Aku kuat. Yeah!! Itu yang patut aku terapkan dalam minda dan pemikiran aku. Aku kuat untuk menghadapi dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t. Aku kena berfikiran secara positif dari setiap sudut. Aku tak boleh menoleh ke belakang dan berputus asa. Aku kena pandang ke hadapan kerna sinar kebahagiaan terentang luas di depan mata cuma aku sahaja yang mengaburinya. Jangan...jangan berfikiran negatif lagi.
Fikirkan kasih sayang suami ku yang tak berbelah bagi,fikirkan kebahagiaan yang akan diberikan kepada bayi yang akan dilahirkan kelak. Itulah rezeki ku yang paling besar Allah berikan. Fikirkan abah dan ma yang menjaga ku dari sejak dilahirkan sehingga bergelar isteri. Ayuh!!Bingkaskan diri mu mencari kekuatan diri,ketabahan hati dan sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t agar segala yang diimpikan dapat dicapai dan dikongsi bersama-sama.
No comments:
Post a Comment