Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, March 15, 2012

Mission Complete



Salam..
Naik berpinar mata aku dok menghadap pc kat opis ni. Sambil kerja aku menjalankan misi aku (SINI) melawat followers aku. Bagi aku, followers ni lah yang memberi semangat buat aku untuk terus ringankan jari jemari aku menulis kat blog ni. Walaupun kadang-kadang apa yang aku tulis tu mengarut sesangat.
Alhamdulillah aku sempat melawat boleh dikatakan semua followers aku seramai 225(semasa entry ni di tulis). Walaupun ciput bilangan followers aku tapi YaAllah begitu banyak untuk melawat semua dalam satu hari huhu. Tapi berkat dengan kerja kat opis tak banyak jadi aku sambil menyelam aku minum air sekali untuk menjalankan misi aku ni hehe.

Berbagai ragam followers aku yang aku jumpa dari pelajar sekolah sehinggalah bidang profesional yang menulis semata-mata kerana minat dalam dunia blogger. Ada yang selalu update blog dan ada juga yang sampai setahun tak update blog. Aku tak salahkan mereka tapi aku juga sama macam mereka dulu. Mungkin mereka banyak komitment dengan benda lain yang penting dalam hidup mereka sampaikan jarang sangat update blog. Ada juga yang dah delete blog dan macam-macamla hehe.

Tapi paling banyak aku jumpa antara followers aku ni mereka gunakan word verification kat komen. Kalau boleh benda tu buangla sebab menyusahkan orang untuk komen kat blog korang. Kadang-kadang kita tak tahu ada antara blogger yang punyai masa yang terhad untuk komen jadi bila nak komen korang punya entry mesti dia akan rasa meyusahkan. Sebab tu kalau boleh tak payahla buh word verification tu. Itu just pandangan aku secara peribadi je.

Kesempatan ini juga aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua followers aku keran telah memberi semangat pada aku dalam senyap. Mungkin kalian tidak tahu bahawa tiap kalai bilangan follower meningkat aku resa diri aku ni di hargai hehe. (awat skema je ayat aku petang ni) Dan kepadafollowers aku yang aku belum singgah lagi kat blog korang sila info kat aku k. Senang aku nak jejak kalian hehe.. Apapun Kalian memang TERBAEEEEEK..

"Tepuk Dada Tanya Minda"

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, March 14, 2012

BILA NAFSU MENGUASAI DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila nafsu menguasai diri macam-macam benda oleh jadi. Sanggup melempiaskan nafsu di dalam bilik mandi masjid. Walhal kita dah sedia maklum masjid tempat yang suci. Tempat untuk kita mengerjakan ibadah tetapi bila nafsu dah mula menguasai semua tue dah x amik kisah. Nauzubillah. 

Ada lagi. Bila nafsu menguasai diri sanggup menyelinap masuk ke dalam bilik adik ipar sendiri walhal isteri yang sah ada setia menunggu di dalam bilik. Bila isteri perasan dan tegur apa yang dilakukan tue salah dibelasahnya isteri sampai cedera. Xde akal dah agaknya. Mentang-mentang la dibawah pengaruh dadah jadinya nak tunjukkan diri tue hebat la. Jangan lupa ada yang lagi hebat dan berkuasa dari kita iaitu Allah s.w.t. 

Nie pulak pasal seorang yang warak yang bergelar ustaz. Sanggup menceraikan isteri disebabkan cinta buta dengan adik ipar sendiri. Hati isteri mana x sedih pilu bila diajak mengerjakan ibadah haji tetapi ditolak. Rupa-rupanya ada "udang disebalik batu". Suami bermain kayu tiga dengan adik ipar sendiri sampai sanggup mengharamkan hasil benihnya bersama isteri. Nauzubillah...

Nie pulak pasal seorang pensyarah. Sepatutnya sebagai seorang pendidik dia harus bertanggungjawab mendidik anak bangsa hingga berjaya. Tetapi ape yang dilakukannya amat memalukan apabila meminta pelajarnya melakukan hubungan seks bersamanya. Tak dapat lakukan hubungan seks disuruhnya buat aksi ringan-ringan. Ingat pelajar awak tue boneka ke? X dapat tue juga die amik kesempatan mencabul pelajarnya. Nasib baik pelajar tue dapat melarikan diri dan buat laporan polis. Hah kan sia-sia perbuatan awak tue. Jika didapati bersalah hukuman penjara la jawabnya. Jadi siapa yang susah nanti. Keluarga awak juga la encik pensyarah oiii!!!

Akhir sekali pasal seorang gadis. Berjaya mendapat pekerjaan tetap di sebuah syarikat penerbangan. Tetapi cara untuk gadis ini meraikan kejayaan berakhir dengan tragedi apabila dirogol oleh individu yang tidak dikenali. Puncanya gadis nie pergi ke kelab malam bersama dengan rakan-rakannya atas alasan untuk mengajarnya cara bersosial. Aduyai apalah nak jadi. Ada banyak cara untuk kita meraikan kejayaan kita. Buat kenduri doa selamat ke, sedekah dekat masjid,surau or rumah anak-anak yatim. Alih-alih dipilihnya untuk pergi ke kelab malam dan ila dah jadi macam nie nak salahkan siapa. Fikir-fikirkanlah

"Ya Allah aku mohon agar Engkau hindarkanlah diriku dan keluargaku daripada segala anasir jahat dan kuatkanklah imanku sepanjang hidupku agar aku sentiasa berusaha mencari hidayah dan petunjuk-Mu ke jalan yang diredhai."

p/s:peringatan ini untuk diri aku juga kerana aku sendiri bukanlah seorang yang sempurna imannya dan belum cukup ilmu agama tetapi aku memohon agar diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dengan memperbanyakkan amal ibadah,memohon diampunkan dosa-dosa yang ada dan mencari keredhaan Allah s.w.t..Sama-samalah kita berusaha. InsyaAllah dipermudahkan oleh-Nya.

