Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, March 24, 2012

Public Phone Akan Dilupuskan



Ermm habislah mesti takleh gayut lagi kat public phone.. Teringat kembali saat dulu masa belajar, Public phone adalah rakan setia bagi yang ada awek hehe. Tapi jangan risaula bila public phone akan dilupuskan sebab semua tu hanya di Thailand.

Kalaulah kat sini pun akan ambil langkah yang sama tak tahulah apa yang akan jadi huhu. Kita mungkin akan merindui saat-saat seperti:

1-Beratur panjang semata-mata nak guna public phone.
2-Tukar syiling dengan member sebab nak telefon awek.
3-Curi line public phone hehe.

Tapi senario sekarang bila kita tengok orang guna public phone kita akan fikir:

1-Takde hp ke asyik guna public phone.
2-Mesti dia miskin takder duit nak beli hap.
3-Apa barang guna public phone zaman sekarang.
4-Eiii guna public phone wat malu jer.


"Tepuk Dada Tanya Minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, March 23, 2012

Alahai...kucing


 
" Macam nie la dua ekor nie tido"

Alahai kucing...Huhu penat dibuatnya aku oleh dua ekor kucing nie. Pak Tam and Pak Ning. Pagi-pagi dah mengiau mintak makanan xpun nak membuang. Tapi selalunya dua-dua ekor nie belum sempat nak kuarkan suh memuang dah melepas dalam sangkar. Alahai korang dua ekor nie. Kena buangkan najisnya plak tuh. Fuhh!! baunya kadang-kadang menyengat hidung. Tapi kena buangkan jugak la kalau x bau semerbak itu akan berterbangan di udara sampai ke dalam rumah. 

Kuat jugak dua ekor nie makan. Main lompat sana sini sampai tembok rumah yang tinggi pun boleh lepas dan bila pintu rumah dibuka dengan sepantas kilat memanjat semula ke rumah tuk makan. Pandai ye korang dua ekor nie. Kalau dah dilepas dari sangkar terus je melulu nak masuk dalam rumah. Amboi kan main lagi ye. Maaf la ya "Pak Tam & Pak Ning". Kalau x mandi dan badan bersih dari segala kotoran sedia ada, tidak sama sekali dibenarkan masuk. Bukan ape nanti sampai ke bilik khas tuk solat diperginya. Maklumla berdekatan dengan dapur. So, nak masuk dalam mandi dulu yeee. Yang selalu jadi Mastermindnya dan kaki buli ialah "Pak Ning". mentang-mentang la awak tue besar sikit jah dari "Pak Tam" awak nak buli dia ea. 


"Pak Tam - Mangsa Buli"                  "Pak Ning -Kaki Buli"

 
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, March 21, 2012

Credit To Blog Cik Nurfarah, Kakyong, Kak Mia, Cik Epal, Sihatimerah Jambu Dan Cik Tom

Salam.
Petang- petang camnilah masa yang paling aku suka nak update dan renovate blog aku maklumla baru belajar katakan lagipun time-time camni aku tak berapa sibuk sangat huhu. Aku sebenarnya suka sangat baca blog kengkawan aku. Selalunya blog yang aku suka follow tu aku memang ternantikan update daripada mereka semua hehe.. Cam budak-budah je walaupun dah tua .(Ces tunggang langgang je ayat aku ni ha)
Sebenarnya aku suka testing tutorial yang mereka buat kat blog aku ni ha. Ada yang jadi dan ada plak yang langsung tak jadi. 

Sekalung terima kasih aku ucapkan kat Blog Cik Nurfarah, Kak Yong , Kak Mia, Cik Epal, Blog SihatiMerahJambu dan juga Cik Tom yang selama ni aku banyak belajar dari blog korang semua. Ada tutorial dari blog korang aku masukkan kat blog aku ni hehe. Ada yang aku tinggalkan jejak dan ada pulak yang aku tak sempat tinggalkan jejak maklumla sibuk sangat huhu.
Terima kasih atas ilmu yang korang semua kongsi tu.

Sebab itula aku buat entry ni khas untuk korang semua yang selama ini tutorial korang aku jadikan rujukan kat blog ni. Dan pada sesapa yang nak belajar tentang penulisan serta mencari tutorial yang terbaik untuk blog korang jadi korang tahu apa maksud aku ni kan hehe. Carilah blog mereka tu hehe.. Dan jangan lupa bagi credit pada mereka bila korang dah berjaya buat tutorial tu. Jangan jadi macam aku ni ha. Selalu je lupa bagi credit huhu.


