Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, January 2, 2012

MICHAEL JACKSON BEKERJA DI ASIA

Susah nakcari orang kat tempat kita sanggupnak kerja dengan gaji RM9 sehari tapi semua tu berlaku di Manila, Filipina. Kerana sesuap nasi sanggup buat apa saja.Erm dunia..dunia.. yang miskin terus miskin dan yang kaya pulak makin kaya.


SETIAP hari, ribuan anggota polis trafik di Manila, Filipina berusaha keras bagi memastikan jalan raya yang selalu sesak dengan kenderaan, berjalan lancar. Namun bagi seorang pegawai trafik, Ramiro Hinojas, 55, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengawal lalu lintas iaitu dengan melemparkan senyuman dan mendapat ‘bantuan’ daripada Michael Jackson.




Menariknya tentang pegawai trafik warga Filipina tersebut, dia sanggup tampil dalam persalinan kostum Santa Claus ketika mengawal lalu lintas di sepanjang jalan utama di Manila. Lelaki yang popular dengan gelaran ‘polis trafik menari’ itu tegar mengawal trafik sambil berdansa meskipun menerima cercaan segelintir pemandu dan terdedah pada pencemaran udara.



~Best gile kalo dapat cilok sini dgn moto~

Selama tujuh hari seminggu, hujan atau panas, Hinojas tetap teguh berdiri di tengah-tengah persimpangan utama di Manila. Enggan membiarkan kesesakan jalan raya berterusan, Hinojas segera menjalankan tugas mengawal aliran trafik dengan baik sambil menari.
Gerakan kaki yang dipraktikkannya dicedok daripada gaya tarian Raja Pop, mendiang Michael Jackson. Lebih daripada itu, keletah tariannya yang bersahaja tersiar pula dalam laman sosial Youtube lalu menjadikannya selebriti kecil biarpun memperoleh gaji bulanan rendah di negara berkenaan.



Creadit To KISAHSENSASI.COM  :)


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

10 CARIAN GOOGLE PALING TERBANYAK TAHUN 2011


Pada 2011 apa yang paling penting sekali? Kita tengok apakah pertanyaan yang paling banyak sekali di Google dalam tahun 2011.



1-REBECCA BLACK



Membuat penampilan di internet dengan siaran lagu pop beliau "Friday". Video terseut telah menaikkan nama beliau yang pada masa tu baru berumur 13 tahun. Video beliau telah di tonton  lebih 167 juta di laman Youtube. Carian untuk Rebecca Black dan kaitan sepperti Rebacca Black Friday melonjak sebanyak >10,000% antara 2010 dan 2011, menjadikan penyanyi pop muda tersebut sebagai carian paling cepat meningkat di Google tahun 2011.



2-GOOGLE +
Jun 2011, Google memasuki ruang rangkaian sosial dengan pelancaran Google +. dalam tempoh 3 minggu Google + mengumpulkan asas pengguna melebihi 10 juta orang.



3-RYAN DUNN


Amat terkenal dengan aksi nekadnya dalam rancangan TV realiti “Jackass” dan “Viva La Bam,” Ryan Dunn menemui ajalnya dalam kemalangan jalan raya pada 20 Jun, 2011 ketika berumur 34 tahun.
Sepanjang minggu 19 Jun 2011, Ryan Dunn menerima banyak perhatian di Google. Pada hari Selasa selepas kematiannya, bintang gandingan “Viva La Bam”, Bam Margera, telah melawat tapak kemalangan dan menangisi kehilangan rakannya itu.
Percaya atau tidak, beberapa saluran berita Amerika mempersoalkan sama ada kematian bintang realiti ini adalah usikan "Jackass" yang paling teliti pernah dirancang.



