Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, February 8, 2012

20 AMALAN MURAH REZEKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ape kahabar semua?Maaf sebab dekat 3 hari x update blog. Aku x berapa sihat badan and dalam masa yang same kekurangan idea untuk menulis di blog ini. Mr Cool pun sekarang nie sibuk dengan kerjanya. Jadi akulah yang ken mengambil alih tugas ,emgudate. Hehe. Harap-harap rezeki kami dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk zuriat kami ini.

Okay la hari nie entri aku nak share sikit pasal amalan untuk kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Jom check it out :

1- Menyempatkan diri kita untuk melakukan ibadah (tidak kira waji or sunat).
2- Memperbanyakkan istighfar(cnth: selepas solat fardhu,mase duduk2 sahaja dan sbginya.).
3- Meninggalkan perbuatan dosa(tidak kira besar or kecil).
4- Sentiasa mengingati Allah s.w.t(sambil melakukan rutin harian sambil berusaha mengingati Allah s.w.t).
5- Berbakti dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa(sentiasa ingat pergorbanan ibu bapa kita dari kita masih merangkak sampai dah berjaya dalam hidup).
6- Berbuat baik dan menolong orang yang lemah(kita menolong mengikut kadar kemampuan kita untuk menolong mereka).
7- Tunaikan hajat orang lain(kita cuba menunaikan hajat orang lain insyaAllah Allah akan menunaikan hajat kita.).
8- Banyakkan berselawat.(selepas solat atau pada bila-bila masa).
9- Buat amal kebajikan banyak-banyak.
10- Berpagi-pagi(memulakan pekerjaan atau aktiviti di awal pagi selepas selesainya solat fardhu subuh).
11- Menjalinkan silaturrahim.
12- Melazimi kekal berwuduk.
13- Bersedekah(kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan).
14- Melazimi solat malam(tahajud).
15- Melazimi solat Dhuha.
16- Bersyukur kepada Allah s.w.t.
17- Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran yang tertentu.
18- Berdoa(sentiasa berdoa tidak kira masa,waktu atau tempat insyaAllah Allah akan memperkenankan doa hamba-Nya)
19- Berikhtiar sehabisnya.
20- Bertawakal.

Itu antara amalan yang boleh kita lakukan untuk murah rezeki.Marilah kita bersama-sama melaksanakannya insyaAllah Allah akan memudahkan dan melapangkan rezeki kita. 

Wallahu a’lam.



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: