Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, April 13, 2012

Siapa Pernah Makan Koshary?


Koshary? First time aku dengar bila Mrs Kepoh bagi tahu sedap makan koshary....Tak pernah aku dengar nama makanan tu hehe. Walaupun aku ni macam Dewan Bandaraya...semua aku hentam untuk mengisi perut aku yang gebu ni... aku langsung tak pernah tengok koshary...makan lagi la tak pernah...Selidik punya selidik..baru aku tahu camna rupa koshary...
;
;
;
;
Tadaaaaa

~Inilah rupa koshary~

Kalau korang nak tahu Koshary @kushari@kosheri@ ialah hidangan vegetarian yang sangat popular di Mesir. Ia adalah satu makanan yang murah yang dihidangkan di restoran dan gerai-gerai tepi jalan di seluruh negara tersebut. Kalau kat sini kita boleh makan makanan tu kat Restoran Makanan Mesir ataupun Timur Tengah. Kushary adalah campuran beras, kacang kuda, lentil dan makaroni yang dimakan bersama sos tomato, sos bawang putih dan bawang goreng..Aku pun heran kat manala Mrs Kepoh boleh tahu pasal masakan ni huhu.. Terpaksala aku buat untuk dia nanti..InsyaAllah.


"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012





Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Apa Ada Dengan Hari Jumaat?


Salam.. Selamat menyambut pagi jumaat yang indah... Hari jumaat?? Apa yang kita boleh lihat pada hari jumaat kalangan kita semua di Malaysia:

1-Perempuan yang selalu liat nak pakai tudung akan berbaju kurung... (dah takde bengkak sana sini)

2-Lelaki berbaju batik (mengalahkan YB)

3-Bila cakap lucah atau jahat orang akan ckp" wei hari ni hari jumaat tak baik tau"(Hari jumaat je ke kena baik)

4-Semua kedai kat kelantan lengang (cuti umum hehe)

5-Bila klien nak jumpa alasan paling sesuai adalah" Lepas jumaat la kita jumpa ok"(Alasan je tu)

6-Lelaki macho yang selama ni tak pernah nampak muka kat masjid datang nak solat jumaat(Seminggu sekali katakan)

7-Muka semua berseri (maklumlah semalam malam jumaat).

8-Kejadian Selipar Hilang Di Masjid (berkaki ayamla balik rumah)

9-Semua malas nak kerja sebab hari singkat je(ada-ada jew)

10-Nak cepat sampai asrama selepas solat sebab hari jumaat menu best(Nasi ayam dgn aiskrim hehe)



p/s: Yang no 10 tu aku memang ske.


"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, April 12, 2012

Dimanakah Kita Semasa Gempa Bumi?


Alhamdulillah aku diberikan nikmat oleh Allah untuk meneruskan kehidupan lagi. Semalam kita dikejutkan dengan gempa bumi yang melanda negara jiran kita iaitu Indonesia...SINI...kesan daripada kejadian gempa bumi tu boleh mewujudkan tsunami tetapi Alhamdulillah sekali lagi amaran tsunami ditarik balik. Aku bukan nak sentuh pasal tsunami.. ataupun pasal gempa bumi..

Semalam tengah asyik dok tunggu perkembangan tentang gempa bumi ......aku ada terbaca satu posting oleh seorang hamba Allah tentang situasi sekarang...... Ayat hamba Allah tu simple je.....sampaikan aku terkedu dengan ayat dia...... Simple..... tapi mendalam maksud dia ..... Hamba Allah tu bukanlah ahli politik.. mahupun ahli falsafah.. Dia cuma seorang budak yang berusia 12 tahun.. Aku sebenarnya lupa nak print screen semalam......

Ayat hamba Allah tu ialah......

"Org sekarang ramai berdoa depan laptop dekat wall FB berbanding berdoa diatas sejadah dan memohon kepadaNYA ALLAH yg ESA. Betulkah?"

~Adakah Kita ?~

ATAU

~Adakah Kita?~


Dia tanya tu.. Jadi samalah kita menjawabnya...

"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, April 11, 2012

Amaran Tsunami Ditarik Balik

Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia.Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama. Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia. Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini

Walaupun amaran tsunami tu ditarik balik kita seharusnya sentiasa berada alam keadaan siap sedia. Perancangan manusia serta kajian kita tidak setanding dengan Kekuasaan Allah swt. Dialah yang Maha Mengetahui. Allahhuakhbar


"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Gempa Bumi Di Acheh, Amaran Tsunami Dikeluarkan Di Malaysia

Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda berhampiran Aceh dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasific untuk Lautan Hindi.Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh.

Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia.Menurut Bernama, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi itu.Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.


Allahhuakhbar..Sekitar jam 4.45 petang tadi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima lebih 30 panggilan berkaitan gegaran gempa bumi di Aceh. Ombak setinggi enam meter dikesan melanda Pulau Simeulue manakala amaran tsunami dikeluarkan di wilayah selatan Thailand dan Phang Na, Phuket.

 ~Sampai Macam ni sekali~

"YaAllah selamatkanlah hambamu ini dari segala malapetaka. Sesungguhnya hambamu ini serba kekurangan dan selalu melakukan kesalahan."

~Penduduk Acheh Berpusu-Pusu Keluar Untuk Menyelamatkan Diri~

"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, April 10, 2012

Gara-gara Masukkan Cili Dalam "Anu"

KLANG: Seorang wanita bukan saja mendera anak teman lelakinya berusia 13 tahun dengan memukulnya dengan getah paip dan memberinya makan nasi berlaukkan garam, malah menyumbat batang mop dan cili padi ke dalam kemaluannya kerana enggan melakukan kerja rumah.

Lebih teruk lagi, wanita itu menyimbah mangsa dengan air panas sehingga menyebabkannya melecur kerana mengesyaki kanak-kanak itu berbohong.Perbuatan kejamnya mendapat balasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku salah atas lima pertuduhan termasuk mencederakan dan memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa.

Hakim Siti Noraida Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Shalina Sundiri Abdullah, 42, dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tangkap tertuduh iaitu pada 7 Mei 2011.

Manakala, bapa kanak-kanak itu yang juga pemandu lori berusia 40 tahun dipenjara empat tahun selepas mengaku salah menganiaya anaknya dengan cara memukul mangsa dengan menggunakan kayu di pangsapuri sama.Mengikut pertuduhan, Shalina didakwa memasukkan cili padi dan batang mop ke dalam kemaluan mangsa di sebuah pangsapuri di sini, pada Mac 2011.


~Bodoh punya orang.. sanggup buat macam tu kat budak,, kalau kena kat diri sendiri baru tahu,, Bagi aku bagi duk lagi lama dok dalam jail tu,,baru ko rasa macammana,, Aku rasa dia tak tahu masakla sebab kalo orang yang tahu masak dia tak buh cili dalam anu tapi di buhkan cili dalam masakan.. betul tak? apa kata korang???~

"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"
Vote Me Everyday

23 April - 13 May 2012



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~