Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, February 8, 2012

20 AMALAN MURAH REZEKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ape kahabar semua?Maaf sebab dekat 3 hari x update blog. Aku x berapa sihat badan and dalam masa yang same kekurangan idea untuk menulis di blog ini. Mr Cool pun sekarang nie sibuk dengan kerjanya. Jadi akulah yang ken mengambil alih tugas ,emgudate. Hehe. Harap-harap rezeki kami dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk zuriat kami ini.

Okay la hari nie entri aku nak share sikit pasal amalan untuk kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Jom check it out :

1- Menyempatkan diri kita untuk melakukan ibadah (tidak kira waji or sunat).
2- Memperbanyakkan istighfar(cnth: selepas solat fardhu,mase duduk2 sahaja dan sbginya.).
3- Meninggalkan perbuatan dosa(tidak kira besar or kecil).
4- Sentiasa mengingati Allah s.w.t(sambil melakukan rutin harian sambil berusaha mengingati Allah s.w.t).
5- Berbakti dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa(sentiasa ingat pergorbanan ibu bapa kita dari kita masih merangkak sampai dah berjaya dalam hidup).
6- Berbuat baik dan menolong orang yang lemah(kita menolong mengikut kadar kemampuan kita untuk menolong mereka).
7- Tunaikan hajat orang lain(kita cuba menunaikan hajat orang lain insyaAllah Allah akan menunaikan hajat kita.).
8- Banyakkan berselawat.(selepas solat atau pada bila-bila masa).
9- Buat amal kebajikan banyak-banyak.
10- Berpagi-pagi(memulakan pekerjaan atau aktiviti di awal pagi selepas selesainya solat fardhu subuh).
11- Menjalinkan silaturrahim.
12- Melazimi kekal berwuduk.
13- Bersedekah(kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan).
14- Melazimi solat malam(tahajud).
15- Melazimi solat Dhuha.
16- Bersyukur kepada Allah s.w.t.
17- Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran yang tertentu.
18- Berdoa(sentiasa berdoa tidak kira masa,waktu atau tempat insyaAllah Allah akan memperkenankan doa hamba-Nya)
19- Berikhtiar sehabisnya.
20- Bertawakal.

Itu antara amalan yang boleh kita lakukan untuk murah rezeki.Marilah kita bersama-sama melaksanakannya insyaAllah Allah akan memudahkan dan melapangkan rezeki kita. 

Wallahu a’lam.


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, February 5, 2012

SAMA-SAMA MENGHAYATI MAULIDUR RASUL

Al-Quran sebagai pembela:

                        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

"KREDIT TO HIMPUNAN KISAH TELADAN"



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

DUA EKOR BUDAK KECIL YANG AKTIF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dua ekor udak kecil adalah Pak Ning dan Pak Tam. Haha. Macam mane boleh wujud plak si Pak Ning & Pak Tam nie?Kisahnya...Semalam Mr Cool balik dengan membawa sebuah kotak yang ditebuk-tebuk lubang. Aku ingatkan ape la benda dekat dalam tue. Rupenya ada dua ekor anak kucing yang comel. 

Seekor warna kuning keperangan dan seekor lagi warna hitam keputihan. Ape lagi kami pun bermain la dengan dua makhluk Allah yang comel ini. Haha. Penat aku duk melayan karenah mereka nie. Tapikan yang tido selepas tue adalah Mr Cool,Pak Tam & Pak Ning. Bukan main lagi mereka nie melayan mata yang mengantuk.


Tengok bukan main landing lagi


Jeles saya...huhu..

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, February 2, 2012

TEMUDUGA A.K.A INTERVIEW?!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mesti semua orang pernah melalui pengalaman ditemuduga atau dalam bahasa omputihnya interview. Untuk mereka yang pertama kali pergi ke temuduga mesti berasa amat gementar sampai orang cakap keluar peluh dinginlah. Mane taknya, dalam keadaan pejabat yang berhawa dingin boleh plak die berpeluh. Kadang-kadang tue sampai mencurah-curah. Ngee cakap orang ntah-ntah aku sendiri pun macam tue gak. Haha.


Memang x dapat nak dinafikan sebabnya kita semua terlalu sangat memikirkan apa yang bakal ditanya oleh para penemuduga. Lain yang duk kita praktis selama ini dekat depan cermin dalam bilik, sekali lain pulak yang ditanyanya. 

Hai, nasib badan kalau apa yang ditanya pasal isu semasa. Kalau dalam negara xpe la jugak. Ini taknya isu semasa yang ditanya luar negara. Hah..x mengagau nak menjawabnya. Orang yang slalu tengok berita & baca paper mungkin akan menjawab dengan steadynya tapi yang x melayan langsung berita or baca paper....Tepuk dahi la jawabnya.

Temuduga bukan hanya tertumpu untuk mereka yang ingin mencari kerja tetapi juga ada dalam proses pengambilan pelajar. Contohnya dalam pengambilan pelajar untuk memasuki MRSM,Asrama Penuh or Maktab Tentera. Para pelajar diwajibkan mengambil ujian-ujian tertentu dan kemudiannya akan ditemuduga untuk dilihat prestasi mereka dalam bidang akademik dan sukan sosial. 

Di peringkat universiti atau kolej, juga diadakan temuduga oleh pihak pengurusan universiti atau kolej sebelum memberi tawaran kepada individu yang sesuai. Aku x terkecuali jugak. Itulah pengalaman pertama ditemuduga bukan untuk bekerja tetapi untuk sambung pelajaran.Okay la rasenya macam dah banyak sangat berceloteh. 


Ini ada tips yang boleh dikongsi bersama:

1- Sebelum masuk ketuk pintu dan ucapkan salam atau selamat sejahtera.
2- Jangan duduk selagi tidak disuruh duduk oleh penemuduga
3- Ceriakan muka anda dengan senyuman agar senang penemuduga melihat kita
4- Duduk dengan tenang dan jangan sesekali bongkokkan badan anda kerana ianya akan mengganggu percakapan dan struktur muka anda.
5- Sekiranya diminta untuk bercerita pasal diri kita & pengalaman, tarik nafas dan bercakap dengan lontaran suara yang jelas dan tidak kasar.
6- Apabila penemuduga menanyakan soalan dengar dengan teliti dan diam sehingga habis soalan ditanya.
7- Apabila ditanya pasal takat gaji, biarlah jumlah itu bersesuaian dengan anda,jawatan yang diminta dan juga melalui pengalaman anda
8- Apabila selesai sudah sesi temuduga ucapkanlah terima kasih diatas masa yang mereka luangkan untuk anda.
9- Anda digalakkan untuk menghubungi syarikat tersebut untuk menunjukkan minat anda dengan jawatan tersebut serta untuk mengetahui status permohonan anda.

So, harap-harap tips ini berguna for those yang akan menghadapi temuduga =)

"Selamat Maju Jaya"




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sejadah Bercahaya


Salam semua..
Bertemu kembali dengan Mr Cool. Dah lama sangat aku tak update blog sebab sibuk dengan kerja. Sekarang pun aku curi-curi masa nak update blog ni huhu.
Aku ada baca satu artical dalam web tadi jadi aku nak kongsi dengan korang semua. Satu sejadah akan bercahaya jika menghadap kiblat. Kan bagus kalau kita memiliki sejadah jadi senanglah untuk kita menunaikan kewajipan kita nanti. 

Tak perlu tanya orang lagi, tak perlu beli compas. Aku kalau beli kompas pun bukannya aku reti nak baca hehe. Aku rasa ramai lagi orang yang tak pandai baca kompass hehe.

Sebuah Syarikat iaitu Soner Ozenc telah mencipta sejadah moden yang canggih.Sejadah ini boleh mengeluarkan cahaya dan cahaya itu. akan semakin terang dan bersinar bila dipusing ke arah kiblat.Apabila dipusing ke arah berlawanan,cahaya akan makin malap dan pudar. MasyaAllah kan bagus kalau kat tempat kita ni ada di jual sejadah macam tu.






Credit to x lupa


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, February 1, 2012

MINUM AIR GULA


Assalamualaikum....

Entri  hari nie nak kongsi pasal minum air gula. Korang pernah x minum air gula? Yang hanya dicampur gula dengan air? Haha.. Hari ini untuk pertama kali dalam hidup aku minum air gula. Bukan gula biasa but aku x sure gula apa. 

Yang pastinya tadi aku tengok sepeket plastik sederhana gula tue dimasukkan ke dalam secawan air. Manisnya hanya yang minum dan Allah yang tahu. Memang x terkata. Huhu.. Lepas tue kena tunggu 2 jam untuk tahu samada paras gula dalam badan kite naik ke x. 

Sebelum minum air gula tue kena puasa dri 10 malam smpi sebelum minum airnya. Dah settle semua baru la boleh makan & minum. Nasib baik la aku x makan sandwich pagi tadi. Huhu.. Boleh lupe plak. X pasal-pasal Mr Cool bising. Yelah benda penting kot sayang oii. 

Ngee... Maaf ye hubby. So for others pregnant ladies, mari kite semua jaga pemakanan agar bayi dalam kandungan & diri kita sihat sejahtera hendaknya. InsyaAllah 

Sini ada sedikit info yang boleh dikongsi bersama pasal minum air gula.

Pemeriksaan dan Diagnosis:
Sesetengah wanita yang telah menghidap diabetes semasa hamil akan mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom diabetes, seperti berat badan melebihi 80kg, terdapat gula di dalam air kencing, berat badan naik mendadak dan mempunyai faktor-faktor seperti di atas. Bagaimanapun, kebanyakkan ibu-ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. 


Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom. Oleh sebab itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian daripada rutin pemeriksaan hamil dari 24 minggu ke 28 minggu kehamilan di kebanyakkan klinik. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘glucose tolerance test (GTT)’. Ujian tersebut dilakukan seperti berikut :

1.Anda perlu berpuasa selama 8 jam sebelum melakukan ujian tersebut.
2.Anda akan diberikan minuman mengandungi gula sebanyak 75g.
3.Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum anda minum air gula tersebut dan selepas 2 jam anda minum air gula tersebut.
4.Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
5.Jadual di bawah menunjukkan paras gula dalam darah yang normal berdasarkan sumber dari kriteria diabetes oleh World Health Organization (WHO).

Puasa2 jam
≤ 7.0 mmol/ l


≤ 7.8 mmol/ l



creadit to Hospital Metro :)


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~