Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, March 18, 2012

BUBUR KACANG VS KEROPOK KEPING VS KEROPOK SAYUR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haha.entry kali nie pasal makanan plak. Untuk sarapan pagi nie ja kiteorg makan 3 jenis makanan.Punya la banyakkan.Hehe. Mana taknya semalam Mr Cool boleh mengidam nak makan bubur kacang. Rasanya dah lame dia nak makan. So alang-alang dah kami ke kedai membeli pagar tuk halang 2 ekor budak kecil tue keluar(Pak Tam & Pak Ning) singgah kejap dekat kedai runcit beli kacang hijau. Sampai di rumah kiteorg pun menjalankan misi masak bubur kacang. Nak dijadikan cerita dua2 orang nie x penah masak bubur kacang secara rasmi. Tapi aku tahu cara nak membuatnya. So Mr Cool pun follow la apa yang aku cakap sambil melihat resepi dari internet. 

Yang pasal keropok keping plak, pagi-pagi Mr Cool dah tanya keropok ade lagikan yang dah buka. Aku jawab ada. Dia pun suruh la goreng alang-alang dia membasuh kereta,nanti dah tersedia la keropoknya. Aku pun menggoreng la. Tengah-tengah sedap duk menggoreng,keropoknya dah habis menggoreng tapi hati masih nak menggoreng keropok. Buka-buka almari tengok ada keropok sayur. Jadilah getus kata hati. Haha. aku pun goreng la tapi x de la banyak sangat sebab takut nanti x habis dan lemau plak.

Kejap lagi nak prepare untuk masak tengah hari plak. Nak masak kari ketam. Nyumiee. Mr Cool jom kita berperang di dapur. =)



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: