Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, December 18, 2011

~AWEKKU SEBUAH KERETA~

Salam, Mesti semua pelik dengan entry Mr Cool hari ni, tapi dalam kehidupan kita seharian itu semua tidak mustahil lagi-lagi kalau benda ni berlaku di luar negara. Edward Smith seorang warga Amerika mengaku bercinta dengan kereta Volkswagen Beetle berwarna putih dan di beri nama manja iaitu 'Vanilla' Mr Cool tak tahu macamana nak bayangkan kenapalah 'cerdik' sangat dia sampai sanggup bercinta dengan kereta dan yang paling tak boleh nak bayangkan bila En Cerdik Pandai ini siap melakukan hubungan seks dengan si Vanilla. Aduhhh Mr Cool tak tahu kat manala titik ghairah si Vanilla tu hehe. Mungkin kat stereng kot haha, ntahla dunia..dunia.. Sebelum berjumpa dengan Vanilla , Edward ni pernah mempunyai hubungan cinta dengan kereta Volkswagon yang dibeli dari sebuah keluarga di Washington..

~kosmo hari ini~

Berat nanang orang ganu kate hehe.. Mr Cool pun pelikla dengan mamat ni. Ni la baru dikatakan nafsu besi.  Apa yang berlaku kat mamat ni sebenarnya ada salah satu penyakit yang dikenali sebagai mekanofilia di mana penyakit ini menyebabkan seseorang menyintai benda, alatan, motosikal ataupun kereta dan mereka yang menghidap penyakit ini akan menganggap alatan dan benda seperti kekasih. Golongan itu juga akan melakukan hubungan seks dengan objek yang mereka cintai. Kebanyakkan individu yang menghidap mekanofilia ini adalah disebabkan kurang mendapat kasih sayang ketika kecil atau kekecewaan yang teramat sangat dalam percintaan. Mr Cool masih tak dapat terima hakikat bahawa ada orang macam ni dalam dunia ni.. huhu, Tepuk dada tanya selera.

~Adakah Ini Awek Yang Bernama Vanilla~
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, December 16, 2011

APE NAK MASAK RI NIE EKK??

Mrs kepoh in a house..Haha ri nie Mrs Kepoh nak mencoret plak.Asyik Mr Cool ja mne aci. Bkn ape lappy Mrs Kepoh wat hal plak. X bleh nak tekan keyboard. Kena duk ketok2 dlu baru boleh tekan.Aduyai payah betul. Huhu maklum la lappy dpt free amik streamyx ri tue. Ngee. =) Hari nie Mrs Kepoh smpi umah dlu dri Mr Cool. Jadinye boleh la rehat2 jap ngee smbl menunggu buah hati pengarang tue sampai. Mrs Kepoh ah blurred nak masak pe malam nie. Tadi ingat nak masak sup ayam tpi mse tengah drive akal fikiran nie boley plak gatal fikir nak wat nasi ayam. Perghh mentang2 la smlm makan nasi ayam dkt Giant Plentong huahua. Tapi kan nak wat nasi ayam arang x cukup plak.Ngee... Mr Cool malam nie kite makan sup ayam ngan bayam goreng pedas jelah ea. Hehe =p. Mrs Kepoh nanti nak cube wat "Steamed Chicken with Mushroom". So for those yang nak jage pemakanan boleh try resepi nie. Nanti Mrs Kepoh resepinye ye. Sama2 mencube ^^,. Okay la nanti see u allz next tyme daaa!! <3

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, December 10, 2011

~NILAI BLOG ANDA~

Tengah best-best surfing internet tadi kat wawanfaiz Mr Cool terjumpa web yang bagi nilai pada blog kita. Jadi apa lagi, teruslah Mr Cool buat untuk blog ni tapi nilai tak sampai pun 1k hehe mungkin sebab baru kot. Takpe nanti ada masa Mr Cool akan pastikan blog ni bernilai sampai buleh beli kereta banyak-banyak haha.. Kat bawah ni Mr Cool bagi tutorial bagaimana nak tau nilai blog kita.

masuk kat .http://bizinformation.com.my dan masukkan link blog anda kat box dan tekan value

tadaa kan dah tau nilai blog anda hehe.


p/s#Mr Cool punya murah je.. huhu
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~MARINE JOB~