4-CASEY ANTHONY


Ibu muda Casey Anthony telah didakwa atas kesalahan membunuh darjah pertama apabila jasad Caylee, anak perempuannya yang berumur 2 tahun, telah dijumpai di kawasan belukenr berhampiran rumahnya di Orlando, Florida. Para juri memutuskan beliau tidak bersalah pada 5 Julai 2011.
Carian untuk Casey Anthony dan carian berkaitan seperti Casey Anthony Case meningkat sebanyak 2,680% dari 2010 hingga 2011, meletakkan beliau di tempat carian #4 paling cepat meningkat di Google.Carian untuk Casey Anthony melonjak sepanjang minggu 3 Julai 2011, setelah juri memutuskan ibu berusia 22 tahun ini tidak bersalah dan orang ramai mula mengikuti dengan mendalam tentang kehidupan beliau selepas perbicaraan tersebut.Casey Anthony menjadi tajuk utama semasa dan selepas perbicaraan 6 minggu beliau. Daripada kelewatan perbicaraan sehingga pendedahan teman lelakinya mengenai hubungan cinta mereka, pihak media memerhatikan setiap pergerakan beliau.



5-BATTERFIELD 3


Keluaran permainan video penembak orang pertama EA yang amat dinanti-nantikan, Battlefield 3, dengan penjualan 5 juta salinan pada minggu pertama keluarannya.Carian untuk Battlefield 3 dan carian berkaitan BF3 melonjak 1,773% antara 2010 dan 2011, menjadikan permainan penuh aksi ini carian #5 paling cepat meningkat di Google pada tahun 2011.Populariti permainan video ini memuncak pada minggu 23 Oktober 2011, apabila ia dilancarkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.Battlefield 3 menjadi subjek kontroversi di banyak pelosok dunia. Di Norway, di mana siri permainan Battlefield terdahulu menerima markah ulasan yang teruk, pengeluar telah menyembunyikan salinan ulasan dari tempat permainan.



6-iPHONE 5

Pengguna dan penganalisis bersama-sama menantikan keluaran telefon pintar terbaharu Apple berbulan-bulan sebelum ketibaannya. Ciri yang diperkatakan termasuk skrin yang lebih besar, kaca sisi ke sisi, kamera 8 megapiksel dan kawalan suara yang meluas. Ramai percaya telefon tersebut akan dinamakan iPhone 5.Carian untuk iPhone 5 meningkat 1,658% antara 2010 dan 2011, menjadikan telefon pintar yang diperkatakan ini carian #6 paling cepat meningkat di Google.Keterujaan terhadap iPhone 5 mencecah kemuncak cariannya pada minggu 25 September 2011, seminggu sebelum Apple memperkenalkan iPhone 4s dalam sidang akhbar di ibu pejabatnya di Cupertino, CA.Dikecualikan daripada keluaran asal tidak menghalang orang ramai di Singapura daripada mencari dan membuat spekulasi mengenai telefon yang diperkatakan.Semua orang dari TechCrunch sehingga ke Washington Post, membuat spekulasi mengenai iPhone 5 yang amat dinanti-nantikan ini.



7-ADELENE


Adele menggegarkan industri muzik dengan keluaran album keduanya “21,” dengan penjualan 208,000 salinan di UK pada minggu pertama keluarannya dan muncul pertama kali pada nombor satu pada Carta Album UK selama 16 minggu berturut-turut. Album tersebut melonjakkan gadis 22 tahun itu menjadi kejayaan yang memecahkan rekod dan disanjung di peringkat antarabangsa. Carian untuk Adele meningkat 1,588% antara 2010 dan 2011, menjadikan penyanyi ini carian ke-7 paling cepat meningkat di Google.Carian untuk Adele memuncak pada minggu 28 Ogos 2011, apabila penyanyi wanita Britain itu menyanyikan lagu balad “Someone Like You” diiringi alunan piano semasa Anugerah Muzik Video MTV.Adele mempunyai khalayak yang benar-benar global, tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau tidak pernah membuat persembahan di tiga negara di mana beliau paling popular.Dari pembedahan tekak beliau sehingga kepada persembahan VMA beliau, pihak media hiburan antarabangsa mengikuti perkembangan Adele.



8-東京 電力


Kerajaan Jepun mengarahkan pemindahan beribu-ribu penduduk yang tinggal berhampiran dengan 東京 電力 (TEPCO) Loji I Fukushima selepas gempa bumi merosakkan beberapa reaktor nuklear dengan teruk.Carian untuk 東京 電力 (TEPCO) melonjak 1,470%, menjadikan syarikat utiliti elektrik ini carian ke-8 paling cepat meningkat di Google dalam tahun 2011.Syarikat utiliti ini mencapai puncak carian pada minggu 13 Mac 2011, dua hari selepas gempa bumi 9.0 menggegarkan Jepun dan usaha serta sokongan bantuan antarabangsa mencurah-curah masuk dari seluruh dunia.



9-STEVE JOBS


Steve Jobs menjadi inspirasi berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan keghairahan dan kreativiti beliau. Pakar teknologi yang berpandangan jauh, bersama-sama dengan pengasas bersama Steve Wozniak, telah merevolusikan cara kehidupan dan pekerjaan orang ramai dengan bantuan komputer Mac, iPod, iPhone dan iPad.Carian untuk Steve Jobs meningkat 982% pada tahun 2011, menjadikan individu keratif yang amat pintar ini carian ke-9 paling cepat meningkat di Google.Carian untuk Steve Jobs memuncak pada minggu 2 Oktober 2011, setelah beliau gagal melawan penyakit barahnya dan meninggal dunia di rumahnya pada usia 56 tahun.Dari peletakan jawatannya yang penuh emosi kepada penampilan iPad2 dan penghormatan yang mencurah-curah selepas kematiannya, Steve Jobs menjadi berita muken hadapan di seluruh dunia.



10-iPAD 2

iPad 2 menggemparkan dunia apabila 500,000 tablet generasi kedua telah dijual pada hujung minggu kemunculannya yang pertama. Dilihat sebagai pilihan yang lebih anggun dan ringan berbanding model yang terdahulu, iPad2 telah hampir-hampir habis dijual di seluruh saluran pada minggu pertama keluarannya.Carian untuk iPad 2 meningkat 939% antara 2010 hingga 2011, menjadikan tablet ini carian ke-10 paling cepat meningkat di Google.Carian untuk iPad 2 mencapai puncaknya pada minggu 27 Februari 2011, dua minggu selepas Apple mula menjual peranti tersebut di web dan di kedai.Dari edisi iPads emas terhad kepada keluaran apl baharu dan bernilai berita, langsung tidak ada kekurangan liputan mengenai item teknologi Apple yang baharu dan hangat ini.



# P/s: Yang No 8 tu aku tak berapa pahamla hehe.. Erkk jangan marah yeee...


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

HADIAH TAHUN BARU



Kalo korang perasan, dalam minggu ni blog aku ni memang berterabur gile. Maafla semua, "tidak ku pinta jadi begini" Sebenarnya sekarang mood aku untuk menaik taraf belog aku ni semakin meluap-luap hehe.. Last-last yang jadi mangsa adalah blog ni yang tak bersalah.
;
;
Ala tak kisahla kan sebab tu semua Hadiah tahun baru aku untuk blog kesayangan aku ni selain dari Mrs Kepoh yang selalu "mengepohkan" perkara yang terlintas di kepala dia yang serabai tu haha 
;
;
;

Kesian blog aku, kalo blog aku ni ada suara tentu dah bising dah. Asyik nak repair je keje katanya hehe. Banyak jugak la aku belajar tutorial dari Mr Google dan yang paling banyak sekali dari blog Lyssa Faizureen. Habis kat tutorial tu aku geledah huhu. Kalo korang nak tau tips serta tutorial boleh klik SINI jangan klik SINI pulak hehe. Jangan marah tau


KAN    COMEL    TAK    MARAH    TU


Nak buat macamana dah aku ni baru lagi dalam dunia "keblogingan" betul ke ayat poyo aku tu?? Apapala hehe janji siap blog aku. Sekali lagi sekalung kemaafan aku pohon dari kalian semua. Kalau korang semua rasa apa perlu aku buat kat blog aku ni supaya nampak menarik jangan segan silu untuk bagi pandangan ok.
Tolong kami bantu kami.. huhu...



