Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda berhampiran Aceh dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasific untuk Lautan Hindi.Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh.
Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia.Menurut Bernama, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi itu.Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.
Allahhuakhbar..Sekitar jam 4.45 petang tadi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima lebih 30 panggilan berkaitan gegaran gempa bumi di Aceh. Ombak setinggi enam meter dikesan melanda Pulau Simeulue manakala amaran tsunami dikeluarkan di wilayah selatan Thailand dan Phang Na, Phuket.
~Sampai Macam ni sekali~
"YaAllah selamatkanlah hambamu ini dari segala malapetaka. Sesungguhnya hambamu ini serba kekurangan dan selalu melakukan kesalahan."
~Penduduk Acheh Berpusu-Pusu Keluar Untuk Menyelamatkan Diri~
"Tepuk Dada Tanya Minda, Jom UNDI KAK MIA"
23 April - 13 May 2012
No comments:
Post a Comment