Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, April 14, 2012

SERONOKNYA..MENDENGAR BUAT KALI PERTAMA

Hah!!Mesti korang nak tahu apa dia kan? Hari khamis hari tue aku pergi check-up doktor macam biasalah tuk sebulan sekali. Hehe tapi kali nie aku diminta kurangkan pengambilan nasi sebab doktor takut akan naik gula dalam darah. Mana taknya sebelum-sebelum nie paras gula aku x penah sampai 8.0mmoL even lepas makan cume kali nie boleh pula terbabas sampai 8.0mmoL sampai doktor cakap "alahai muda-muda dah kena kencing manis mase mengandung". Nak wat camne salah aku gak lambat makan pastu terus g klinik tuk amik darah check gula. Puan Wawa ooo Puan Wawa. Tapi untuk kali nie jumpa doktor aku rase sungguh gembira sebabnya doktor nak buat scan tuk mendengar degupan jantung bayi. Wah!! excited sungguh aku rase sebabnya nie kali pertama aku mendengar jantung baby aku.

Macam biasa kena baring lepas tue dokto pun amik alat scan tue dan tekan dekat perut aku. Punya tekan,punya tekan sebelah kanan xde pape response,tekan sebelah kiri pun xde dengar gak. Alamak! mana baby aku nie. Risau aku dibuatnya. Doktor pun macam risau sebab xde dengar pape lagi. Dia pun cuba lagi mencari..mencari dan akhirnya alhamdulillah dapat juga mencarinya. Dan terdengarlah bunyi nie..Dup..dup.."Kuatnya degupan anak ummi nie "dalam hatiku berbisik dan aku pun cakap dekat doktor macam tue. Doktor pun jawab " a'a..susah jugak nak dengar degupan jantung dia". "Maaflah doktor anak saya nie aktif" tapi cakap dalam hati ja. Syukur alhamdulillah keadaan baby dalam keadaan sihat. Aku harap agar ianya berkekalan sehingga ke waktu kelahirannya dan berpanjangan sepanjang hidupnya. 

Sekarang baby aku dah mula aktif. Kalau aku duduk bersantai-santai dengan Mr Cool di waktu petang selalu baby bergerak aktif. Sampaikan boleh terasa kepalanya. Nasib baik la waktu malam kurang sikit aktifnya. Nak bagi umminya berehat. Alahai comelnya. Aku tak sabar menunggu untuk melahirkan baby nie sebabnya nie adalah anugerah yang paling bermakna dan rezeki paling besar yang Allah berikan kepada kami berdua. Syukur kepada-Mu Ya Allah dan terima kasih Mr. Cool atas hadiah ini. Semoga aku dan baby sihat wal'afiat. InsyaAllah =)





"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"





Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012






~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: