Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, January 27, 2009

Tanda Kiamat Kecil

RENUNGAN KITA BERSAMA

Tanda Kiamat


Tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu:
Tanda-tanda kecil ( shugra )
Tanda-tanda besar ( kubra )

Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.


1.0 TANDA-TANDA KECIL (SHUGHRA)
Tanda-tanda kecil yang menunjukkan dekatnya hari kiamat dapat disimpulkan sebagai berikut:

1.0.1 Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” - Sahih Bukhari
Perlulah kita ketahui bahawa Baitul Maqdis pernah dikuasai secara bergati-ganti antara kaum muslimin dengan kaum Salib sejak zaman kegemilangan Islam lagi.Kaum salib pernah menduduki kembali Baitul Maqdis pada 492 H/ 1098 M, kemudian kembali ditakluk kembali oleh panglima Islam Salahuddin Al-Ayubi pada bulan Rejab pada tahun 583 H / 1187 M. Kemudian ia dikuasai lagi oleh kaum Salib dari Raja Al-Kamil pada tahun 627 H / 1228 M. Selepas itu Baitul Maqdis kembali dikuasai olah kaum muslimin pada tahun 637 H / 1239 M oleh An-Nasir Al-Ayubi. Baitul Maqdis sekali lagi dijajah oleh kaum salib pada tahun 641 H / 1243 M dan kemudian ia dikuasai lagi oleh Al-Malikussaleh Ayub setelah berlalu selama setahun . dan yang terakhir sekali adalah ia dikuasai oleh kaum Zionis Salibisme setelah penyerbuan pada tahun 1967 M. Oleh itu penaklukan Baitul Maqdis bukanlah hanya masalah bangsa Palestin dan bukan pula masalah nasionalisme Arab semata-mata, tetapi ia adalah masalah. Diniah ( keagamaan ) bagi kaum muslimin, yahudi dan Nasrani. Sekarang MASIH BERLAKU PENCEROBOHAN KEATAS BAITULMAQDIS


1.0.2 Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - Sahih Muslim
Apabila hal ini telah terjadi pada zaman Ibnu Al-Arabi ( abad keenam hijrah ) maka keadaan semakin buruk dan bermaharajalela di zaman kita sekarang ini. Sebagai contoh adalah undang-undang Negara Perancis yang dianuti oleh negeri-negeri Islam adalah tidak mengenakan hukuman apapun kepada orang yang melakukan zina apabila hal itu dilakukan secara suka sama suka. Ini adalah hujah yang nyata tentang penghalalan zina yang terancang dizaman kita ini.

1.0.3 Menghias masjid dan membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” - Riwayat Nasai.
Hal ini telah terjadi sejak dari zaman dahulu sampai sekarang iaitu bahawa manusia selalu bermegahan dalam mendirikan masjid. Masjid yang dipenuhi denganberbagai dekorasi dan mereka meluaskan dan meninggikan bangunannya, sedangkan mereka berbangga dengan kemegahan tersebut . perbuatan yang seperti ini tidak terkecuali Masjid Nabi s.a.w di Madinah sedangkan Rasullullah telah bersabda yang bermaksud “Saya tidak diperintahkan untuk menjulangkan masjid-masjid” Sahih Abu Daud. Pada zaman ini manusia hanya memerhatikan pembangunan bangunan-bangunan masjid dan perhiasanya tetapi mereka tidak meramaikannya kecuali sedikit. Ibnu Abbas telah berkata “Sungguh kamu akan menghiasinya sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani menghiasinya. TELAH BERLAKU


1.0.4 Bulan sabit kelihatan besar


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani
Hilal bulan Syawal 1417 H terlihat disebahagian besar Negara Islam tetapi ia tidak muncul di Mesir sedangkan Mesir berada dalam posisi yang hampir sama dengan Negara-negara tersebut ketika hilal itu muncul ( sama-sama berada dalam satu malam ) adakah kita salah menghitung dalam penghisaban di Mesir ataukah negeri yang melihat hilal selain Mesir tersebut yang salah dalam penghisaban mereka. TELAH BERLAKU

