Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




~~~~ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG~~~~SILA TINGGALKAN JEJAK UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MELAWAT ANDA NANTI~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, December 10, 2011

~NILAI BLOG ANDA~

Tengah best-best surfing internet tadi kat wawanfaiz Mr Cool terjumpa web yang bagi nilai pada blog kita. Jadi apa lagi, teruslah Mr Cool buat untuk blog ni tapi nilai tak sampai pun 1k hehe mungkin sebab baru kot. Takpe nanti ada masa Mr Cool akan pastikan blog ni bernilai sampai buleh beli kereta banyak-banyak haha.. Kat bawah ni Mr Cool bagi tutorial bagaimana nak tau nilai blog kita.

masuk kat .http://bizinformation.com.my dan masukkan link blog anda kat box dan tekan value

tadaa kan dah tau nilai blog anda hehe.


p/s#Mr Cool punya murah je.. huhu
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

~MARINE JOB~

Yuhuu, hari ni Mr Cool blur sesangat memikirkan job yang dah lama terbengkalai tu, dah berapa hari dah delay, hope semua ni setel minggu depan bukan ape cume nak cari material tu yang susah sangat. Liquid Electrical Tape (LET) tu la yang susah sangat nak cari. Dah puas Mr Cool cari kat area Johor Bahru langsung tak jumpa malah ramai yang tak kenal barang apa tu. Mungkin Mr Cool tak tahu mana nak cari benda alah ni. LET tu gunanya adalah untuk insulation, kira macam tape elektrik biasa je cuma yang ni kena sapu kat tempat kita nak isulate jer. 
Perghh last-last ada sorang member bagitau yang LET tu boleh didapati kat Ace Hardware dan store Ace je, Masalahnya Ace Hardware just ada kal area Kl dan Selangor je. Kalo korang semua tau Ace Hardware ada kat JB bagitau la kat Mr Cool eh.. Ketensionan yang teramat sangat ni. Payah sangat nak jumpa LET ni mungkin jarang orang gunakan tapi kalau tanya cikgu-cikgu elektronik mesti diorang tau hehe.

~Liquid Electrical Tape~

Rasa-rasa macam kena naik KL je hari ini lepas Mrs Kepoh balik dari interview petang nanti buleh hantar stand untuk kek time kawin hari tu sekali kat Che Rose yang tolong buatkan kek. Terima kasih sebab tolong Mr Cool tempohari, dan kalau sesiapa nak tempah kek silalah berhubung dengan beliau..
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Friday, December 9, 2011

~3 BENDA MUSTAHIL DI DUNIA~

Dalam dunia ni ada 3 perkara yang mustahil
1#Anda tidak boleh mengira banyak mana rambut anda.
2#Anda tidak boleh membasuh kedua mata anda dengan sabun.
3#Anda tidak boleh bernafas jika lidah anda berada di luar mulut anda.
-
-
-
-
-
-
Ok..Sekarang masukkan balik lidah anda tu.. buruk sangatla
Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Thursday, December 8, 2011

~KERABU JANTUNG PISANG~

Terliur rasa bila Mrs Kepoh cakap nak makan Kerabu Jantung Pisang tadi hehe. Ape lagi Mr Cool dengan gaya penuh dengan ke'macho'an terus masuk dapur nak ready masak hehe. Tetiba " troot..troott.. hp pulak berbunyi,

" Assalamualaikum, nape syg?

" Ada barang tak nak buat kerabu tu? nak kirim apa lagi?

" Belikan abang kerisik"

Itulah antara perbualan ringkas antara suami isteri,
Maka bermulalah episod menyiapkan kerabu tersebut, tunggang langgang Mr Cool kat dapur dok rebus jantung pisang pas tu dok hiris jantung pisang pulak. Alamak!! kecil pulak Mr Cool hiris hehe. takpe jangan risau just Mr Cool dengan Mrs Kepoh je yang makan hehe. Mrs Kepoh tak cerewet kalo bab makanan, selalu jew Mr Cool kena marah sebab selalu bazirkan makanan. 

~sekali hiris halus daa~

Sambil dok hiris jantung pisang Mr Cool ternampak pulak pucuk ubi kayu... Perghhh best gak kalau celur pas tu cicah dengan budu.. Tangan Mr Cool ligat je dok masukkan pucuk ubi kayu lam periuk. hehe..
Kalau korang nak try resepi Kerabu Jantung pisang Mr Cool ni ha resepinya yang tak seberapa.

Kerabu Jantung Pisang


Bahan-bahan

# Sebiji jantung pisang muda.(direbus dengan sedikit garam selama 15 minit)
# 4 ulas bawang merah(ditumbuk)
# 1 ekor ikan (direbus dan dibuang tulangnya)
# sedikit kacang panjang(dihiris halus)
# 2 ulas bawang putih(ditumbuk)
# 1/2 labu bawang besar kuning(dihiris halus)
# 10 tangkai cili padi(ditumbuk)
# 3 sudu besar kerisik
# 1 biji cili merah(dihiris halus)
# 1 biji tomato(dibuang empulur dan dihiris halus)
# sedikit lada hitam(ditumbuk)
# sedikit belancan(dibakar dan ditumbuk)
# 1 batang serai(dihiris halus)
# 1 biji limau nipis
# garam serta serbuk perasa

Cara membuatnya

# Jantung pisang yang dipotong halus di gaulkan bersama dengan bahan yang ditumbuk sehingga sebati.
# Gaulkan bersama dengan bahan yang dipotong halus dan perahkan limau nipis.
# Masukkan serbuk perasa dan sedia untuk dihidangkan

Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Wednesday, December 7, 2011

huarrgghhh...penatnye

Aduhai.bwu ja nek cuti kawen dah mule balik sakit palenye. Mana taknye tgh dok syok baru nak cuti kawen dah dpt panggilan istimewa. Masa belum cuti xde plak suh kejar barang time kite cuti nak gak dikaconye. Ooo..,nasib badan. Nie bile nek keja ja berlambak2 invoice atas meja. Tepuk dahi la Mrs. Kepoh. Pastu boleh plak ditanya awainye nek cuti kawen...huhu. Nak wat lagu mane, lagu tue la. Mrs Kepoh dah mule rase perbezaan hidup membujang & hidup berdua. Dulu buat pape sume sowang2, sekarang nie bersama2,bersatu-padu,bergotong-royong(huhu...macam nak kemaskan tmpt tinggal). sekarang dah msuk minggu ke-2 Mrs. kepoh bergelar isteri tapi dah mule sakit2 badan. Bangun pagi badan panas mcm duk dlm sauna. Ape kena la agaknye. Yang kesiannye Mr. Cool la. Terpaksa melayan karenah orang sakit. Ngeee...jgn mare haaa =). Okay la rsenye takat sini dulu coretan Mrs. kepoh yg tercoret. Hope jmpe g next tyme. See ya daaa... Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~

Tuesday, December 6, 2011

~FOLLOWER PERLU RAMAI ATAU TIDAK~

Salam.. kembali lagi Mr Cool dari kesibukkan kerja ditambah dengan kesibukkan Honeymoon dengan Miss Kepoh hehe.. dalam mood bulan madu lagi ni ha.. Anyway Mr Cool tak sempat lagi nak upload gambar semasa majlis perkahwinan tempohari sebab terlalu sibuk dan kat umah plak xde internet.. InsyaAllah nanti esok semuanya akan berjalan lancar. 


Sebut pasal follower bagi sesebuah blog kebanyakkan dari kita semua lagi gembira kalau ramai orang akan follow blog kita tapi sedarkah kita apa pengisian blog kita untuk manfaat bersama?.. lagi ramai pengikut lagi suka tapi pengisian blog kita macam hampeh langsung takder informasi untuk kebaikan bersama. Mungkin korang tidak suka dengan penulisan Mr Cool kali ini. Tapi inilah hakikatnya yang perlu kita terima. Follower sampai beribu tapi update sebulan sekali blog haha lucu kan. Sebab tu la Mr Cool lagi suka buat Blog yang pasal apa yang Mr Cool buat dan Mr Cool akan jadi follower jika satu blog tu menarik bagi pandangan Mr Cool. Paling menyampah bila ada yang cakap " Nanti lepas i follow blog u, u plak kena follow blog i" 
Apa seyh tu semua.. siap paksa-paksa pulak, lepas follow terus buat tak tau je kat blog tu hehe.. Mr Cool suka baca blog yang Mr Cool follow sebab korang semua sporting dan main tulis je kat blog tu haha. Mr Cool berterima kasih pada Cik Tom yang banyak tolong Mr Cool dalam berblogging hehe, lagi satu Mr Cool suka baca blog member baik Mr Cool iaitu Oja Alia, bukan apa, si oja ni suka update blog dia tu yang Mr Cool suka baca tu. 



Pada pandangan Mr Cool pengisian sesebuah blog tu penting untuk menarik minat orang lain membaca blog kita. Walaubagaimanapun Mr Cool taidak menolak hakikat bahawa kita tak perlukan follower. Memang dalam berbloging ni kita memerlukan ramai follower supaya ramai yang dapat membaca karya kita, tanpa follower siapalah kita TETAPI semua itu mestilah seimbang antara follower dan juga pengisian sesebuah blog. Adil bagi follower dan adil bagi pemilik blog. Jangan asyik blogwalking tapi kualiti blog kita sendiri terabai.. Fikir-fikirkanlah..


Adioss



Read More..
~Terima Kasih Sebab Sudi Baca Coretan Kami~