Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, March 20, 2012

Cara Save Budget



Gambar sekadar hiasan hikhik

"Aii selalu je bawa bekal sejak kawin ni, save budget ke bro?" Kata seorang rakan kat aku bila aku buka bekal nak makan time rehat hehe. "Aah" Kata aku ringkas..

Watpe nak tipu kan. Sebelum ni aku tak pernah bawa bekal walaupun semasa sekolah dan kerja. Bukan ape mungkin sebab masa sekolah rendah dan sekolah menengah aku duk kat asrama desa walaupun jarak sekolah dengan rumah dekat je. Maklumlah sekolah kawasan pedalaman. Tup!!tup!! sejak kenal dengan Mrs Kepoh aku jadi addict plak pada bekal hehe. 

Banyak sebab aku suka bawa bekal sekarang antaranya:
1-Save budget(mestila)
2-Nasi banyak(tu yang makin kembang tu)
3-Banyak pilihan(buleh masuk budu sekali)
4-Suka tengok Mrs Kepoh bangun pagi siapkan bekal(muka serabai bangun tidur)

Kalau dulu time bujang bolehla nak makan kat luar, takde duit makan meggi je. Kalo sekarang bila dah kawen takkan nak bagi anak bini makan meggi? tul tak? Bagi aku sekarang aku suka bawa bekal ke tempat kerja.

Selalunya hari minggu kat rumah baru aku makan sesama dengan Mrs Kepoh. Kalo hari minggu aku yang jadi mangsa masak untuk kitorang. Macam minggu lepas aku masak Ketam Masak Berlada. Makan sampai licin tu hehe. Alhamdulillah tak pernah membazir.

 Budu Mesti Ada




"Tepuk Dada Tanya Minda"



~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: