Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, March 31, 2012

Baju Biasa Kalis Hujan


Sejuk tahap gaban dah hari ni. Sejak pukul 4 pagi lagi hujan turun sampai sekarang. Sebenarnya ada kisah yang berlaku pagi tadi. 

Aku naik moto nak pergi kerja. Dahla baju hujan aku takde, payung jangan harapla memang langsung takde. Pikir punya pikir " Ermm takpela aku pakai camni jela, biarla orang nak kata apa pun janji aku tak basah masa sampai kat tempat kerja" Dengan konfidennya aku pakaila. 

Tengah dalam perjalanan tu banyak mulut-mulut orang dok senyum kat aku. Yang gelak pun ada termasuklah masa aku sampai kat tempat aku kerja.
Simple aku jawab bila diorang tanya kenapa aku pakai macam tu. "Tak basahkan saya?"
Pakaian masa aku pergi kerja ialah sepasang plastik sampah yang aku potong bagi nampak kepala je. Janji tak basah. Pedulikan apa kata orang.

Moral of story: Belilah baju hujan dan payung.

"Tepuk Dada Tanya Minda"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, March 29, 2012

Peminat Rock Mesti Tengok Budak Kecil.


Kenal tak siapa mereka berdua? Mesti tak ramai yang kenal terutama sekali budak jepun kecik tu. Yang Besar tu mesti ramai kenal iaitu Ozzy Osbourne. Tetapi mereka pernah bertemu semasa dalam konsert ozzy. Budak jepun tu bernama Yuto Miyazawa seorang pemegang Guiness World Books Of Record bagi Anugerah Pemain Gitar Profesional Termuda. 

 ~Bersama Ozzy Osbourne~

 ::


 Yuto juga pernah membuat persembahan bersama dengan lagenda rock lain seperti G.E Smith, Les Paul, Galactic, Deep Banana Blackout dan banyak lagi.







Bukan senang nak buat konsert bersama dengan lagenda rock luar negara.


~ Semasa konsert~


~Bakat Semulajadi~


Kecil-Kecil dah pandai main gitar tapi kalau anak kita alangkah baiknya kalau kecil-kecil sudah pandai mengaji Al-Quran


"Tepuk Dada Tanya Minda"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, March 27, 2012

TNB Terus Memacu Kehadapan

:::::::
:::::::
(06.55pm)
Alamak... Rumah kita takde letrikla
:::::
::::::
(07.01pm)
Troot..Troot..Troot
Assalamualaikum Saya nak buat report ni pasal rumah saya sekarang blackout, rumah jiran saya selamba je ada letrik.
Ok Kami dah terima report nanti dalam 1 ke 2 jam pihak TNB akan datang rumah anda. Terima Kasih
:::::::
::::::::
(07.08pm)
Troooot...Trooooot
Hello kami dari TNB pasir Gudang nak confirmation dari anda tentang alamat rumah. Sekejap lagi Kami sampai.
:::::
::::::
(7.45pm)
Ooo fius kat rumah abang yang rosak ni. Tunggu sekejap. Kami akan baiki
::::::
::::::
(08.03pm)
Kami balik dulu ye..
Terima kasih bang.

TENGOOOOKKKKKKKK
(1 jam 8 minit)
Itulah perkhidmatan yang kami mahukan daripada pihak yang berwajib. Aku memang respek kat pihak TNB Pasir Gudang yang mengambil berat tentang masalah kami tadi. Firstly memangla aku hangin kenapa tetiba je rumah aku yang takde letrik padahal rumah jiran aku ok je. Lepas tu siap cakap dalam masa 1-2 jam nak baiki. Pehh bengang seyhh dahla gelap. TETAPI dengan budi bicara serta kehenseman brader yang datang repair masalah kat rumah aku tadi dapat menyejukkan hati ku yang tengah kepanasan hehe. 

Dahla semalam dok baca tentang entry Mak Dara pasal layanan yang sangat buruk ketika order pizza tapi aku pula berlainan kisahnya hehe.Aku bukan apa cuma kita sebagai pengguna inilah yang kita mahukan. Terima Kasih TNB yang mengambil berat tentang aduan aku tadi. 

~Macam ni lah gelagat brader TNB tadi~


~Terima Kasih TNB~



"Tepuk Dada Tanya Minda"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

KenaTipu,Menipu, Ditipu




Pernah ditipu ketika beli barang online ? Sila angkat tangan.. Hehe ramai gak kot yang kena tipu. Aku pun pernah jugak beli barang melalui online tapi tak pernah lagi kena tipu. Mungkin aku berurusan dengan mereka yang betul-betul mahu menjual barangan mereka. Sekarang heboh tentang penipuan dilaman web seperti mudah.my, Facebook, Lelong.my dan banyak lagi. Sebenarnya Web tersebut hanya sebagai platform untuk mereka yang mahu melakukan urusniaga secara sah tetapi ada segelintir yang mengambil kesempatan. Ni yang aku geram ni.. kalo dapat aku sumbat dengan lesung batu. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Nasihat pada korang semua sebelum nak beli barang online tu baik siasat dulu. Korang juga buleh check kat Web My scammer


Kat sini korang boleh tengok sape yang dah kena tipu dan sape yang tipu mangsa.. 
Maaf ye sebab entry hari ni skema sikit hehe.. Chill out..

"Tepuk Dada Tanya Minda"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Monday, March 26, 2012

Nuffnang Tidak Merajuk Lagi


Alhamdulillah segalanya indah hari ini. Mrs Kepoh dah dapat kerja yang selama ini dia nak dan Madam Nuffnang pulak dah tak merajuk lagi dengan Kami lagi. kalau ikutkan dah lama Nuffnang merajuk dengan kami. Langsung takde peningkatan tetiba je pagi ni dah ada peningkatan. Terima Kasih Nuffnang hehe. 



Aku pun tak tahu kenapa nuffnang merajuk dengan aku. Sejak tahun lepas lagi langsung takde income dari nuffnang mungkin sebab aku pernah 'lukakan" hati nuffnang huhu. Sorry ye darling hehe. Apapun  semoga dengan sinar baru ni aku takkan melukakan lagi hati nuffnang. baru je semalam dok sembang dengan Nurfarah tentang benda ni tup tup terus ada income hehe. Ni bukan entry mengampu tapi aku syukur sangat sebab dah ada perubahan. Bayangkan dah berapa bulan asyik statik je earning. Sampaikan kadang-kadang dah nak putus asa tapi memandangkan aku rasa pilihan aku tak silap jadi aku setia lagi. Akhirnya  Alhamdulillah.


"Tepuk Dada Tanya Minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, March 25, 2012

Live Streaming Channel Tv


Meh semua tengok tv online hehe. Layan sesama bagi hilangkan rasa boring. Bagus untuk kaki bola dan juga kaki movie. Kalau line korang laju cuba try kat Tevee DF. Semua ada TV1,TV2,TV3 dan juga siaran astro. Macam-macam ada. Dan pada yang minat dengan sukan terutamanya bolasepak buleh try kat 

~Untuk Kaki Sukan~
Channel ni best sebab siap ada jadual perlawanan untuk apa jenis sukan. Bila dah ada perlawanan trus klik link yang disediakan je. cukup senang.
Untuk link Klik SINI

~Untuk Suka Tengok Tv~
Channel ni pula khas untuk tengok tv. Memang best sebab semua channel tu kualiti gambar memang TERBAEKK
Untuk link Klik SINI


"Tepuk Dada Tanya Minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~