Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, January 6, 2012

Blog Di Hack



Assalamualaikum semua. sebenarnya semalam lagi aku patut posting kat sini huhu tapi tak berkesempatan. Sibuk memanjang je mklmla dh dekat audit ISO.. Semalam sebelum masuk kerja iaitu pukul 700am aku buka blog ni utk update cam biasa tapi tetiba je aku blurrr.. Apahal plak ni.. Bila aku baca balik aku bru phm. Rupanya blog aku dah kena hack.. Berdebar gile hati aku,, ermmm konpem jahanam blog aku ni. Tamatla riwayat coretan Mrs Kepoh dan Mr Cool nanti. 

Bila aku baca balik ape yang tertulis rupanya di hack oleh "Pengembara Timur" ermmm aduh cammana ni.. Blog aku ni di hack oleh geng diorang untuk test security katanya tapi xtaula kebenarannya pulak.. Yang tak tahan tu security blog aku ni 0.001% haha teruk gile aku punya kan hehe. Punyalah sempai 1% pun x sampai haha.. Sedey gile seyhh.. Aku apalagi, dengan lagak sedih dan macho aku msg geng pengembara timur.

 " Assalamualaikum, leh bagi balik tak blog saya?" kat wall diorang.. Tuppp..tuppp.tupp.. xde respon.. "Xpela nak wat cam na, jd arwahla blog aku ni"~suara manja dalam hati~ Tapi bila aku sampai kat workshop aku cube buka balik,,, Aik,buleh plak, Alhamdulillah sebab boleh buka balik blog aku ni ha. Blehla korang dengar apa yang aku nak cakap kat blog ni lagi huhu. Aku sempat lagi tu print screen page blog aku time kena hack sebab nak tunjukkan kat korang hehe
;
;

~ni ha msg diorang bagi kat page blog aku~ 

Ramai kalangan kita marah bila kena hack. Bagi aku kan aku tak la marah cma sedih je huhu sebab aku dah 2 kali kena hack. Dulu fb aku sekarang blog plak. Lagipun aku slalu baca piagam diorang yang hack ni diorang just nak testing security dan diorang akan bagi balik kalo kita mintak dengan baik. 

Dengan kata lain diorang ni hackers yang baik hehe. (ada ke cam tu?) Pape pun terima kasih pada "Pengembara Timur sebab hack aku punya log dan bagitahu security aku lemah (kalo x sampai skrg aku xtau security blog aku lemah) dan sekali lagi terima kasih sebab bagi balik blog yang tak seberapa ni kat aku,, Thanks sume..

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Review Alexa Kawan


Salam satu Malaysia semua dan selamat menyambut hari jumaat yang indah. Hari ni mood aku memang bercampur baur. Sedih, gembira, dan macam-macam ada. Sedih sebab Mrs Kepoh tak sihat. Sejak kebelakangan ni Mrs Kepoh lesu je badan. Selalu Mrs Kepoh sihat dan kuat hehe sekarang pulak lemah dan lesu. Kesian kat dia huhuhu. Hari ni juga aku happy sebab tak tahu kenapa. happy semacam je mungkin sebab kerja aku yang bertimbun semakin kurang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. 

Hari tu aku dah join segmen Kak Diana pasal review alexa. Blog aku ni dalam group 1 jadi semalam aku baru sempat review member aku kat group 1 tu nanti aku akan review pulak nanti untuk lain-lain kumpulan.. List kat bawah ni antara yang aku dah terjah diorang kat alexa.


Pada kump lain kejap lagi aku akan review korang masing-masing hehe..
See yaaa, nantikan kemunculan Mrs Kepoh & Mr Cool




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, January 5, 2012

IKAN PEKASAM


Assalamualaikum, Tak sabar nak tunggu raya cina nanti maklumla nak balik kampung. Dah lama gile aku tak balik kampung. Rindu tahap dewa durjana dah ni. Asyik igat kat family kat kampung je sekarang. Dahla lama sangat aku tak main dengan banjir. 

Dulu bulan november paling aku tunggu sebab nak main air banjir. hehe bukan ape cuma air sungai kat kampung aku makin naik dan bolehla aku pasang jaring. Buleh ikan pulak besar dari selalu, Ikan dari sungai besar akan merayau time banjir dan naik kehulu sungai. 

Dapatlah makan ikan baung, kelah, lampam banyak lagi la.. Lepas tu suh nenek buat pekasam. Pehhh sedap gile kalo ingatkan balik kenangan tu huhu.. Rindu sangat...


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

CHICKEN CHOP HUTAN BANDAR


Baru sampai umah tepat jam 1.04am. Kenyang dan penat sangat-sangat dan sume tu merupakan pakej yg lengkap untuk tidur.. Mrs Kepoh terus masuk bilik pas tu siap cakap " Bang soryla sebab penat sangat"
Aku ape lagi teruskan usaha untuk update blog yang tak seberapa hehe. 

Mata dah boleh sendal dengan lidi dah ni ha. Tadi aku, Kepoh, Akim, Ijul pas tu minah kepoh Oja pegi makan kat Hutan Bandar, JB. 4 ChickenChop dan 1 Lamp Chop menjadi santapan kami sume ditambah dengan air yang baru pertama kali aku dengar. 
;
Mrs Kepoh: "Bang saya nak minum air suam yang panas" 
;
peh terbahak-bahak mamat yang amik order dengar air tu. Kitorang pun ape lagi trusla gelak sampai nak pecah hempedu. Nasib baik tak order chicken chop kurang manis hehe. Cik wawa.. cik wawa.. itulah dia Mrs Kepoh huhu

~Chickhen Chop Rm5~

Kedai ni orang selalu panggil "chicken chop 5 ringgit " takpun chicken chop hutan bandar. Aku selalu jugak lepak sini kalo time gaji maklumla makanan murah sangat-sangat cuma masa nak menunggu satu hidangan tu kadang-kadang bleh sampai 1 jam wooo.. Lapoo den nak tunggu Kalo nak cuba makan silalah datang sini chewaaah buat macam kedai aku je hehe. Siap promote lagi tu hehe.

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, January 3, 2012

GEMBIRA?


"Abg macam tak hepy je?" Mrs Kepoh tanya aku.
tadi otw balik dari tempat keje aku singgah kat guardian kejap sebab nak beli pregnant test utk Mrs Kepoh. Sampai umah terus aku letak kat sofa. 

Lepas Mrs Kepoh sampai umah dia terus test.
Jeng--->; jeng---->; jeng--->; resultnya ada dua garisan maknanya kemungkinan hamil. Time tu aku dah xtau nak buat apa dah. muka terus jadi blurr huhu. Sebenarnya terkedu. gembira sangat sampai xterkata.
Tup..tup..tup Mrs Kepoh tanya " Macam x suka jew" CIK WAWA suami mana yang tak suka ila isteri tersayang hamil.. 
;
;
;
InsyaAllah rezeki tahun baru dari Allah untuk kami. Nanti dalam masa yang terdekat kami akan ke klinik untuk confirmation. Alhamdulillah.... Syukur sangat-sangat. 





Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

SUATU PETANG YANG DAMAI

Kringggg...Kringggg..Kringggg
Mr Cool:"Hello, Syg kat ne?"
Mrs Kepoh: "Kat tempat keje, baru nak balik?"
Mr Cool:"Ooo Abg mungkin balik lambat kot sebab ot."
Mrs Kepoh:"Ok, Abg no 0167**** tu no sapa?"
Mr Cool:"Xtaula kenapa?"
Mrs Kepoh:"Igtkan no kawan abg, xpela cam tu gak."
Mr Cool:"ok, bye"
;
;
;

Mungkin nampak macam perbualan biasa bagi korang sume, Apa yang korang sume pikirkan bila baca perbualan diatas? Apa yang terlintas di fikiran korang? Mesti korang nampak pasal Mrs Kepoh tanya no sapa tu kan? betul x? Aku dah agak dh hehe..
;
Tapi aku nak bagi tau itu semua bukan isu yang sebenarnya tapi aku cuma nak cakap bahawa sekarang hidup kami semua dah macam terbalik dah huhu.. Tau kenapa? Mrs Kepoh kuar keje pkul 6.30 pagi. Aku pulak pukul 7.30 pagi. Balik pula pukul 5 ptg bg aku dan 7 ptg bg Mrs Kepoh. Ringkasnya macam ni

Aku: 7.30am~5pm kerja
Mrs Kepoh : 6.30am~7pm kerja.

Macam sengal je kan. sepatutnya macam ni:


Aku: 6.30am~7pm kerja
Mrs Kepoh : 7.30am~5pm kerja.

Erm. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam suri rumah pulak. Bukan sebab kena buat kerja ke apa cuma sebab kitaran waktu bekerja. Aku bersyukur sebab ada Mrs Kepoh dalam hidup aku. Walaupun dia kepoh tapi memang dia kepoh pun hahaha. 

Nanti kalau diberi rezeki Anak InsyaAllah sume kerja rumah aku buat hahaha.. Dulu lepas kawen pun aku masak untuk Mrs Kepoh sebab aku dh janji nak masak kat dia selama seminggu lepas kawen. Lepas seminggu Mrs Kepoh pulak take over hehe...

Apa yang perlu aku buat untuk aku betulkan kitaran masa kerja tu?
Sila bagi pandangan anda.. huhuhuhu




Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~