Senarai muka-muka poya aku time kerja dulu-dulu hehe
Hensemkan mamat ni---->
Kawan: “Ko Keje Ape ek skrg?”
Aku: “Kuli jew”
Kawan: “Ooo mesti gaji besar kan?”
Aku “Biasa-biasa je”
Itulah antara basic perbualan antara aku ngan kawan aku tiap kali aku balik kampong, kalau jumpa 50 orang kawan aku jadi aku terpaksalah aku mendengar sebanyak 50 kali juga soalan tu. Huhu. Sabor jew la nak buat macamana dah nasib badan.
“Ko keje kapal kan? Mesti gaji mahal kan?”
Kenapa eh kalau ada kaitan dengan kapal semua orang akan kata gaji tinggi. Tak paham aku padahal kerja peguam pun gaji tinggi jugak kan.
“budak kapal mesti jahat kan?”
Erm ni satu lagi mentality orang kita, bila sebut orang kapal mesti terus fikir budak kapal jahat. Tak semua budak kapal jahat dan tak semua orang yang kerja biasa tidak jahat. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Aku masih ingat lagi time aku stdy kat PUO dulu budak marine berpegang pada prinsip iaitu:
“Everyone Said All Mariners Are Bad Guy But Mariners Say Come To Sea And See Yourself”
Bagi aku pulak semua itu tak penting dan yang penting sekali kita kena berpegang pada agama kita sebab Agama adalah segalanya.
~Jahatke muka mamat ni? hehe~
No comments:
Post a Comment