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Sunday, January 1, 2012

Adam Adli Di Tahan


Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.
Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik tindakan pihak berkuasa keatas sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi.
Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin mendakwa, tindakan polis meleraikan mahasiswa secara ganas pada kejadian awal pagi ambang tahun baru itu bakal menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana ia tidak bertepatan dengan hasrat transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“PKPIM difahamkan mereka yang terlibat dalam kejadian itu dibelasah dan dipukul malah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan beberapa mahasiswa cedera parah dan luka di badan sementara beberapa pimpinan mahasiswa ditahan oleh pihak polis awal pagi tadi,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Polis Perak menafikan anggotanya terlibat dalam pergelutan dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu di depan pintu masuk  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.Ketua Polis Perak datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan mahasiswa yang enggan bersurai sehingga memaksa polis mengambil tindakan mungkin menunjukkan seolah-olah terdapat pergelutan.
Aku tak nak cakap apa-apa tentang isu ni dan aku cuma berharap semua pihak dapat duduk semeja dan selesaikan secara berhemah. Bagi aku tepuk dada tanya minda
~PEACE YO~


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

SAJA INGIN BERKONGSI...

Assalamualaikum...pekabar semua? Maaflah Mrs Kepoh dua,tiga hari tak mengupdatekan diri dalam ini blog. Kesian Mr Cool. Nie Mrs Kepoh nak berkongsi sikit ilmu dengah you all semua,boleh kan? Ini Mrs Kepoh baru ja baca dan rase bagus jugak kalau dapat sharing dengan orang lain. Mungkin ini hanya sedikit tapi harap dapat bagi ilmu. Okay la membebel panjang pulak Mrs Kepoh nie. Jom catch out ape yang Mrs Kepoh nak kongsikan.

RESEPI KEK PERKAHWINAN:

1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% komitmen,
2 pasang restu ibu bapa,
1 botol kasih sayang murni.

PERISA:

1 sebuku besar humor,
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sudu teh telefon,
5 kali ibaadah/hari.

Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.

TIP:

- Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
- Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan(sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)
- Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harumbaunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau menggunnakan zat pewarna yang dapat merosakkan kesihatan.
- Gunakan kasih sayang cap "DAKWAH" yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kememnterian Kesihatan dan Kerohanian.

CARA MEMASAK:

- Lelaki dan Wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
- Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tue dengan rata.
- Masukkan niat murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan tok imam/kadi.
- Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya.
- Kek Perkahwinan sedia dinikmati.

CATATAN:

Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat. Tapi kalau sudah dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama "TEMPAT IBADAH".
Setelah mulai hangat, jangan lupa bertelefon bila berjauhan.
Selamat mencuba, dijamin semuanya HALAL.


Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Header Tak Siap





Salam tahun baru untuk semua, semoga dengan kehadiran tahun aru ini memberi banyak erti kepaa kita semua. Sebenarnya ini adalah entry pertama untuk tahun baru 2012. Aku tak sempat nak update maklumla sibuk sangat dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan nanti. Kalau korang yang selalu masuk blog aku mesti korang perasan yang aku dah tukar header yang baru tapi nk bagi tahu jugak ni bahawasanya header tu tak berapa nak siap tu yang nampak teruk sangat tu hehe,, soryla eh semua. Tunggulah petang nanti aku akan update header baru. Itu saja pengumuman untuk hari ni..  (chewaah)
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~