Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, November 17, 2011

Harimau Malaya Vs Garuda Vs Mentality

Sedikit Laporan tentang perlawanan Bola sepak antara skuad muda Malaysia bertemu dengan Skuad Garuda yang berlangsung di Stadium keramat Sang Garuda sebentar tadi

 ~Garuda Di baham Harimau~

Bola...bola..bola.. Sekarang Mr Cool begitu bersemangat sekali dengan bola sepak. Nampaknya Harimau Muda Malaya mengigit Sang Garuda malam ni.. Walaupun kita menang 1-0 tapi sekurangnya dengan kemenangan ini dapat melenyapkan segala kata-kata yang dihamburkan kepada pihak kita. Walaupun tadi Harimau Malaya sepatutnya menang lagi banyak tapi disiplin yang ditunjukkan oleh skuad muda kita amat tinggi sekali. Tidak sesekali terpancing oleh psikologi yang di mainkan oleh pihak lawan. 
~Mereka Mengatakan Ini Yang Akan Berlaku~

Diharap agar Ong Kim Swee (OKS) dapat bersama dengan skuad muda kembali setelah diarahkan keluar dari tempat pemain simpanan tadi.Semua tu adalah psikologi pihak lawan untuk menjatuhkan moral pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan malaysia. tapi dengan semangat Harimau Malaya kita dapat mengatasi itu semua. Mr Cool hanya mahu dengar apa lagi alasan dari Garuda Team tentang kekalah ini. Adakah sebab laser lg?? haha. Mr Cool tak paham kenapa negeri jiran itu sangat benci dengan kita tak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun sampaikan sanggup memaki orang kita. Mr Cool hormat sebab Mr Cool bertemu dengan kawan-kawan dari seberang yang baik dan suka tolong menolong. Lecture Mr Cool sendiri pun dari Indonesia dan Mr Cool hormat sangat dengan mereka. Bagi pendapat Mr Cool semua provokasi ni wujud adalah disebabkan oleh aliran media mereka yang selalu memperbesarkan sesuatu isu.

~Inilah Kesudahannya~

Semoga sesetengah rakyat negara jiran tersebut dapat muhasabah diri dan pikirkan bahawa kita ni sebagai manusia mesti ada kelemahan dan yang pasti kita adalah serumpun. Apapun Mr Cool tabik spring pada skuad remaja kita yang telah berjaya melepasi halangan dengan baik sekali. Disiplin yang ditunjukkan amatlah baik sekali, Teruskan lagi perjuanganmu wahai Harimau Malaya. Pemain yang ke-12 sentiasa menyokongmu dari belakang..

Hidup MALAYSIA.....
Adiossss


~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

No comments: