Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, December 25, 2011

~Audit~



Busan tahap kegilaan Mr Cool mlm ni. Mulai malam ni, detik ini, masa ini, this time, Mr Cool nak bahasakan dengan gelaran aku ketika menulis bukan apa cuma masih panas lagi dengan citer ari tu. tengok sini kalau nak tahu: SINI sakit hati pun ada. 

Malam yang memang membosankan. entah kemanala cik kepoh pegi, dahla bangun lambat tadi haha, Aku pun tak tahu nak cakap apa dalam blog ni cume sesajer nak luahkan kata-kata yang tak seberapa. haha pe la yang aku mengarut ni.

Okeh.. sebenarnya aku buhsan, stress dan serabut sangat-sangat maklumla akhir tahun audit ISO company aku dahla dekat sangat-sangat. Banyak kerja yang tak settle lagi. Bukannya aku malas nak buat kerja cuma aku tak berapa rajin nak buat kerja hehe.

Harap-harapla dapat siap sebelum 10.01.12 sebab audit pulak, menjawabla aku nanti gamaknya. Jangan jadi macam tahun lepas sudahlah. Semua berterabur maklumla company baru. 

Aku dok menaip ni sambil tersenyum tau, dok tengok keletah Mrs Kepoh adjust antenna nak tengok tv haha. Katanya nak tengok Tv singapore cite ape ntah..Lawak siott bini aku sorang tu haha. dahla makan sensorang tadi. cik abang nak dietla katakan hehe. Nak turunkan berat badan ni..



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~Pencarian Blogger Aktif Oleh miliana.com~


Mood: Baru Bangun Tidur
Situasi: Hujan renyai-renyai, Mrs Kepoh still tidur


Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011


Rasa macam tak percaya je pun Mr Cool masuk wat ni semua. Terima kasih pada empunya miliana.com yang sudi jengah blog yang tak seberapa ni hehe. Dah alang-alang jengah blog Mr Cool pun jengah sekali blog miliana.com ermm terpikat pada entry ni pulak "Pencarian Blogger Aktif Oleh miliana.com" terusla Mr Cool join sekali hehe. kalo nak tau lebih lanjut tentang ni apakata ringankan jari jemari g kat SINI semua ada. walaupun Mr Cool ni bukan blogger aktif tapi entah mengapa hati ini tergerak nak join kekeke..



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~BUKAN AKU BOGEL PUN~

Kawan::   “Pesa demo tok malu ko ado adik hok mace istimewo jah?”
Kawan:     (“Pesa, engkau tak malu ke ada adik yang cacat?”)

Aku:        “Nok Malu wat gapo gak”
Aku        (“Apa yang nak di malukannya”)

Kawan   “kalu kawe jangan harapla nok bawok tubik adik kawe derak kalu ado adik supo demo”
Kawan    (“Kalau aku la kan, jgn harapla aku nak bawa adik aku jalan-jalan kalo ada adik macam adik kau”)

Aku        “Demo gak, dio ker supo denger kito jah”
Aku       (“Engkau ni kan, dia kan sama macam kita je kan”)

Kawan   “ Tok pehe kawe denge demo gak”
Kawan    (“Tak pahamla aku dengan engkau”)

p/s: sengaja letak subtitles kot-kot korang tak paham loghat kelantan


Orang macam ni pun ada. Aku akui aku memang ada adik macam tu tapi aku bangga dan aku happy sangat sebab adik aku comel, hehe.. Mr Cool nak bahasakan iri dengan aku pulak ni hehe. Maafla kalau terkasar bahasa. Aku bangga an aku tak malu ada adik Down Syndrome... Itupun nak malu bukan aku bogel depan orang ramai pun, bodoh punya olang, pikiran masih dalam tempurung lagi kalo cam tu





















 Ni semua gambar time bertunang, kahwin dan juga selepas majlis konvokesyen di cherating

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, December 23, 2011

~GUA KRISTAL NAICA TANDA KEKUASAAN ALLAH~

Di temui secara tidak sengaja oleh dua orang pelombong di bawah permukaan di Naica, Mexico. Gua kristal tersebut yang terbesar pernah ditemui di dunia merupakan keajaiban yang tersendiri sampaikan para saintis mendesak kerajaan Mexico untuk mewartakan dan mendapatkan Status Warisan Dunia Unesco bagi melindungi pembentukan unik hablur itu untuk tatapan generasi akan datang.Lombong besar di Naica itu digali selama beberapa tahun untuk tujuan perlombongan. 