1.0.5 Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

Pada hadis yang lalu Nabi telah besabda yang bermaksud.
.”dan suara-suara meninggi di masjid-masjid…”
Sikap seperti ini juga disebabkan oleh kurangnya agama, sedangkan apabila salah seorang dari mereka memasuki rumah seoran pemimpin atau menteri maka ia akan menurinkan suaranya, menjaga penglihatanya, menundukkan kepalanya dengan hormat dan ia akan menahan nafasnya dengan penuh adab sehingga tidak mendengar kecuali bisikan….nah, bagaimana pulakah kita harus bersikap engan rumah Allah? Tentu ia lebih baik dan lebih berhak untuk dihormati dan besarkan. Dalam masalah apapun kita tidak boleh mengangkat suara kita dalam masjid akan tetapi pada zaman ini kita melihat seseorang yang bangga dengan suaranya yang serak dan tinggi di dalam rumah Allah dan apabila anda menasihatinya maka ia tidak akan mengendahkan anda dan bahkan ia melawan.TELAH BERLAKU DAN TERUS BERLAKU

1.0.6 Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. - Riwayat Tarmizi
Banyak individu yang di hormati kerana takut dengan kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka pada zaman sekarang. Mereka dihormati kerana kita takut dengan kuasa dan pengaruh yang ada pada mereka sedangkan pengaruh itu wujud atas dasar kesetiaan kita terhadap mereka seperti yang berlaku dengan Yakuza yang mempunyai pengaruh sehingga dapat menguasai negaranya iaitu Jepun. Nauzubillah sungguh daif diri kita. BANYAK DAPAT KITA LIHAT SEKARANG

1.0.7 Anggota polis semaki ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

Polis disebut dengan assyurt (tanda) adalah kerana mereka empunyai tanda-tanda khusus iaitu pakaian mereka yang menunjukkan bahawa mereka adalah polis. Polis sudah ada sejak zaman kita ini. Polis yang dan melindungi segala system pemerintahan dalam negeri pada banyak Negara-negara Islam pada zaman ini,kemampuan ketenteraan mereka tidak kurang dari kemampuan tentera yang di persiapkan untuk menjaga Negara dari serangan musuh luar Negara. Bertambahnya jumlah polis adalah beerti bahawa banyaknya kerosakan dari pihak rakyat ataupun kerosakkan para pemimpin yang tidak jujur. POLIS MASIH TAK CUKUP DINEGARA KITA SENDIRI

1.0.8 Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

Pada hadis yang lalu Rasullullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
“Bersegeralah kamu untuk melakukan amal soleh sebelum dating enam perkara…….. penjual belian hukum…”
Penjual belian hokum adalah beerti: di terinya suatu jabatan atau kepimpinan dengan rasuah atau sogokan atau dengan adanya kekerabatan atau mepotsime. Begitu uga dengan para hakim yang menjual hukum atau undang-undang dengan rasuah. Kedua hal tersebut adalah perbutan terhina dan tercela dan apa yang menyedihkan ialah bahawa keduanya berlaku pada umat islam pada hari ini. DAH BANYAK BERLAKU

1.0.9 Wanita ikut bekerja seperti lelaki.

Dari riwayat Ibnu Masud: “Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang” - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
Wanita telah keluar dan berjalan untuk bekerja bersama dengan para lelaki, ia menghadapi mereka dan kadangkala menentang mereka, ia berbicara dengan mereka dan kadangkala bertengkar dengan mereka,ia melihat mereka dan mereka melihat kepadanya…. Ia tidak malu dan mereka pun tidak malu.. Mengikut kajian yang dijalankan oleh sebuah badan berkecuali di Malaysia pada tahun 2007 sahaja seramai 8.4 juta wanita menceburkan diri dalam bidang pekerjaan. RAMAI DAHPUN PEREMPUAN KERJA

