Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, January 1, 2012

Adam Adli Di Tahan


Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik tindakan pihak berkuasa keatas sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi.
Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin mendakwa, tindakan polis meleraikan mahasiswa secara ganas pada kejadian awal pagi ambang tahun baru itu bakal menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana ia tidak bertepatan dengan hasrat transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“PKPIM difahamkan mereka yang terlibat dalam kejadian itu dibelasah dan dipukul malah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan beberapa mahasiswa cedera parah dan luka di badan sementara beberapa pimpinan mahasiswa ditahan oleh pihak polis awal pagi tadi,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Polis Perak menafikan anggotanya terlibat dalam pergelutan dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu di depan pintu masuk  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.Ketua Polis Perak datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan mahasiswa yang enggan bersurai sehingga memaksa polis mengambil tindakan mungkin menunjukkan seolah-olah terdapat pergelutan.
Aku tak nak cakap apa-apa tentang isu ni dan aku cuma berharap semua pihak dapat duduk semeja dan selesaikan secara berhemah. Bagi aku tepuk dada tanya minda
~PEACE YO~



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

2 comments:

❤ LoVe Cik Fia ❤ said...

ape ape la dorg ni.. dah tak de benda nak buat sgt dah ke.. hurmm harap je belajar tinggi2

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

jgnla marah sangat cik fia kita hehe