Salam 1 Malaysia. Hari yang membosankan tuk kami berdua. Haha.duk melepak bersantai bersame2 di ruang tamu di rumah. Tengah menghadap laptop melayan facebook terbace artikel tentang ini "KENAPA TETAMU BAGI DUIT KETIKA MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN?". Adakah ini suatu adat yang telah menjadi kebiasaan. Adakalanya sesetengah orang berkata "Buat majlis kahwin ke buka kedai makan?" dan pihak yang mengadakan majlis kadang-kadang terpaksa menolak dengan berkata " Tak payah la bagi duit...kami hanya mengadakan majlis kesyukuran...Bukan minta dibayar.".
Oleh kerana terlalu banyak tanggapan yang dibuat tentang perkara ini, saya ingin berkongsi sedikit info yang berkaitan dengan perkara ini:
Pemberian wang kepada keluarga pengantin dilakukan oleh orang dahulu adalah sebagai penganti kepada hadiah. Dalam Islam, pemberian hadiah atau sumbangan di majlis walimah adalah sunnah yang dituntut oleh Rasulullah." Setelah Nabi Shallalalhu 'alaihi wa Sallam menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi S.A.W pun berkata: "Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan". Beliau pun menghamparkan lembaran kulityang disamak (sebagai bekas). Ada yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak)."
(Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2048)
Oleh kerana kesuntukan masa, sukarnya untuk mendapatkan hadiah dan seumpamanya, maka orang dahulu mengambil langkah mudah dengan menghadiahkan wang sebagai sumbangan untuk menggantikan hadiah. Dengan hati yang ikhlas mereka menghulurkan wang kepada keluarga pengantin seharusnya wakil keluarga ( selalunya bapa) menerimanya dengan hati yang ikhlas atas sumbangan itu. Supaya pihak yang memberinya tidak berkecil hati dan dapatlah mereka mendapat pahala melakukan amalan sunnah ini.Bagaimanapun sekarang mungkin ramai orang memberi wang hanya kerana adat tanpa mengetahui ia adalah sunnah. Semoga artikel ini dapat memberi sedikit penjelasan. InsyaAllah...
Kredit kepada CahayaIslam.net...=)
No comments:
Post a Comment