Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, April 9, 2012

~Kempen Untuk Mialiana.com~


Salam..
Untuk memudahkan korang semua undi Mialiana.com semasa kempen ni aku ada sediakan segala informasi kat MENU tab kat atas tu. Jadi apa-apa perkembangan serta progress tentang kempen korang leh rujuk kat sana.



"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012





Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, April 8, 2012

Dosa Di Hari Minggu

Dosa dihari minggu?? mesti korang semua tertanya-tanya apa dosa di hari minggu. meh kita singkap sesama.
Hari minggu adalah hari yang selalu ditunggu..arghh dapat tido sampai pukul 9 pagi.. bangun terus siap-siap nak keluar dengan member nak tengok wayang .. Subuh entah kemana, zohor  ngan asar pulak belum pasti lagi, maghrib baru je sampai rumah..badan penat lepas mandi terus tido.Isyak pun berlalu tanpa kata-kata.. Inilah yang sering berlaku pada kita.. 

Aku bukan nak cakap semua dari kita macam ni tapi ada segelintir je. Aku pun kadang-kadang macam tu gak. Pelik...perkara yang tak sampai 10 minit pun kita susah nak buat tapi boleh je dok tercongok tengok movie sampai 1 jam lebih. Kalo filem hindustan plak ermm 3 jam la jawabnya. Tapi selamba je kita tengok. Sedikit pun takde perasaan bersalah bila tak sembahyang..Kita akan rasa bersalah jika tidak dapat menemani awek atau pakwe tengok wayang, siap minta maaf lagi TAPI adakah kita minta maaf dengan Maha Pencipta jika kita lewat atau tidak mengerjakan solat?? Aku rasa takde kot.. Inilah realiti yang berlaku zaman sekarang.

Kita takut dengan awek dan pakwe berbanding Allah.
Bila kita sakit ayat yang keluar dari mulut kita ..."Allah.. Allah.. Allah sakitnya, Ya Allah Sembuhkanlah aku"
Tapi tak pulak sebut nama awek bila sakit.. Weiiii pegila minta dengan awek atau pakwe suruh sembuhkan sakit tu.. 

Masa Senang Lupa Allah Ingat Awek/Pakwe, Masa susah ingat Allah lupa awek/pakwe. Aku bukan nak cakap aku ni baik sangat tapi sekadar peringatan kepada diri aku juga. Kita ni manusia kadang-kadang lalai dalam melakukan perkara.


"Tepuk Dada Tanya Minda,  Jom UNDI KAK MIA"


Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012





Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, April 6, 2012

PROSES BERSALIN SECARA NORMAL


Ini adalah proses bersalin secara normal. 
Mrs Kepoh berdoa agar saat melahirkan anak nanti berjalan lancar dan secara normal 
Bersalin spontan melalui vagina Ia merujuk kepada proses bersalin spontan tanpa bantuan forsep, vakum atau alat-alat lain. 
 Prosedur 
 1.Doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin. 

 2.Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya. 

3.Vagina dan bukaannya juga akan meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.

 4.Apabila bayi mula memasuki vagina, otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.  

5.Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap regangan yang maksima. 
 6.Anda akan merasa kulit anda seperti terbakar. 

 7.Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan). 

8.Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus. 

9.Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi. 

10.Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting. 

11.Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomenuntuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta. 

12.Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal.







"KREDIT TO PERSATUAN IBU-IBU COMEL MENGANDUNG"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, April 3, 2012

KARIPAP...OOO...KARIPAP


"Hajat di hati"

Hahaha...Hajat hati mahu buat karipap hari sabtu hari tue. Dengan semangat yang berkobar-kobar aku pun mula menjalankan misi membuat karipap. Pertama kali nak buat sendiri. Samil duk depan lappy melihat resepi aku pun membancuh la adunan mengikut apa yang ditulis dekat resepi tue. 

Bancuh punya bancuh, uli punya uli tapi last-last x jadi jugak. Adunan aku lembik. Aduyai camne nie. Tepung dah tamah berkali-kali tapi x jadi juga. Mengenangkan hari dah petang aku pun buat jela macam popia. Tapi sikit ja yang bakinya tue Mr Cool wat roti canai. Aku x nak putus asa. Nanti nak buat lagi sebab terasa nak makan karipap dari hasil air tangan sendiri. Yeahh!!

"Usaha Tangga Kejayaan"

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Monday, April 2, 2012

Tutti Frutti Berhantu


~Situasi Dalam Kereta~
"Abi, ayg dahaga ni"
"Ok jap g kita makan tutti frutti"
"Abi kita kongsi la eh?"
(suasana sunyi sepi)

~Situasi Semasa Dalam Tutti Frutti Seri Alam~
"Kita tak payah kongsi la syg eh,? Abi tak cukup kalo kongsi berdua"
"Ok"

Itula yang berlaku bila aku dengan Mrs kepoh makan tutti frutti semalam. Memang berhantu kalau makan benda tu sedap sangat-sangat sampai menjilat jari.. Mana cukup kalau satu cup tu untuk diisi dalam perut aku yang gebu ni ha..jangan harapla nak kongsi makan..mana cukup kalau kongsi.. Tangki lori tak sama dengan tangki kancil...Tangki lori surface serta kedalaman dan kecondongan pada 35 darjah memang memerlukan muatan yang secukupnya.

 ~Mrs Kepoh punya~


~ Aku kalo bab menghias aku memang fail~

Tengah best je makan semalam tetiba " Syg, jom balik, sakit bontot ni" haha... Itulah penyakit aku masa sekarang..

Moral Of Story: Tutti Frutti memang berhantu haha



"Tepuk Dada Tanya Minda"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, March 31, 2012

Baju Biasa Kalis Hujan


Sejuk tahap gaban dah hari ni. Sejak pukul 4 pagi lagi hujan turun sampai sekarang. Sebenarnya ada kisah yang berlaku pagi tadi. 

Aku naik moto nak pergi kerja. Dahla baju hujan aku takde, payung jangan harapla memang langsung takde. Pikir punya pikir " Ermm takpela aku pakai camni jela, biarla orang nak kata apa pun janji aku tak basah masa sampai kat tempat kerja" Dengan konfidennya aku pakaila. 

Tengah dalam perjalanan tu banyak mulut-mulut orang dok senyum kat aku. Yang gelak pun ada termasuklah masa aku sampai kat tempat aku kerja.
Simple aku jawab bila diorang tanya kenapa aku pakai macam tu. "Tak basahkan saya?"
Pakaian masa aku pergi kerja ialah sepasang plastik sampah yang aku potong bagi nampak kepala je. Janji tak basah. Pedulikan apa kata orang.

Moral of story: Belilah baju hujan dan payung.

"Tepuk Dada Tanya Minda"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~