"Tepuk Dada Tanya Minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, March 20, 2012

I AM STRONG!!!



Aku kuat. Yeah!! Itu yang patut aku terapkan dalam minda dan pemikiran aku. Aku kuat untuk menghadapi dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t. Aku kena berfikiran secara positif dari setiap sudut. Aku tak boleh menoleh ke belakang dan berputus asa. Aku kena pandang ke hadapan kerna sinar kebahagiaan terentang luas di depan mata cuma aku sahaja yang mengaburinya. Jangan...jangan berfikiran negatif lagi.

Fikirkan kasih sayang suami ku yang tak berbelah bagi,fikirkan kebahagiaan yang akan diberikan kepada bayi yang akan dilahirkan kelak. Itulah rezeki ku yang paling besar Allah berikan. Fikirkan abah dan ma yang menjaga ku dari sejak dilahirkan sehingga bergelar isteri. Ayuh!!Bingkaskan diri mu mencari kekuatan diri,ketabahan hati dan sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t agar segala yang diimpikan dapat dicapai dan dikongsi bersama-sama. 



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Cara Save Budget



Gambar sekadar hiasan hikhik

"Aii selalu je bawa bekal sejak kawin ni, save budget ke bro?" Kata seorang rakan kat aku bila aku buka bekal nak makan time rehat hehe. "Aah" Kata aku ringkas..

Watpe nak tipu kan. Sebelum ni aku tak pernah bawa bekal walaupun semasa sekolah dan kerja. Bukan ape mungkin sebab masa sekolah rendah dan sekolah menengah aku duk kat asrama desa walaupun jarak sekolah dengan rumah dekat je. Maklumlah sekolah kawasan pedalaman. Tup!!tup!! sejak kenal dengan Mrs Kepoh aku jadi addict plak pada bekal hehe. 

Banyak sebab aku suka bawa bekal sekarang antaranya:
1-Save budget(mestila)
2-Nasi banyak(tu yang makin kembang tu)
3-Banyak pilihan(buleh masuk budu sekali)
4-Suka tengok Mrs Kepoh bangun pagi siapkan bekal(muka serabai bangun tidur)

Kalau dulu time bujang bolehla nak makan kat luar, takde duit makan meggi je. Kalo sekarang bila dah kawen takkan nak bagi anak bini makan meggi? tul tak? Bagi aku sekarang aku suka bawa bekal ke tempat kerja.

Selalunya hari minggu kat rumah baru aku makan sesama dengan Mrs Kepoh. Kalo hari minggu aku yang jadi mangsa masak untuk kitorang. Macam minggu lepas aku masak Ketam Masak Berlada. Makan sampai licin tu hehe. Alhamdulillah tak pernah membazir.

 Budu Mesti Ada




"Tepuk Dada Tanya Minda"


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, March 18, 2012

BUBUR KACANG VS KEROPOK KEPING VS KEROPOK SAYUR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haha.entry kali nie pasal makanan plak. Untuk sarapan pagi nie ja kiteorg makan 3 jenis makanan.Punya la banyakkan.Hehe. Mana taknya semalam Mr Cool boleh mengidam nak makan bubur kacang. Rasanya dah lame dia nak makan. So alang-alang dah kami ke kedai membeli pagar tuk halang 2 ekor budak kecil tue keluar(Pak Tam & Pak Ning) singgah kejap dekat kedai runcit beli kacang hijau. Sampai di rumah kiteorg pun menjalankan misi masak bubur kacang. Nak dijadikan cerita dua2 orang nie x penah masak bubur kacang secara rasmi. Tapi aku tahu cara nak membuatnya. So Mr Cool pun follow la apa yang aku cakap sambil melihat resepi dari internet. 

Yang pasal keropok keping plak, pagi-pagi Mr Cool dah tanya keropok ade lagikan yang dah buka. Aku jawab ada. Dia pun suruh la goreng alang-alang dia membasuh kereta,nanti dah tersedia la keropoknya. Aku pun menggoreng la. Tengah-tengah sedap duk menggoreng,keropoknya dah habis menggoreng tapi hati masih nak menggoreng keropok. Buka-buka almari tengok ada keropok sayur. Jadilah getus kata hati. Haha. aku pun goreng la tapi x de la banyak sangat sebab takut nanti x habis dan lemau plak.

Kejap lagi nak prepare untuk masak tengah hari plak. Nak masak kari ketam. Nyumiee. Mr Cool jom kita berperang di dapur. =)


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~