Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, January 9, 2012

Review Alexa Kak Diana Complete


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pagi-pagi aku dah review alexa kawan-kawan sebab semalam aku tak sempat nak review.  Kumpulan 3 dah selesai.. tunggu kumpulan seterusnya.. Pagi ni kat opis try buka blog jap tup..tup tengok kat blog Kak Diana ada sebut pasal member-member yang belum lagi review Alexa. Huhuhu Nasib baik aku dah settle, kalo tak memang kena pelangkung nanti hehe. List yang kat bawah ni antara group 3 yang aku sempat review tadi.


Kumpulan 4

7-http://alyaeyanaqaisara.blogspot.com/ ( cun woo owner ni hehe)

Alhamdulillah aku sempat review semua member dalam kumpulan yang Kak Diana buat.. Thanks To Kak Diana sebab buat event ni hehe... Cayang Kak Diana 


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, January 8, 2012

Year End Sale


Salam.. Erkk baru sempat nak update blog hehe. Hari ni memang langsung tak sempat nak bukak laptop. Dari pagi kuar pas tu petang baru balik. Pagi tadi kuar g bayar kereta, beli barang dapur dan yang penting sekali tu siap beli Anmum kat Tesco Extra Plentong. Rasa pelik je bila first time beli susu untuk ibu mengandung. Dah nak jadi Abah rupanya aku. Syukur alhamdulillah rezeki tahun baru dari Allah. 

Bukan main banyak lagi Mrs Kepoh shopping barang kat Tesco tadi. Kira stok untuk simpanan la tu hehe.. Dah macam nak beli makanan untuk 2 bulan je td. Aku pulak jenis beli makanan sikit-sikit, Mrs Kepoh plak senang beli pukal punya tu yang aku rasa banyak tu. Mrs Kepoh selamba je cakap ala tu baru sikit bang. 

~"Mangsa Mrs Kepoh~

Hah!! nak tercabut tongkeng aku dengar dia cakap cam tu.. Mungkin begitu kot cara surirumah shopping barang dapur. Aku tak arif sangat tentang ni maklumla baru kahwin. Kalo tanya Kak Diana tak pun Kak Mia konpem mereka-mereka sekalian tau jawapannya hehe. Jangan marah ye Kak Diana, Kak Mia pun jangan marah tau hehe. 
Korang semua perasan tak tiap kali aku wat entry mesti aku cam melalut je kan. Aku pun tak tahu sebab selalunya sebelum menaip kat kepala otak ni banyak nak cakap tapi bila dah start menaip terus aku bluur dan tak tahu nak cakap pape. Tu yang jadi melalut tu hehe. Maklumla aku ni masih baru dalam arena blog-blog ni. Kalo korang semua ada idea nk bagi aku lagi banyak idea terangkan kat aku ok. Aku memerlukan bantuan korang semua. Thankss Yaa
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Saturday, January 7, 2012

Penjagaan Semasa Hamil





Penjagaan Semasa Kehamilan

Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.
8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.
Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
� Air kencing
� Tekanan darah
� Berat badan
� Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
� Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
� Air kencing
� Tekanan darah
� Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.
Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Pentingnya Pemakanan

1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.
2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.
3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.
4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.
5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.
6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.
7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.


Creadit To Forum Paramedic
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Alexa Kumpulan 2


Salam, alhamdulillah sambil buat kerja aku sempat review alexa membe dalam group 2 segmen kak diana hehe. Ni yang aku sempat tengok ri ni. Nanti kumpulan seterusnya aku akan review lagi..


 Yezza group lain akan menyusul nanti.. hehe..


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Surat Untuk Semua Blogger

Mr Cool & Mrs Kepoh
Jalan Duku,
Taman Kota Masai,
Pasir Gudang,
Johor.



Pembaca Blog Bila Dua Insan Berkata-Kata,
Dimana Sahaja Berada,
Serata Dunia,
Planet Bumi.                                                  7 JANUARI 2012


Datuk/Datin,Tuan/Puan,Cik,

Per: Penghargaan Semua Yang Terlibat


Merujuk perkara diatas, saya seperti penama diatas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi baca blog ini.

2- Selama ini Mr Cool & Mrs Kepoh tidak tahu bahawa blog yang sepi ini mempunyai kalangan pembaca yang setia. Tahniah untuk anda semua. Jasa baik kalian semua yang sudi membaca amatlah kami hargai. Kami berjanji akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti blog kami.

3- Di kesempatan ini kami ingin meminta jasa baik readers(englishla sangat) semua untuk memberi tunjuk ajar kepada kami yang masih baru dalam arena pemblogigan(betul ke) jika readers semua merasakan apa yang perlu kami buat untuk mempertingkatkan prestasi blog ini.

4- Sekali lagi jika ada salah dan silap dari kami harap di maafkan. Sama-samalah kita menegur walaupun dalam blog kami.

5- Jasa baik readers semua amatlah saya hargai.

Sekian terima Kasih


Yang Benar,

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum,

Apa khabar semua?Mrs Kepoh sihat2 sikit aja. Nak tau kenapa! Sebanya Mrs Kepoh dah confirm pregnant already for 6 weeks....syukur alhamdulillah. So skrang nie memang dah asyik mual2 dan melayang rasenye badan. Tapi syukur masih oleh masak for teddy huby tersayang Mr. Cool. Kalau x kesian dekat Mr. Cool. I'm sorry dear hubby. Jadinya starting from today Mrs Kepoh kena jage pemakanan agar bay sihat wal'afiat dan Mrs Kepoh sihat hendaknya. So pada sape2 yang dah ada anak boleh x nak minta sharing sikit pape info pasal pregnacy and birth. Atleast Mrs Kepoh dapat buat persediaan awal. Hope everything will go fine for us.
Okay la Mrs Kepoh dah x larat lagi nak bercoleteh untuk malam nie.Nanti kite duk berkongsi2 info ya. Daa =)

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~