Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, January 11, 2012

Cemburu ??? Sayang Atau Tak Percaya


Salam semua..

Cemburu menurut menurut carian dalam internet bermaksud : 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; bercemburu berasa cemburu; mencemburui 1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka; mencemburukan 1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka); cemburuan 1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati; kecemburuan 1. perihal cemburu; 2. kecuri­gaan, syak; pencemburu (orang yg) bersifat cemburu.

Hari tu aku tak berapa haribulan dan aku ada tengok satu cerita kat TV9 tentang sikap cemburu yang teramat sangat seorang isteri terhadap suaminya. Banyak sangat ketidakpercayaan isteri terhadap suaminya itu sampaikan suaminya berasa bosan dan sakit hati. Oleh kerana tidak percaya pada suaminya, isteri tersebut menyuruh suami mengambil kawan baiknya(kawan isteri) sebagai pembantu peribadi. Ok dipendekkan cerita last cerita tu si suami berkahwin dengan sahabat isterinya. Jadi salah siapa? Kadang-kadang cemburu itu bermaksud apa? Itulah yang aku tak paham. 

Bagi aku , cemburu tu adalah simbolik kepada dua perasaan antara terlalu sayangkan seseorang sampai satu tahap dimana seseorang itu tidak boleh hidup tanpa orang yang tersayang dan rasa risau jika pasangan jatuh hati pada orag lain. Dan satu perasaan lagi iaitu rasa tidak yakin kepada diri sendiri dan pasangan. 

Tapi bila kita tanya balik "kenapa engkau cemburu sangat?" "Aku sayang dia sebab tu la aku cemburu". Cemburu bertempat kata orang tua-tua.
Cemburu ni bagi aku boleh dibahagikan kepada banyak situasi antaranya cemburu atas kejayaan orang lain (Bagus) dan jadikan semua itu adalah sebagai perangsang untuk jadi macam orang yang berjaya bukan dengan menjatuhkan orang lain. Itu dengki namanya. Bagi readers sekalian apa makna cemburu?





~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

4 comments:

Shah Rizar said...

sayang2 allah sayang2 ibu sayang2 rasul.. comfirm diorg syg kita lebih lagi kita syg kat diorg.. hehe

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

yezza bro itulah yang sebaiknya..
tapi kdg2 kita alpa.

Cik Itah said...

cemburu tandany sayang..hehe

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

yeke tanda sayang??? hehe