Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, January 20, 2012

Dibuang Kerja Setelah Mengandung


Assalamualaikum
Salam jumaat yang indah untuk semua. Alhamdulillah baru berkesempatan untuk menulis kat blog ni setelah seharian sibuk semalam. Kalau tengok tajuk entry kat atas mesti korang semua cakap macam tak caya je tapi itulah realiti yang berlaku di sesetengah syarikat di Malaysia. 

Apa salah orang yang "berperut" besar ini?

Kenapa sampai macam tu sekali mentaliti orang kat sini, tak cukup dengan busy body siap nak menyusahkan orang lain pulak. Apa salah orang yang mengandung sampaikan dibuang kerja, adakah kerana dah nampak tak cantik? atau kasihan sebab mengandung? atau orang mengandung tak boleh buat kerja?
STUPIID tu semua apapun alasan tak boleh di terima akal.

Sepatutnya orang mengandung tu diberi lebih perhatian supaya rasa lebih selamat di tempat kerja bukannya dengan cara memecat pekerja tersebut.

"Saya rasa awak tak boleh lakukan yang terbaik untuk syarikat ini dalam keadaan awak macam sekarang(mengandung)"
"Dengan keadaan awak sekarang tidak membenarkan syarikat mencapai target yang di impikan"
"Jadi, saya bagi awak pilihan samada mahu resign atau pihak syarikat akan bagi surat pemberhentian kerja"

Itu adalah kata-kata dari seorang bos semasa memecat pekerja tersebut. Stupidd semua tu, mentang-mentanglah kami ni bangsa minoriti kat syarikat tu senang-senang je nak buang kami tanpa alasan yang kukuh.Entahlah macam,-macam dunia sekarang. Takpelah harapan aku semoga yang jadi mangsa tu dapat bersabar mungkin ada hikmah di sebaliknya. Banyakkan berdoa padaNya. InsyaAllah rezeki bukan disitu sahaja. Banyak lagi rezeki di bumi Allah ini.

p/s: Mangsa adalah Mrs Kepoh. 

Tepuk Dada Tanya Minda




~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

4 comments:

Anonymous said...

ohhh....ingtkan mmg nak bhenti..susah la cmni..cmne pun akak kne kje lpas bsalin..adeh!takpe2...rezeki kt mne2 ade..

Anonymous said...

hmm..pe nak dikata oja...nasib akak...minta leave tuk g check up alih2 diminta berhenti kerja x ke haru??x boleh oja lepas bersalin akak kena kerja dri skunk sebab banyak komitmen g ade dgn keta lagi persiapan tuk baby lagi xkan nak biar faisal terkontang-kanting sorang2...macam mane pun akak kne dpt keja lm waktu yg terdekat nie

Anonymous said...

Nak komen kat fb,tp rasa mcm tak proper plak. Semua yg berlaku Ada hikmahnya. Lain anak yg dikandung,lain rezekinya. Company ada alasan sendiri. Cuma Kita pk dr sudut positif ye wa. Mungkin kalau wa keje kt situ,stress keje,blk penat, tkot effect kt baby. Tu je. So Allah dah bukakan jalan utk wawa.mungkin nk wawa betol2 concentrate kt baby & sepanjang mengandung ni kene beramal ibadat lebih drp biasa. InsyaAllah Ada rezeki anak tu nanti ok..-shah hidayah-

Unknown said...

Memang teruk sangat company tu.Harap2 diorg bankrupt. Isu perkauman tak habes2. Harap Mrs Kepoh bersabar ye..