Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bila nafsu menguasai diri macam-macam benda oleh jadi. Sanggup melempiaskan nafsu di dalam bilik mandi masjid. Walhal kita dah sedia maklum masjid tempat yang suci. Tempat untuk kita mengerjakan ibadah tetapi bila nafsu dah mula menguasai semua tue dah x amik kisah. Nauzubillah.
Ada lagi. Bila nafsu menguasai diri sanggup menyelinap masuk ke dalam bilik adik ipar sendiri walhal isteri yang sah ada setia menunggu di dalam bilik. Bila isteri perasan dan tegur apa yang dilakukan tue salah dibelasahnya isteri sampai cedera. Xde akal dah agaknya. Mentang-mentang la dibawah pengaruh dadah jadinya nak tunjukkan diri tue hebat la. Jangan lupa ada yang lagi hebat dan berkuasa dari kita iaitu Allah s.w.t.
Nie pulak pasal seorang yang warak yang bergelar ustaz. Sanggup menceraikan isteri disebabkan cinta buta dengan adik ipar sendiri. Hati isteri mana x sedih pilu bila diajak mengerjakan ibadah haji tetapi ditolak. Rupa-rupanya ada "udang disebalik batu". Suami bermain kayu tiga dengan adik ipar sendiri sampai sanggup mengharamkan hasil benihnya bersama isteri. Nauzubillah...
Nie pulak pasal seorang pensyarah. Sepatutnya sebagai seorang pendidik dia harus bertanggungjawab mendidik anak bangsa hingga berjaya. Tetapi ape yang dilakukannya amat memalukan apabila meminta pelajarnya melakukan hubungan seks bersamanya. Tak dapat lakukan hubungan seks disuruhnya buat aksi ringan-ringan. Ingat pelajar awak tue boneka ke? X dapat tue juga die amik kesempatan mencabul pelajarnya. Nasib baik pelajar tue dapat melarikan diri dan buat laporan polis. Hah kan sia-sia perbuatan awak tue. Jika didapati bersalah hukuman penjara la jawabnya. Jadi siapa yang susah nanti. Keluarga awak juga la encik pensyarah oiii!!!
Akhir sekali pasal seorang gadis. Berjaya mendapat pekerjaan tetap di sebuah syarikat penerbangan. Tetapi cara untuk gadis ini meraikan kejayaan berakhir dengan tragedi apabila dirogol oleh individu yang tidak dikenali. Puncanya gadis nie pergi ke kelab malam bersama dengan rakan-rakannya atas alasan untuk mengajarnya cara bersosial. Aduyai apalah nak jadi. Ada banyak cara untuk kita meraikan kejayaan kita. Buat kenduri doa selamat ke, sedekah dekat masjid,surau or rumah anak-anak yatim. Alih-alih dipilihnya untuk pergi ke kelab malam dan ila dah jadi macam nie nak salahkan siapa. Fikir-fikirkanlah
"Ya Allah aku mohon agar Engkau hindarkanlah diriku dan keluargaku daripada segala anasir jahat dan kuatkanklah imanku sepanjang hidupku agar aku sentiasa berusaha mencari hidayah dan petunjuk-Mu ke jalan yang diredhai."
p/s:peringatan ini untuk diri aku juga kerana aku sendiri bukanlah seorang yang sempurna imannya dan belum cukup ilmu agama tetapi aku memohon agar diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dengan memperbanyakkan amal ibadah,memohon diampunkan dosa-dosa yang ada dan mencari keredhaan Allah s.w.t..Sama-samalah kita berusaha. InsyaAllah dipermudahkan oleh-Nya.
"Tepuk Dada, Tanya Minda"
2 comments:
amin...sama2 lah kita ambil iktibar dr ape yg berlaku...
dunia sekarang x aman dh huhu.
anyak perkara buruk ang kita x jangka berlaku.
Post a Comment