Namun pada 1975, sejumlah besar kawasan itu dikeringkan bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan dijalankan.Apabila kering, kristal itu berhenti membesar, tetapi ia lebih 25 tahun sebelum dua pelombong menemui Gua Kristal yang luas itu. Turut ditemui ialah koleksi gipsum yang begitu banyak.Pembentukan tiang 290 meter di bawah permukaan berlaku apabila air yang sangat panas mula sejuk dan menjadi terperap dengan gipsum. Lama-kelamaan, kristal akan terbentuk di dalam air.

Satu daripada masalah besar yang masih dihadapi saintis yang berhasrat melakukan kajian di bawah permukaan di Naica ialah suhu.Kolam air panas yang terletak berhampiran Gua Kristal itu menyebabkan suhu di dalam gua itu sangat panas untuk membolehkan saintis kekal di dalamnya melebihi 10 minit pada sesuatu masa.

Gua tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu:

#Kristal yang terdapat dalam gua tersebut lebih lembut dari kuku manusia
#Kristal tersebut mengandungi gipsum yang membentuk tiang gua.
#Suhu yang terdapat dalam gua tersebut sangat tinggi.





Macam tak percaya je----->


Cantik------->





Ada lagi --------->

Lagi-------->

Kisah tentang gua ini pernah keluar dalam rancangan Discovery Channel. Kalau nak lagi real jengukla kat sana hehe.. Check kat sini:


Memang takjubla dengan segala ciptaanNya. Terasa diri ini kerdil disisiNya. Ya Allah Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui.




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

PENATNYER!!!!

Ape kabar u alls?!Mrs Kepoh sakit pale plak ri nie. Kena ujan siang tadi.Aduh,jadi lembik badan nie. Finally sampai gak hari jumaat. Hari untuk mule berehat & bersantai bersama Mr Teddy Cool.Ahaks....Teddy Cool yeah. Hari nie mase nak pergi keja pagi tadi terserempak dengan excident. Aduyai jadi seram sejuk Mrs Kepoh. Mana taknya tue jela jalan tuk pergi & balik ke tmpt keja dari rumah. Boleh dikatakan seminggu mesti ade ja 3,4 kali excident. Lagi2 kalu yg betul2 ternampak depan mate. Cuak jadinye. So dah sampai hari jumaat nie Mrs Kepoh nak rehat serehatnye sbb kebetulan besok Mrs Kepoh offday tapi Mr Cool kena keja. Cian Teddy Cool sowang nie.


Mr Cool Yang Kena Keja Sok...Alala...Ciannye!!


Mrs Kepoh Yang Offday Besok...Ngee Menunggu Mr Cool Dengan Penuh Senyuman
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~REKAAN PROTON YANG PELIK~

Salam semua. Korang semua mesti inginkan kereta keluaran Malaysia yang gempak lagi sempoi yang boleh lawan kereta keluaran Japan dan Europe. Pape pn Mr Cool tak pasti tentang apa yang Mr Cool baca pagi tadi sebelum buka email hehe.  Kalau adala kereta macam ni mesti best sangat-sangat. Kat bawah nilah bukti kereta tersebut berada di jalan iaitu di Shah Alam.



Lagi Gambar -------------->


Ada Lagi





Menurut dari pandangan sesetengah pihak mereka mengatakan bahawa kereta itu sebenarnya adalah rekaan daripada pelajar politeknik dan university di negara ini yang di anjurkan oleh Proton.  Dan pihak Proton akan memilih design yang menarik untuk digunakan. Manakala mengikut lain maklumat, mereka mengatakan bahawa kereta tersebut adalah R&D ataupun penyelidikan daripada pihak Proton untuk dicuba di pasaran ini namun oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak tertentu maka kenderaan tersebut tidak dapat dipasarkan. Namun semua itu tidak dapat dipastikan kesahihan  maklumat tersebut. Kalaulah dapt sebuah kereta macam tu, peh mesti gempak gile kan hehe..

Creadit to:OHTIDAK
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~