Yuhuu, hari ni Mr Cool blur sesangat memikirkan job yang dah lama terbengkalai tu, dah berapa hari dah delay, hope semua ni setel minggu depan bukan ape cume nak cari material tu yang susah sangat. Liquid Electrical Tape (LET) tu la yang susah sangat nak cari. Dah puas Mr Cool cari kat area Johor Bahru langsung tak jumpa malah ramai yang tak kenal barang apa tu. Mungkin Mr Cool tak tahu mana nak cari benda alah ni. LET tu gunanya adalah untuk insulation, kira macam tape elektrik biasa je cuma yang ni kena sapu kat tempat kita nak isulate jer. 
Perghh last-last ada sorang member bagitau yang LET tu boleh didapati kat Ace Hardware dan store Ace je, Masalahnya Ace Hardware just ada kal area Kl dan Selangor je. Kalo korang semua tau Ace Hardware ada kat JB bagitau la kat Mr Cool eh.. Ketensionan yang teramat sangat ni. Payah sangat nak jumpa LET ni mungkin jarang orang gunakan tapi kalau tanya cikgu-cikgu elektronik mesti diorang tau hehe.

~Liquid Electrical Tape~

Rasa-rasa macam kena naik KL je hari ini lepas Mrs Kepoh balik dari interview petang nanti buleh hantar stand untuk kek time kawin hari tu sekali kat Che Rose yang tolong buatkan kek. Terima kasih sebab tolong Mr Cool tempohari, dan kalau sesiapa nak tempah kek silalah berhubung dengan beliau..
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, December 9, 2011

~3 BENDA MUSTAHIL DI DUNIA~

Dalam dunia ni ada 3 perkara yang mustahil
1#Anda tidak boleh mengira banyak mana rambut anda.
2#Anda tidak boleh membasuh kedua mata anda dengan sabun.
3#Anda tidak boleh bernafas jika lidah anda berada di luar mulut anda.
-
-
-
-
-
-
Ok..Sekarang masukkan balik lidah anda tu.. buruk sangatla
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, December 8, 2011

~KERABU JANTUNG PISANG~

Terliur rasa bila Mrs Kepoh cakap nak makan Kerabu Jantung Pisang tadi hehe. Ape lagi Mr Cool dengan gaya penuh dengan ke'macho'an terus masuk dapur nak ready masak hehe. Tetiba " troot..troott.. hp pulak berbunyi,

" Assalamualaikum, nape syg?

" Ada barang tak nak buat kerabu tu? nak kirim apa lagi?

" Belikan abang kerisik"

Itulah antara perbualan ringkas antara suami isteri,
Maka bermulalah episod menyiapkan kerabu tersebut, tunggang langgang Mr Cool kat dapur dok rebus jantung pisang pas tu dok hiris jantung pisang pulak. Alamak!! kecil pulak Mr Cool hiris hehe. takpe jangan risau just Mr Cool dengan Mrs Kepoh je yang makan hehe. Mrs Kepoh tak cerewet kalo bab makanan, selalu jew Mr Cool kena marah sebab selalu bazirkan makanan. 

~sekali hiris halus daa~

Sambil dok hiris jantung pisang Mr Cool ternampak pulak pucuk ubi kayu... Perghhh best gak kalau celur pas tu cicah dengan budu.. Tangan Mr Cool ligat je dok masukkan pucuk ubi kayu lam periuk. hehe..
Kalau korang nak try resepi Kerabu Jantung pisang Mr Cool ni ha resepinya yang tak seberapa.

Kerabu Jantung Pisang


Bahan-bahan

# Sebiji jantung pisang muda.(direbus dengan sedikit garam selama 15 minit)
# 4 ulas bawang merah(ditumbuk)
# 1 ekor ikan (direbus dan dibuang tulangnya)
# sedikit kacang panjang(dihiris halus)
# 2 ulas bawang putih(ditumbuk)
# 1/2 labu bawang besar kuning(dihiris halus)
# 10 tangkai cili padi(ditumbuk)
# 3 sudu besar kerisik
# 1 biji cili merah(dihiris halus)
# 1 biji tomato(dibuang empulur dan dihiris halus)
# sedikit lada hitam(ditumbuk)
# sedikit belancan(dibakar dan ditumbuk)
# 1 batang serai(dihiris halus)
# 1 biji limau nipis
# garam serta serbuk perasa

Cara membuatnya

# Jantung pisang yang dipotong halus di gaulkan bersama dengan bahan yang ditumbuk sehingga sebati.
# Gaulkan bersama dengan bahan yang dipotong halus dan perahkan limau nipis.
# Masukkan serbuk perasa dan sedia untuk dihidangkan

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~