Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, December 23, 2011

~GUA KRISTAL NAICA TANDA KEKUASAAN ALLAH~

Di temui secara tidak sengaja oleh dua orang pelombong di bawah permukaan di Naica, Mexico. Gua kristal tersebut yang terbesar pernah ditemui di dunia merupakan keajaiban yang tersendiri sampaikan para saintis mendesak kerajaan Mexico untuk mewartakan dan mendapatkan Status Warisan Dunia Unesco bagi melindungi pembentukan unik hablur itu untuk tatapan generasi akan datang.Lombong besar di Naica itu digali selama beberapa tahun untuk tujuan perlombongan. 

Namun pada 1975, sejumlah besar kawasan itu dikeringkan bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan dijalankan.Apabila kering, kristal itu berhenti membesar, tetapi ia lebih 25 tahun sebelum dua pelombong menemui Gua Kristal yang luas itu. Turut ditemui ialah koleksi gipsum yang begitu banyak.Pembentukan tiang 290 meter di bawah permukaan berlaku apabila air yang sangat panas mula sejuk dan menjadi terperap dengan gipsum. Lama-kelamaan, kristal akan terbentuk di dalam air.

Satu daripada masalah besar yang masih dihadapi saintis yang berhasrat melakukan kajian di bawah permukaan di Naica ialah suhu.Kolam air panas yang terletak berhampiran Gua Kristal itu menyebabkan suhu di dalam gua itu sangat panas untuk membolehkan saintis kekal di dalamnya melebihi 10 minit pada sesuatu masa.

Gua tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu:

#Kristal yang terdapat dalam gua tersebut lebih lembut dari kuku manusia
#Kristal tersebut mengandungi gipsum yang membentuk tiang gua.
#Suhu yang terdapat dalam gua tersebut sangat tinggi.





Macam tak percaya je----->


Cantik------->





Ada lagi --------->

Lagi-------->

Kisah tentang gua ini pernah keluar dalam rancangan Discovery Channel. Kalau nak lagi real jengukla kat sana hehe.. Check kat sini:


Memang takjubla dengan segala ciptaanNya. Terasa diri ini kerdil disisiNya. Ya Allah Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui.





~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

6 comments:

DG Sonata said...

Ne Kristal ap Ais?

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

Kristal cik.. hari tu ada kuar dalam astro..

Nisa Greennnpanda said...

wah...lawanye gua kristal nie...

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

nISA: Tau xpe.. hehe

misyamissyou said...

wahh jenis yg ni ke yg dibuat loket atau gelang tangan tu?

Jimmy said...

dah follow awak

http://jimmybackpacker.blogspot.com/