Mr Cool?~

Perghh. berlambak siot keje Mr Cool sekarang maklumla dh sampai masa utk audit nanti, semoga semua berjalan dengan lancar. Dah tak larat dh nak buat kerja bertambah dengan nak wat persiapan kahwin lagi, Adushh fenin kepala Mr Cool. Sebenarnya Mr Cool tak tahu nak cakap pe kat sini maklumla dh banyak sangat dah dalam kepala ni sampai tak terkata-kata. hehe.. Td Cik Kepoh telefon katanya suh datang umah dia repair extension yang rosak. Katanya xtau kena pape tetiba je rosak (katanya la). Petang nanti Mr Cool dengan semangat keperwiraan akan datang untuk repair extension tu. Dalam hati nio sume nak je, nak makan nasi kerabu kar seri alam tp nk suh Oja belanja kot hehe. Harapla minah tu baca entry Mr Cool ni hehe. Hari tu semasa Mr Cool pergi ke Kemaman atas urusan kerja (skema seyh ayat) adala borak- borak pasal diri memasing. Sorang tu dengan kisah cinta agung dia dan sorang tu malu dengan gurlz, sorang tu plak ngan kisah playboynya hehe dan Mr Cool plak dengan kisah nak kawin plak hehe. Dalam borak-borak tu nampakla sorang awekz cun. Mr Cool tanpa segan silu tegurla awek tu 

Mr Cool: Pheewiiit leh kenal?( nada kacau)
Awek:( senyumm)
Mr Cool : Sombongnya dia..
Lelaki A: Peh Kalo dapat jadi awek aku kan best..
Lelaki B: Ala Mr Cool tekel la sempat lagi ni ada 2 minggu je lg masa bujang..
Mr Cool: (terkedu sambil senyum)
Lelaki A & B: Hahahahaa

Kadang-kadang terpikir di hati ini jahatkah Mr Cool? Kenapa aku?
Moralnya: Walaupun kita cuba membaiki sesuatu yang telah dirosakkan maka hasilnya tetap tidak sama dengan apa yang terdahulu. Begitu juga dengan hubungan kita sesama isteri/kekasih/kawan. Ingatlah sekali kita rosakkan kepercayaan yang telah orang berikan pada kita maka sampai bila-bila akan ada rasa curiga dalam hati orang yang telah kita khianati. Jadi JANGAN SESEKALI kita khianati kepecayaan tersebut.

Adiosss
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~Mengarut Sesangat~


Kadang- kadang dalam kehidupan ini tak semua yang kita inginkan akan kita dapat. Semua itu adalah kehendak yang tidak dapat kita puaskan dalam satu masa. Jadi samalah kita muhasabah diri kita dan menilai apa yang ada pada diri kita serta apa yang betul dan apa yang tidak betul dalam segala tindakan yang akan atau telah kita lakukan selama ini. Apeela yang Mr cool dok ngarut memalamz buta ni ha hehe. Sebenarnya Mr cool ada satu kisah yang hendk dikongsikan besama semua, xtaula korang baca ataupn wat derkk jew ngan entry ni maklumla blog ni dh tunggu masa untuk dikapan kan je, dari tahun 2009 sampai sekarang buleh kira berapa kerat jew entry yang Mr Cool wat. bukan malas tapi sebenarnya Mr Cool tak berapa rajin 
( bahasa sopan) nak update entry baru ni. Apapun di hujung tahun ni Mr Cool akan mempergiatkan segala entry dalam blog ini semata-mata mahu menghilangkan segala keboringan yang telah melanda otak pikiran. Lupe plak cte tu nt Mr Cool sambung  nanti eh hehe. Mata dh leh sendal dengan batang mancis dah ni hehe..
Adiosss

~Walaupun Bosan Janganlah Sampai Tahap Ni Kebosanannya~
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, November 15, 2011

New Life

Still Under Maintenance

Assalamualaikum..
Mr Cool ingatkan belogs  ni dah berkubur
maklumla mr cool n cik kepoh sibuk gle kebelakangan ni. Nasib baikla muncul sorang penyelamat yang mengelarkan dirinya sebagai Oja atau misscenonettt telah datang setelah berapa kali adegen pujuk rayu untuk membaikpulih belogs ni. Alhamdulillah dengan segala kepakaran yang dia ada telah me'nyawa'kan kembali belogs yang macam dah nk karam tahap dewa angkasa dah ni haha..
Pape hal nt akan ku sambung kesinambungan dengan melakukan anjakan paradigma keatas belogs ini haha.

Adioss,,


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

renovation here!

Harap maklum..kerja kerja baik pulih sedang dijalankan di blog ini..aku da naik biol layan blog ni rasa macam nak hempas pun ada blog..nak maki da tentu tentu blog ni tahan maki..bukan ada perasaan blog yang hanya sekadar di pinggiran ni.



aarggghhh!!tension aku layan mende ni....rasa macam nak jadi haakkkk hoggeen pun ada ni..dengan perasaan yang sabar masih ada dalam diri..aku meneruskan kerja kerja baik pulih ini.aku harap blog aku kembali sedia kala..

sekian.......byeeeee!!
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~