"Tepuk Dada, Tanya Minda"

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

My Followers We Coming





Pagi-pagi aku dah dilanda kesejukan yang teramat sangat. Ketebalan lemak tepu kat badan aku memang tidak dapat menahan kesejukan ini haha. Hari ni Mrs Kepoh ada appoinment dengan doktor kat Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan macam biasala bila hujan Mrs Kepoh hantar aku kat tempat kerja. Dah macam PM dah rasa aku ni ha.

Pagi-pagi ni aku tak berapa sibuk jadi aku rasa nak jalan-jalan ke blog yang jadi followers aku selama ni. Maafla sebab tak sempat nak melawat korang semua sebab sibuk dengan kerja. Dan kepada yang aku tak sempat melawat tu nanti aku akan gagahkan jari jemari aku ni untuk pergi kat korang punya blog.
Aku ahu selama ini aku jarang melawat korang(sadisla pulak) jadi aku akan tebus kesalahan aku ni hehe. 

"Tepuk Dada Tanya Minda"

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, March 13, 2012

TINGGAL KENANGAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mungkin korang semua dah tahu pasal berita nie kan sebab semalam Mr Cool ada posting pasal perginya seorang ahli terdekat keluarga kami. Tanggal 11 Mac 2012 pada pukul 7.15pagi perginya seorang insan yang amat dekat dengan aku serta keluargaku. Allahyarhamah Sariah atau lebih disenangi dengan panggilan "Mak Long" telah kembali ke Rahmahtullah. Aku terkejut dengan perkhabaran ini tetapi redha dengan pemergiannya. 

Banyak kenangan bersama arwah dari aku masih seorang bayi hingga aku dewasa ini. Aku amat suka pabila bertandang ke rumah arwah. Arwah seorang yang amat baik dan menyayangi anak-anak buahnya seperti anak sendiri. Riuh rendah suasana semasa berada dirumahnya masih jelas terbayang di minda fikiranku. Aku mendoakan agar arwah bersemadi dengan damai di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Aku harap Pak Long dapat bersabar dengan pemergian Mak Long. Kami ada di sisi Pak Long. Al-Fatihah untuk arwah.


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Monday, March 12, 2012

Pergi Tak Kembali


Semalam tanggal 11.3.2012 merupakan detik paling sedih dalam hidup aku. Aku telah kehilangan seseorang yang berharga dalam hidup aku, walaupun aku jarang sekali bertemu tetapi segala kenangan aku bersamanya tetap segar bersemadi dalam jiwa aku. Detik menyambut hari raya seringkali terbayang di fikiranku sehingga kini. YaAllah tempatkan arwah disisi orang-orang yang beriman. Amin

"Tepuk Dada Tanya Minda"

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, March 9, 2012

Mangsa Keadaan Yang Seringkali Disalahertikan


Salam satu Malaysia..
Ada berita pasal aku keluar kat P.Senja  kat segmen penjelasan hehe
Aku ada nak buat pengumuman, Kalo korang semua perasan dan selalu ikut blog ni mesti korang ingat yang dulu blog ni dah 2 kali di hack oleh hacker yang bernama Pengembara Timur. Kalo lupa try korang tengok SINI Tapi dalam masa yang sama aku ada berhubung dengan seseorang dan katanya bukan Pengembara Timur(PT) yang hack sebab kata beliau PT dah lama bersara kerana masalah tertentu. Kemungkinan script PT telah digunakan oleh orang lain. 


Aku respek diorang semua sebab begitu teliti dalam melakukan kerja diorang. Bagi sesetengah orang hacker macam mereka adalah jahat tapi bagi aku mereka macam kita semua. Mereka tak sejahat yang kita sangka. Kalau korang pernah dengar DragonForce diorang just hack web yang hina tentang Islam dan sebagainya. Diorang bukan sewenangnya nak hack blog orang lain huhu..Korang leh baca tentang Dragon Force kat SINI. Memang kadang-kadang kita geram bila blog di hack tapi cuba kita fikirkan dengan fikiran yang positif. Kalo blog kita secure mesti hacker takleh hack blog kita dan jika hacker tu boleh hack tu bermakna blog kita tidak secure. 


~Pinjam Gmbar ni PS ye, jgn mrah tau~

Lepas kena hack aku msg mereka dan mintak balik blog aku ni dan mereka bagi je tanpa apa masalah dan alang-alang dah kena hack aku tanyalah mereka bagaimana nak bagi blog selamat. Tau apa kata mereka?? Dalam internet ni TIADA YANG BETUL_BETUL SELAMAT. 

Aku sekali lagi meminta maaf sebab mengatakan PT yang hack blog aku hehe. Kira aku nk bersihkan nama PT ni hehe. Aku cakap PT hack sebab msg yang ditinggalkan kat blog aku. Jadi aku cakapla PT hack hehe. Maaf ye PT. Tak tahu pulak aku yang ada orang lain guna script PT untuk hack blog org lain huhuhu.. Untungla pandai hack. Aku ni dihack selalu hahaha. Korang leh baca kat SINI bagaimana diorang hack menggunakan kaedah phising. Terima kasih pada Perantau Senja Official yang banyak membantu aku selama ini

"Tepuk Dada Tanya Minda"

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~