1.0.10 Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun” - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
Jadi diantara tanda-tanda kiamat adalah orang jahat akan muncul dan orang-orang pilihan akan di hina. Orang-orag fasik akan di mulaikan dan orang-orang berkeperibadian akan di hinakan. Jadi rakyat jelata yang bodoh akan di besarkan sedangkan orang-oran mulia akhlaknya di hinakan. Maka kita dapat meyaksikan para penari, penyanyi leleki dan perempuan yang sudah mati mahupun yang masih hidup adalah para seniman yang keatif dan para pahlawan bangsa. Manakala orang-orang soleh dan taat akan di singkirkan tanpa prejudis dan mereka di golongkan sebagai pengganas dan orang-orang kurang akal sebagaimana yang berlaku kepada tokoh-tokoh dari negara islam manakala tokoh dari negara barat yang sememangnya diakui sebagai penyagak telah di muliakan seperti George w Bush, Ariel Sharaon dan banyak lagi. PADAHAL DIORANG LA YANG JAHAT SEBENARNYA

1.0.11 Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

“Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: ‘Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.’” - Riwayat Bukhari & Muslim
Hal ini terjadi ketika minculnya fitnah-fitnah, bencana, mahalnya harga semua barang-barang, kesusahan hidup dan krisis-krisis, maka ketika itu seorang pencinta dunia akan berangan-angan untuk mati agar ia dapat melarikan diri dari kesusahan duniawi. Sedangkan seorang mukmin akan bercita-cita untuk mati kerana takut kepada kehilangan agama dan imannya ketika ia melihat tersebarnya kebatilan dan para pelakunya serta meluasya kemaksiatan dan kemungkaran, sedangkan ia sudah tahu bahawa di akhir zaman seorang lelaki beriman di pagi hari dan kafir di sebelah petang dan akan kafir di pagi hari dan beriman sebelah petang. Wahai Allah yang pembalik hati,tetapkanlah hati kami dengan agama-MU. RENDAHNYA MINDA ORANG ZAMAN SEKARANG

1.0.12 Banyaknya berlaku gempa bumi

Telah bersabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud
“Menjelang hari kiamat akan terjadikematian missal dan tahun-tahun gempa bumi” –Sahih Masnad Ahmad.
Gempa bumi di Kobe pada tahun 1995 adalah merupakan salah satu contoh kepada mereka yang suka berfikir bahawa teknologi memungkinkanmanusia mempergunakan kejadian semulajadi. Gempa bumi ini akan diingati kerana ia dating secara tiba-tiba keatas pusat industri dan pengangkutan terbesar Jepun. Walaupun ia berlaku dalam tempoh 20 saat seperti yang dilaporkan dalam majalah Time, ia telah menyebabkan kerosakan bernilai kira-kira 100 billion dollar. Pada Mei 1997 telah terjadinya gempa bumi di daerah Khurasan yang menghancurkan Iran. Gempa itu mengorban ribuan nyawa dan puluhan ribu disekitar 40 kampung dan juga desa. Dan yang menghairankan kita bahawa pusat gempa bumi ini yang terletak di Khurasan yang mana ia adalah tempat yang di khabarkan Rasullullah s.a.w sebagai tempat terpenjaranya Al-Masih Ad-Dajjal. Subhanallah. SEKARANG PUN DAH BANYAK BERLAKU

1.0.13 Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan


Dari Nabi Muhammad S.A.W,beliau bersabda :
“Huru-hara bertambah banyak banyak.” Mereka bertanya: “Ya Rasulullah! Yang mana?” JAwab Nabi Muhammad S.A.W: “Pembunuhan,pembunuhan!”(hadis riwayat al-bukhari)
Maksud Harj seperti yang disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w di atas ialah “kekacauan yang amat sangat” atau “huru-hara”yang tidak dihadkan kepada satu-satu kawasan tetapi akan tersebar luas ke merata dunia.
Jika kita lihat empat belas abad yang lalu, kita lihat bahawa peperangan berlaku dalam kawasan setampat sebelum abad ke dua puluh. Bagaimanapun peperangan yang melanda semua di dunia, sistem politik, seluruh strukur ekonomi dan sosial telah terjadi secara bandingannya baru-baru ini, dalam dua perang dunia. Pada Perang Dunia I, lebih 20 juta mati dan dalam perang dunia ke 2, kematianya lebih dari 50 juta. Pada masa yang sama perang dunia ke 2 dikatakan sebagai peristiwa paling berdarah dan peperangan yang paling teruk merosakkan dalam sejarah. YANG NI LAGI BANYAK

