Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, January 11, 2012

Emas Tipu


Salam semua, " Emas dijumpai di Kampung Melayu Majidi" Perghhh kalau dapat kat aku mesti kaya gila. hehe Dulu kat kampung aku ada gak kes mendulang emas sampaikan semua orang berkampung dalam kebun getah. Bila dah tak terkawal barulah pihak berkuasa menyita tempat tersebut. Tapi ada jugak yang hati kering tahap cipan masuk curi-curi kerana emas. Semalam kecoh pula emas dijumpai di Kampung Majidi Baru, Johor. 

Fenomena penemuan logam yang disangka emas itu berlaku selepas kerja menambak batu dan menaiktaraf longkang dilakukan lebih seminggu lalu. Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai 'emas tipu' akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.

"Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara."

"Kami tidak pernah mengetahui di kawasan ini ada emas kerana kebiasaannya, ia hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di sekitar Mersing yang terkenal dengan gelaran 'Jaluran Emas'," kata Shahar Effendi Abdullah Azizi iaitu Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains ketika dihubungi di sini semalam.
;
;
;
;

~Emas Punya Pasal~


Laa bukan emas rupanya. Dalam kehidupan seharian kita seringkali mahukan kehidupan yang lebih baik dalam masa yang singkat.

"Tepuk Dada Tanya Minda"


Creadit To Harian Kosmo






~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: