Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, April 29, 2012

Makan Untuk Dua Orang

Salam dan selamat berhujung minggu semua. Sebelum aku meneruskan tulisan aku kat blog yang dah hampir bersarang sebab dah lama tak update aku ucapkan takziah pada family arwah Nurul Fatiha yang merupakan sedara kami yang berada di Felda Air Tawar 2. Arwah terlibat dalam kemalangan pada hari jumaat dan berada dalam keadaan kritikal sejurus kemalangan kerana komplikasi darah beku dalam otak arwah. Setelah melakukan pembedahan pada awal pagi tadi arwah menghembuskan nafas terakhir di Wad Pembedahan Hospital Sultanah Aminah Johor. Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Air Tawar 2 pada petang ini. Alfatihah untuk arwah serta salam takziah untuk keluarga arwah.. 

Ok..Aku dah lama sangat tak update blog aku ni sebab kekangan kerja yang semakin bertambah. Maklumla nak cari duit untuk anak sulung kami. Kena rajin kerja ni ha. Kalo tak !! tak berasapla dapur umah kami hehe. Kadang-kadang aku senyum sorang-sorang bukan apa cuma terkenangkan Mrs Kepoh. Selera makan dia sekarang mengalahkan aku hehe.. 


Bila aku tanya kenapa makan banyak? Mrs Kepoh selama je cakap ala makan untuk 2 orang. hehe.. fikir punya fikir ooo betulla sebab baby dalam perut tu nak makan gak huhu. Lagi satu perangai Mrs Kepoh time mengandung...Bila dia lapar dia akan cakap "Abi baby lapar" padahal dia yang lapar hehe.. Tak sabar nak tunggu kelahiran anak sulung kami.. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah..


"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"


Vote Me Everyday 23 April - 13 May 2012


~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

2 comments:

Hana said...

menag ada ek kalu mengandung kena makan banyak.alasan makan utk 2 orang?

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

sepatutnya takde sebab kadang2 alasan tu memudaratkan kita hehe