1.0.14 Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

“Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
Di zaman sekarang pada abad ke 21, banyak sekali berlakunya pergaduhan samada yang disebabkan oleh perkara yang tidak masuk akal sehingga menyebabkan berlakunya pembunuhan sesama manusia seperti yang berlaku di negara yang mundur disebabkan oleh masalah kemelesetan ekonomi.
1.0.15 Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
Telah bersabda Rasullullah s.a.w: yang bermaksud “ Ketahuilah ada enam peristiwa menjelang kiamat, iaitu, kematianku kemudin penaklukkan baitullmaqdis kemudian terjadinya kematian massa yang disebabkan olah wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing:
Penyakit Qu’as adalah penyakit yang biasanya menimpa haiwan-haiwan ternakan dimana akan kelar cairan dari hidungnya maka dia akan mati dengan cepat. Kematian masai yang disebabkan oleh wabak penyakit sering terjadi di dunia ini. Wabak pertama terjadi setelah kerasulan Nabi S.A.W iaitu pada masa kekhalifahan Umar Bin Al-khatab di Syam setelah penaklukan di Kota Baitulmaqdis yang disebut sebagai “Ta’un Amwas”. Dizaman ini pula berbagai penyakit wujud dan tidak diketahui punca dan cara mengatasinya seperti penyakit Aids yang menyebabkan seseorang itu mati secara mendadak.
TIAP_TIAP HARI KELUAR DALAM BERITA

1.0.16 Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak” - Hasan At-Tayalisy
Kerosakkan manusia pada akhir zaman dalam meremehkan kehormatan syiar-syiar Alllah sudah sangat besar, sehingga sebahagian mereka tidak merasa segan untuk mengisap rokok di dalam masjid dan bahkan lebih dari itu. Kita juga dapat menyaksikan bahawa seseorang dari mereka masuk kedalam masjid hanya berniat pergi ke tandas atau untuk tidur kemudian apabila sudah selesai maka ia keluar tanpa melakukan solat satu rakaat pun kerana Allah. Sedangkan Rasullullah S.A.W telah memerintahkan kepada sesiapa sahaja yang memasuki rumah-rumah Allah untuk melakukan solat sunnat 2 rakaat sebagai kehormatan terhadap rumah Allah. JALAN POTONGLA KATAKAN

1.0.17 Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya


Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“…..dan seorang lelaki akan mentaati isterinya sedangkan ia menderhakai ibunya…”
Telah banyak perkara seperti ini berlaku di zaman serba moden ini dimana seorang suami terlalu sayangkan isterinya sampaikan sanggup menderhakai ibunya yang selama ini menjaga dan membesarkannya.Terbaliknya fitrah seperti ini merupakan fenomena perubahan keadaan di akhir zaman dan tanda ini juga telah terjadi seperti yang dilaporkan oleh Surat Khabar Rasmi Kairo pada bulan Mei 1997, seorang anak lelaki yang mengadukan ibunya di pengadilan dengan dakwaan bahawa ibunya telah memukul isterinya. Semasa di mahkamah untuk mendengar kes dia, seakan-akan Allah berkehendakan memberikan suatu pengajaran yang tidak akan dilupakan oleh kita semua ketika lelaki itu berdiri di depan hakim sambil menunggu hukuman yang akan dijatuhkan kepada ibunya maka tiba-tiba ia terjatuh kelantai dan mati….mati secara mendadak,,,, subhanalllah.. SUDAH BANYAK BERLAKU


Ini semua baru tanda-tanda kecil sahaja jadi sama-samalah kita ingatkan tentang hari kiamat. Wallahuallam...

Tunggu pulak nanti tentang tanda kiamat besar.
salam

RUJ:
Nama buku : Pembuktian Bahawa Semua Tanda-Tanda Kecil Kiamat Sdah Terjdi
Nama pengarang : Amin Muhammad Jamaluddin
Terbitan : Pustaka Syuhada

~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: