Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, June 28, 2009

OMNIA


Hp terbaru aku hehe..
jangan jeles tau hp ni memang aku minat giler tau sampaikan takleh nak tdo malam selagi aku belum mendapatkannya... Apapun aku memang happy sebab dapat memiliki hp ni sekarang bukan apa senang bila ada hp ni... siaa ada window mobile lg... Maknanya aku leh simpan seberapa banyak file format word, power point, excell dan pdf... Memang berbaloi dapat memiliki hp ni best gleee.. ri tu aku nak amik Apple 3G tapi pk punya pk aku amikla hp ni sbb cun n funcion yang gempak gle berbanding Apple 3G
aku punya ni 16gb memori build in tak termasuk memory card lagi.. memang space luas la..
kurang2nya senang nanti bila aku g keje nanti takla asyik nak kepit ngan laptop je huhu wat penat badan je asyik bawa laptop pas tu asyik kna lambung ombak lagi mestila pnat kan senang bila ada hp ni dan tak perlu tergopoh gapah nak amik beg laptop heheh... susahnya pula adalah hp ni full touch screen jadi paham2la konpem leceh menjaganya huhuhu..Thanks Samsung Omnia. Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, June 10, 2009

Paku

PAKU DI HATI........ . begini kisahnya,... ..Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. "Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita." Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda....Itʼs better to be silent & be thought a fool, than to speak & remove all doubt.. -Abraham Lincoln-Orang akan melupakan apa yang kamu katakan..... . Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan..... .. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti. assalamualaikum. .... Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~